Friday, January 25, 2008

Jom Kempen dan Mengundi!!


First of all Tahniah buat Heliza yang berjaya ke senarai top 5 untuk kategori Artis Baru Popular dan juga semua yang berjaya ke senarai top 5 untuk ABP BH 2007! Bukan senang sebenarnya nak tercalon ke top 5! Bagi SG ini sudah satu kemenangan besar sebenarnya. Ye lah berbaloi usaha peminat-peminat yang bersusah payah mengundi mereka sehingga lah berjaya melepasi ke peringkat seterusnya. Tahniah buat semua penyokong2 Heliza especially Geng TB! Korang memang Bereh!

Orang kata, 'alang2 menyeluk perkasam, biar sampai kepangkal lengan'. Alang2 dah masuk top 5 apa kata sama2 kita usaha berehkan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Tak salah kita mencuba dan berusaha, sekurang2 nya jika tak berjaya pun hati tetap puas sebab dah cuba habis2an. Kena positivelah kan. So.. Apa lagi?? Tak reti2? Jom mengundi. Kali ini perlu lebih banyak lagi! Gambatte! Cayok.. Cayok..!


Haa..D' Garden Party tak lama lagi. Thanks semua, memang mendapat sambutan sampai terlebih2 pula. Ingat eh, party ni ala picnic, so yang datang tu jangan lupa bawak tikar, payung ke apa..Nanti boleh kita lepak2 beramah mesra sesama kita di sana. Nak bawak layang2, bola, kapal terbang control or apa2 mainan pun best jugak kan. Huhuuuuu.. So jumpa di sana!!!!!

Saturday, January 19, 2008

Jom ke D' Garden Party...


Yeay! Finally! Ok SG tak nak cakap banyak, to all di luar sana yang meminati Heliza, yang suka bersantai di tasik di hujung minggu, suka BBQ dan tiada aktiviti lain pada 3 February nanti. Apa kata kita berkumpul bersama-sama di D' Garden Party Heliza. Cepat-cepat!

Info Majlis

Tarikh: 3 Februari 2008 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi - 1.30 tengahari
Tempat: Taman Tasik Perdana
Caj: RM40 seorang (makan & hadiah tiket penerbangan Heliza)
Tarikh akhir pengesahan: 26 Januari 2008
Bayaran dibuat ke akaun: Zalia Badaruddin (MBB) 114123512846 (zeq@helizabereh.com)

Pertanyaan & penyertaan:
Nadia (0129073197),
Effa (0174619828),
Zul (0126633561)

Tema majlis: Biru, Putih & Hitam

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.helizabereh.com/web/


Tuesday, January 15, 2008

Sebelum & Selepas…

Salam.. . Herm..macam-macam berita sekarang ni kan. Pelbagai isu.. Lagi kes kanak-kanak hilang, isu kenaikan harga barang (macam minyak, tepung dan minyak masak), skandal politik dan yang sentiasa hangat pasti tentang artis tanah air kita. Tak habis-habis…Memang takkan habis.

Mungkin semangat tahun baru membuatkan ramai juga yang berimej baru. Baguslah kalau perubahan tu kearah kebaikan. SG tak nak cerita banyak, just nak share beberapa gambar menceritakan sebelum & selepas. Gambar yang last tu saja-saja je..Jangan marah aaa…And antara banyak-banyak perubahan ni, yang mana paling ketara? Kiranya memberi kesan yang paling besar. Tak kisahlah dari segi apapun…


Faizal Tahir

Faizal Tahir yang mengejutkan semua pihak apabila menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dgn jaket, singlet seterusnya tali pinggang ketika membuat persembahan secara LIVE sempena ulang tahun ke-4, 8TV di Central Park Avenue malam semalam. Fuh!




Datin Seri Dato' Hajah Siti Nurhaliza

Dato' CT berimej baru setelah kembali dari mengerjakan Haji baru-baru ini. Alhamdulillah..





Vee

Nur Aliah Lee atau lebih dikenali sebagai Vee (bekas isteri Aziz M Osman) bertukar imej serta-merta setelah kembali solo. Wah!





Ekin

Ekin (yang hangat dikatakan kekasih Mawi) baru-baru ini sudah mula mengenakan tudung. Herm..baguslah…






Datin Norjuma

Datin Norjuma kembali langsing selepas bersalin. Ramai yang terkejut melihat penampilan beliau yang baru-baru ini hadir di Anugerah Skrin. Apa rahsia eh??







