Salam semua!!! First of all, SG nak ucapkan Selamat tahun baru buat semua kenalan, rakan dan taulan. Sedar tak sedar dah 2008! Begitu pantas masa berlalu…Herm..Selamat tinggal 2007. Yang pasti semua yang telah berlalu pasti terpahat diingatan dan menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan. Seterusnya perjuangan dan hidup kita mesti diteruskan! It’s New Year, and definitely with a new diary! Mungkin ada azam2 sebelum ni yg masih belum tercapai, jadi teruskan usaha ok! Cakap pasal azam, apa azam anda?? SG ada azam masing2. Biarlah rahsia..Huhu..apapun sama2 kita berusaha dan berdoa semoga tahun baru ini kita lebih berjaya dalam hidup kita. Tak kisah lah dari segi apapun. Yang penting hidup lebih diberkati. Amin...
Haa..Herm ingat tak SG pernah ajak korang berdansa. Selepas acara gotong-royong pangkah2 borang apa tah di Bukit dukong sabtu lalu, SG bergegas ke PICC (
Ni kes perebutan tiket masuk ke Sehati Berdansa
Sebelum masuk, sempat pose with Kak Charm & Sultan Muzaffar (SM)
Kami sampai awal di PICC, and terjumpalah dengan beberapa kenalan dari DAVOM (dtg utk bagi sokongan pada Mila yg perform malam tu) dan juga beberapa geng TB (shaza, amirul, amir dan lain2..) Acara bermula jam 9.00malam dan tempat duduk kami betul2 bersebelahan stage host (Fahrin and Linda). Sebelum on air, memang tempat duduk SG masuk TV, tapi bila dah on air tak masuk pulak. Keke.. Yang best, setiap kali sebelum on air SuperZ tak habis2 kedepan
Dewan malam tu memang meriah dan dipenuhi oleh fans pasangan yang bertanding. Sokongan buat pasangan Anne & Wafi sama hebat dengan pasangan Vee & Shidee. Cuma Anne&Wafi punya fans lebih bergaya dengan baju seragam oren mereka. SG tak ada pilihan favorite, tapi berdasarkan persembahan kedua memang pasangan Anne & Wafi memukau penonton di dewan. Dahsyat! Aksi berani pasangan ni memang di luar dugaan SG. Mungkin semangat membara lepas kena laser’ dengan kak Ogy di persembahan pertama.
Dahsyat supporter Anne & Wafi ni, besar woo banner'
Suasana dalam dewan
Rasanya semua tahu pasangan Vee & Shidee menjadi juara untuk sehati berdansa musim pertama ni. Persembahan mereka tak kurang hebat juga, tapi mungkin factor umur jadi tak boleh lah nak beraksi selincah pasangan Anne & Wafi. Apapun memang nampak effort mereka, dan itulah yang membuatkan mereka dipilih menjadi juara. Seperti biasa, adapt rancangan realiti TV, rumah dah siap, pahat masih berbunyi.
Selain pertandingan sengit kedua pasangan berdansa ni, penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada Ferhad dengan lagu serentak dan juga Mila dengan lagu barunya Bila Cinta (kalau tak silap). Persembahan Ferhad? Huh, tak payah cakap lah, memang superb! Macam buat show sendiri. Walaupun lagu ni bagi SG biasa, tetapi Ferhad berjaya memukau penonton di dewan. Semua di dewan turut sama bertepuk tangan selepas di arahkan oleh Ferhad. Connection yang luar biasa bagi SG, sebab tak minat pun kami boleh bertepuk2 tangan. Hee.. Kemudian Mila pula menyanyikan lagu Bila Cinta lagu baru yang pertama kali diperdengarkan kepada semua. Suka rentak lagu ni, catchy and memang konsep dia easy listening.. Tapi sebutan Mila kurang jelas lah untuk lagu ini. SG tak dapat nak tangkap lirik lagu ni. Yang SG dengar jelas, Mila, Bila and Cinta. Mungkin SG yang tak dengar jelas, anyway bila tanya pendapat kawan2 yang dengar from TV, diorang kata jelas. Apapun Mila nampak sweet dengan image ala2 golden girl berkilau-kilau,sakit mata SG tau.. Cantik boot tu, nak pinjam je rasa. Huhu..Anyway, tak lama lagi katanya album Mila akan keluar di pasaran. Jadi kalau nak dengar lagi lagu ni, kenalah beli album Mila.
Acara malam tu tamat sekitar jam 11 malam. SG sempat berdansa di pentas malam tu dan juga menjadi juri sendiri. Huhuhu..
Sedikit Info Sehati Berdansa
-program hiburan yang mengetengahkan personaliti popular
-8 pasangan bersama 8 kareographer
-Setiap pasangan mewakili badan2 kebajikan di mana hadiah yang di menangi akan disalurkan kepada mereka.
-Selaku juara dengan undian SMS 65%, pasangan Vee & Shidee berjaya memberi sumbangan berjumlah RM15000 kepada Persatuan kebangsaan Kanser
p/s=Jangan lupa 6 January 2008, jom bowling bersama Parti Bereh!
Macam biasa, ada lagu..Hermm..dengarkan lagu Kalis Rindu dari Elyana. Best lagu ni..
Desiran daun dihembus angin
Tin kosong denting gelek ke kaki
Membelah sunyiku
Menonton bayangan wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh
Terasing tanpamu
Babak penantian, satu ujian
Sekuat mana cinta...
Chorus:
Ku tak mungkin kalis rindu
Kalis pilu
Bila kau tiada
Ku semakin pendam rindu
Pendam pilu
Hingga kau menjelma...aa..auu..
Berdiri di tingkap merenung keluar
Lihat kekasihku yang basah berjalan dalam hujan
Berserta senyuman
Lama ku nantikan
|