Heliza

Yang ni..Herm..Tomey tak?? Hehehe…Pe Ke he nye tah..hee huu... ;)




Ok lah, kali ni SG nak ajak semua menyanyi sambil berdoa… Kira macam Doa Dalam Lagu la… Tak tau?? Ha dengar nih…Daripada Heliza & Mawi. Jangan lupa rekues kat radio-radio ok. Tak sabar nak tunggu lagu ni masuk list untuk karoke RedBox pulak. :)


Dengarkan doaku..doaku dalam lagu (4x)
ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hariku kau
h:sambutlah
m:aku...
ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hidupku kau

h:ku rayu
m:rayuuu...tiada yg lain

h:teman hendak ku mengadu
m:tiada tempat hendak ku beradu

h:hamparanmu..hadapanmu
pangkuanmu juga kumimpikan selalu
pujukanmu..belaianmu
sentuhanmu juga kuharapkan selalu
tanpamu ku gelita
tanpamu ku tak bermaya

m:hamparanmu..hadapanmu
pangkuanmu juga kumimpikan selalu
pujukanmu..belaianmu
sentuhanmu juga kuharapkan selalu
dengar doaku satu

h:yang satu
m:dengar doa dalam lagu

ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hariku kau
h:sambutlah
m:aku..
ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hidupku kau
h:ku rayu
m:rayu...

ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hariku kau
h:sambutlah
m:aku...
ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hidupku kau
h:ku rayu
m:rayu

m:tiada yg lain
h:teman hendak ku mengadu
m:tiada tempat hendak ku beradu

h:sinarlah hatiku biar cahaya
m:sinarlah diriku biar terarah
sampai kita ketemu..hooo

dengarkan doaku..doaku dalam lagu (4x)

ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hariku kau
h:sambutlah
m:aku..
ya cinta ya rindu ya nyawa ya kalbu ya jiwa ya ratu hidupku kau

h:ku rayu
m:rayu..
h:doa dalam lagu
m:dengarlah doaku yang satu


Sunday, January 13, 2008

Hari ini dalam sejarah


Hari ini dalam sejarah...


Kuala Lumpur ,13 January 2008- Berita gempar! Syad Rosli aka Syadup @ shut up, telah rasmi memikul tanggungjawab sebagai Pemangku President Heliza Bereh setelah jawatan itu akhirnya dipersetujui diserahkan kepada beliau pada tepat jam 12pagi tadi. Berita ini berjaya dihidu oleh pihak SG kira-kira dua minit sejurus selepas kejadian dan ‘Press Conference’ juga telah diadakan serta- merta untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul. Beberapa wartawan dari beberapa media penting turut diundang namun hanya 2 akhbar utama yang dapat menghadirkan diri iaitu Eyes on Heliza Newspaper (EOHN) & Majalah SG (MSG).


Syad atau nama sebenar beliau Syad (Eh, sama ek ngan nama samaran) merupakan salah seorang peminat setia Heliza telah mencipta fenomena baru dalam sejarah kelab ini di mana beliau merupakan wanita pertama yang berjaya membolosi tembok kepimpinan yang sebelum ini hanya di kuasai oleh kaum lelaki. Mungkinkah ini satu lagi kejayaan kaum wanita, setelah fenomena AF5 lalu di mana pertama kali wanita berjaya menjadi juara? Jika benar maka benarlah slogan yang pernah SG nampak ‘Girls can do Anything’ di baju seseorang.



Girls Can Do Anything...Ha ni lah yang SG pernah nampak...betullah..Huhu

Bagi Syad, tidak pernah terlintas difikiran beliau untuk memikul tangunggjawab ini sehinggalah berlaku beberapa insiden di Kluang Station Sabtu lalu ketika perbincangan Beday’ (Syad kata Old Town Coffee lagi sedap, Yeay!) di mana beberapa isu-isu remeh-temeh yang diperbesarkan bagai satu ‘dosa’ membuatkan semangat juangnya membara untuk melakukan perubahan. Selain itu beliau turut menegaskan bahawa segala bentuk system Kangcu (yang tak tau makna KANGCU boleh klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Kangchu) dan Kasta sebelum ini akan dibubarkan serta-merta. ‘Perlantikan saya sebagai president ini.. sebenarnya hanya sbg penyelaras program, di mana semuanya akan membantu saya’ ulas Syad. ‘Bila saya mula berkuasa nanti, saya akan bincang semula dgn pengurusan laman web untuk mengurangkan hirarki kerana tak de keje carik keje’ tambahnya lagi.


Apabila ditanya tentang rancangan beliau untuk kelab ini, beliau merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti bersama seperti bowling kecilan, bercuti bersama Heliza di pulau dan juga jualan barang. Selain itu untuk mendapat keberkatan beliau turut berhasrat untuk mengadakan majlis Qiamullail pada hujung tahun ini. Dan beliau berjanji akan berusaha mengotakan segala janji supaya sejarah-sejarah kepimpinan sebelum ini tidak berulang. ‘Say No to Tin Kosong & Say No to SENTAP’. Beliau juga turut berterima kasih kerana mendapat sokongan padu dari pihak EOHN, MSG dan beberapa rakan seangkatan terutama tuan punya badan sendiri (sendiri mau ingatlah).


Seterusnya menjawab persoalan ‘DVD (words has been sensored)’ nya yang kecoh baru-baru ini, Syad menganggap itu semua soal remeh. DVD yang bertajuk ‘Apa yang terlampau’ (AYT) baru-baru ini mendapat liputan hangat di beberapa laman web namun belum ada yang berjaya memiliki ‘full version’ video itu. Namun Syad tidak menafikan bahawa harga pasaran video itu pasti akan melonjak naik 59% selepas perlantikan beliau ini selaras dengan kenaikan permintaan terhadap DVD tersebut.



Selain isu perlantikan beliau sebagai pemangku president, pihak media turut mengambil kesempatan mengajukan beberapa soalan mengenai kejayaan beliau melepasi ujibakat pertama untuk AF6 semalam di Bukit Jalil. Antara soalan-soalan yang dikemukakan;

-Adakah anda akan membawa 'konsep kontrol cantik' semasa di AF6 nanti?

Syad: tidak.. konsep kontrol cantik itu mungkin tidak akan berjaya dengan saya. Kerana saya tak berape cantik. Jadi nanti akan dinamakan "ingat cantik". Hehehhe. saya tak mahu ogy kata.. "Awak ni.. ingat cantik!!!". Malu ok malu !!

- Apakah wish list anda untuk lagu-lagu di di konsert senaraikan atleast 5 lagu (tu pun kalau kekal ke minggu ke-5 laa)

Syad:

1- Aku Cinta Padamu -Siti Nurhaliza

2- Kiss Me - Six Pence Non The Richer .. (ini nanti saya nak minta wat lakonan di blakang semasa saya menyanyi-Syad), (sape ek..?pikir jap-SG)

3- Bunga2 Cinta - Misha Omar

4- Runaway - The Corrs

5- My Humps - Black Eyed Peas.. (wakakakakaka!!- Syad gelak sendiri)

- Anda yakin anda bakal menjadi juara wanita ke-2?? Berapa % keyakinan anda?

Syad: 50%, sbb die sama da Ya atau Tidak.. so 50-50

- Tagline anda???(mengambil masa lebih kurang 10 minit nak tunggu jawab, wartawan dah panas punggung)

Syad: Erm... "Sabor jelaa"


MSG mengucapkan tahniah dan semoga Syad akan lebih berjaya di masa hadapan. SG sentiasa menyokong apa jua yang dapat memberi manfaat bersama. Tunggu laporan perjalanan Syad di AF6 nanti di EOHN. Bereh!


Dengar lagu ni Girl Power by Supergirls..eh silap..Cheetah Girls..heehuuu

Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never say die
Girl Power, Girl Power!
Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never come too far
Girl Power, Girl Power!

I've made mistakes before, but I know im not perfect
But it's ok cause who could ever be
As long as I give my best, it doesn't matter
what no one says,'cause deep down in my heart
i got the power to make it all happen yeah!

Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never say die
Girl Power, Girl Power!
Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never come too far
Girl Power, Girl Power!

At times i may just feel like my back is to the wall,
I just hold my head up high and keep standin' tall
I know that my back is covered,
because we have each other and
we'll come through whatever if you hear me
throw your hands up!

Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never say die
Girl Power, Girl Power!
Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never come too far
Girl Power, Girl Power!

Sometimes, life may get you down,
but you better hold your ground,
can't nobody live your life but you!
Stay true to who you are,
and always follow your heart,
your heart, your heart!

Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never say die
Girl Power, Girl Power!
Throw your hands up if you know that your a star,
You better stand up if you know just who you are,
Never give up, never come too far
Girl Power, Girl Power!(power)

p/s: DDL dah masuk carta ERA..yeay! moh rekues lagi..

Wednesday, January 9, 2008

Untuk Sahabat...

Assalamualaikum semua. Esok kita akan menyambut Awal Muharam iaitu awal tahun Hijriah yang ke-1429. Selamat tahun baru semua. begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar tahun baru hijrah menjelang. Ketibaan tahun baru Islam ini adakalanya kurang di sedari melainkan jika ada cuti umum. Kita terlalu sibuk dengan urusan-urusan seharian, yang kadangkala membuat kita terlupa akan kehadiran tahun baru dalam kalendar islam. Jika disingkap, banyak sejarah2 penting yang berlaku di bulan Muharam ini terutamanya pada 10 Muharam . Apa yang pasti MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Jangan lupa ambil peluang ni untuk sama2 membaca doa akhir & awal tahun baru (http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html) dan memohon maaf sesama kita.


Dikesempatan ini juga SG ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yang tidak disengajakan tanpa disedari daripada semua teman2 especially geng TB. Semuanya Bereh ok…SG tertarik dengan kiriman SMS dari seorang teman berbunyi ‘seNtiasalah setting niaT, upgrade iman, download sabaR, upload usaha, delete doSa, update doa & top up ilmu, supaya dapatlah redeem pahala banyak2..Harap maklum, baki pahala anda tidak mencukupi untuk menampung akaun akhirat anda, silatambah nilai amalan anda untuk menaikkan had credit ke syurga…’ Herm..sama2 lah kita mengingati antara satu sama lain kan… Ye lah, bak kata Akbar dlm lagunya ..Manusia mudah lupa.. Semoga kita sentiasa dalam naungan rahmat-Nya, mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Insya'Allah. Amin..Amin..Amin Ya Raba'al Alamin..


Okeylah, hermm ingat tak last week SG ada ajak mem’bowling’ bersama Parti Bereh di Summit USJ. Ha.. jangan tak tau parti bereh sapu 5 award hari tu tau. Tahniah buat para pemenang. Yang SG tak tahan, SuperZ boleh pulak tak percaya yang namanya dipanggil sebagai pemenang. Berkali2 duk Tanya, “Isk..I menang apa? Betulke I menang? Isk I tak tau I menang apa ni“, aduh.. Kecoh jugaklah sekejap. SuperZ menang top 10 bg kategori individu wanita (10th place) tapi tepukan untuk dia paling gemuruh mengalahkan pemenang top 3. ;)


Parti Bereh hantar 2 pasukan untuk Kejohanan Bowling Angkatan Muda Selangor ini. Walaupun selang 4 lane tak memutuskan komunikasi antara kami, di mana rasanya team kami paling sengal antara yang lain. Macam Wan kata, belum start main dah start bergambar. Tak abis2 bergambar. Mesti ada team lain yang pelik dengan gelagat kami hari tu. Yang penting semuanya Bereh. Walaupun tak dapat RM500 (habuan untuk juara) Parti Bereh tetap happy sebab dapat 3 cabutan bertuah. Selain SuperZ yang jadi top 10 untuk individu wanita, Roy Makay juga berjaya menempatkan diri di tempat ke-3 bagi kategori individu lelaki. Dahsyat dia ni.. Lepas ni boleh la wakili TB lagi ek.



Bila semua dah bereh. ada juga peristiwa ‘cemas’ bila salah seorang dari kami yang injured’ tiba2 dan tak dapat berjalan. Panic jugak la dibuatnya. Nak sorong pakai troli Giant’ tak nampak pulak Giant. Mujurlah dapat cari wheel chair, kalau tidak, mungkin kami berkampung di Summit hari tu. Aduh..Alhamdulillah semuanya dah selamat.


Sebelum semuanya bersurai sebahagian kami sempat menjamu selera di Garden Restaurant bersama2. Restoran tu boleh pulak pasang VCD AF1. Apalagi keluarlah cerita2 dan gosip2 pelajar2 AF.


Ha..cakap pasal AF, AF6 dah tiba. Mengejutkan had umur dilanjutkan ke 45 tahun. Bagi SG, tak salah sekurang2nya ia dapat membuka peluang pada mereka yang agak berumur yang memang berbakat dan juga mungkin lebih berpengalaman. Wah, mesti menarikkan, tambah pulak Ramli MS sekali lagi jadi pengetua. Sama2 kita tunggu dan lihat. Pada kenalan di luar sana yang nak mencuba nasib tu, Good Luck SG ucapkan. Cepat2 fikirkan tag line anda. Hehuuuu..


Untuk semua, dengarkanlah lagu ini... Untuk Sahabat daripada Audy... Siapa yang follow Marhaban ASTRO mesti tahu lagu ni.. ;)


Biarkan saja kekasihmu pergi
Teruskan saja mimpi yang kau tunda
Kita temukan tempat yang layak
Sahabatku

Kupercaya kan langkah bersamamu
Tak kuragukan berbagi dengan mu
Kita temukan
Tempat yang layak sahabatku

Kita mencari
Jati diri
Teman lautan mimpi

Aku bernyanyi untuk sahabat
Aku berbagi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama
Kita berbagi untuk sahabat
Kita bernyanyi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama

Tiba waktunya
Kita untuk berbagi
Untuk saling memberi


p/s: jom undi ija utk artis contoh terbaik dlm prog AC disini... Untuk mngundi, taip: CMP Heliza/kerana... Hantar ke 32999 . Undi eh..

Saturday, January 5, 2008

Hola!


Isk..SG currently memang tengah merindui SuperI


Herm... Hari Sabtu yang paling santai buat SG. SuperA dan Z macam biasa terpaksa bertugas seperti biasa.. Nampaknya SuperH dan B dapat berehat secukupnya di rumah. Ingatkan nak practice untuk bowling esok. Tapi cuaca tak mengizinkan. Eh cuaca? Bowling padang ke apa.. Takdelah, memang rasanya tak perlu practice. Sebab rehat yang cukup lebih penting kan..



Macam biasa, walaupun berada di kawasan berbeza, SG tetap berjumpa di alam maya. Dapatlah tadi beramah mesra dengan beberapa geng TB dan rakan2 lain di Forum Bereh. Biasalah borakkan isu2 dan gosip2 semasa. Malaysia Boleh. Macam2 isu hangat sekarang ni kan. Dari golongan atasan ke bawahan. Rasanya tak payah lah cerita kat sini. Faham2 sudah.



Ha..Tadi sempat borak ngan salah seorang rakan baik SG, Eleza737. Wah, Mila punye album dah keluar lah 31 December lepas. Jangan lupa dapatkan yang original 'Persis Mutiara' dengan harga di pasaran RM25.90. Kalau nak special edition dengan poket calendar dan tanda tangan Mila, sila layari
www.milawazzup.com SG respect Mila, walaupun bergelar juara tetapi Mila menghargai komposer tempatan di mana 100% albumnya dihasilkan di Malaysia. Yes, belilah barangan buatan Malaysia. Untuk makluman kebanyakan lagu Mila dicipta oleh Ajai dan ada juga dari komposer terkenal seperti Habsah Hassan, Audi Mok dan Freddy Fernandez. Agak istimewa, sebuah lagu berjudul PERGI MU dicipta khas untuk Allahyarhamah adik Nurin Jazlin Jazimin turut terkandung dalam album pertama Mila ini.




Okeylah, nampaknya awal tahun ni banyak perkara yang perlu diselesaikan, yelah cuti sekolah dah berakhir. Ada yang baru mula nak belajar dan register untuk kemasukan U' SG ucapkan Good Luck lah yea. Juga pada yang baru mula bekerja tu, haa kerja rajin2 okay, jangan curi tulang nanti gaji tak berkat. Heehuuu.. Jumpa di SUMMIT USJ untuk bowling Parti Bereh esok!

Sebelum tu seperti biasa, sekarang ni SG tengah layan lagu ni MILA BILA CINTA daripada Mila. Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Ad Samad. Lalalalalaa (tgk pesanan penaja bawah tuh)


Ku Mimpi Pandu Kapal Angkasa
Rentas Galaksi Cari Cinta
Ramai Wira Super Yang Ku Jumpa
Gagah Dan Perkasa Hebat Dari Nyata

Antara..
Beberapa...
Angan-angan Ku Yang Mengila
Masuk Akalkah Tidak

Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Bersua
Cinta Si Peria
Membikin Hidup Ceria

Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Masanya
Cintakan Mewarna
Setiap Ruang Dunia

Ku Mimpi Terjun Awan Ke Awan
Bagai Gula Kapas Manisnya,
Lalu Datang Satria Kayangan,
Dia Sangka Aku Pari-pari Syurga

Indahnya...
Kiranya...
Angan-angan Ku Jadi Nyata
Masuk Akalkah Tidak

Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Bersua
Cinta Si Peria
Membikin Hidup Ceria

Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Masanya
Cintakan Mewarna
Setiap Ruang Dunia

Dalam Dunia Yang Makin Gila
Mungkin Alam Khayalan
Ruang Berlindung Sewajarnya
Sementara Capai Impian Ku...

Indahnya...
Kiranya...
Angan-angan Ku Jadi Nyata
Masuk Akalkah Tidak

Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Bersua
Cinta Si Peria
Membikin Hidup Ceria

Mila, Ku Tertanya
Bila, Akan Masanya
Cintakan Mewarna
Setiap Ruang Dunia

Ku Mimpi Pandu Kapal Angkasa
Rentas Galaksi Cari Cinta
Ramai Wira Super Yang Ku Jumpa
Gagah Dan Perkasa Bikin Hidup Ceria

Ku Mimpi Pandu Kapal Angkasa
Akan Ku Sua..
Si Peria..

Akan Masanya
Cintakan Mewarna
Setiap Ruang Dunia

Mila..

p/s:
jom undi ija utk artis contoh terbaik dlm prog AC disini... Untuk mngundi, taip: CMP Heliza/kerana... Hantar ke 32999 . Undi eh..

Tuesday, January 1, 2008

Happy New Year!


Happy New Year!


Salam semua!!! First of all, SG nak ucapkan Selamat tahun baru buat semua kenalan, rakan dan taulan. Sedar tak sedar dah 2008! Begitu pantas masa berlalu…Herm..Selamat tinggal 2007. Yang pasti semua yang telah berlalu pasti terpahat diingatan dan menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan. Seterusnya perjuangan dan hidup kita mesti diteruskan! It’s New Year, and definitely with a new diary! Mungkin ada azam2 sebelum ni yg masih belum tercapai, jadi teruskan usaha ok! Cakap pasal azam, apa azam anda?? SG ada azam masing2. Biarlah rahsia..Huhu..apapun sama2 kita berusaha dan berdoa semoga tahun baru ini kita lebih berjaya dalam hidup kita. Tak kisah lah dari segi apapun. Yang penting hidup lebih diberkati. Amin...

Haa..Herm ingat tak SG pernah ajak korang berdansa. Selepas acara gotong-royong pangkah2 borang apa tah di Bukit dukong sabtu lalu, SG bergegas ke PICC (Putrajaya International Convention Center). Tapi SuperA tak dapat ikut, sbb tak dapat cuti perlepasan. Cian dia..Tapi takpe sbb azam baru dia nak kumpul duit banyak2 nak ke….Ke mana tah..Haa tu kena tanya dia sendiri.. Maka SuperH,Z,B bersama2 adik SuperZ, dan abang SuperB sahaja berjaya ke acara tu. Cakap terus terang, memang SG tak follow sangat program ni. Tengok jugak, tapi bukanlah penonton setia untuk setiap minggu. Tapi bila dah dapat tiket and final punya pasal, kami pun pergi memeriahkan majlis.




Borang erm..Tak cukup tangan mulut koyakkan..


Ni kes perebutan tiket masuk ke Sehati Berdansa



Sebelum masuk, sempat pose with Kak Charm & Sultan Muzaffar (SM)

Kami sampai awal di PICC, and terjumpalah dengan beberapa kenalan dari DAVOM (dtg utk bagi sokongan pada Mila yg perform malam tu) dan juga beberapa geng TB (shaza, amirul, amir dan lain2..) Acara bermula jam 9.00malam dan tempat duduk kami betul2 bersebelahan stage host (Fahrin and Linda). Sebelum on air, memang tempat duduk SG masuk TV, tapi bila dah on air tak masuk pulak. Keke.. Yang best, setiap kali sebelum on air SuperZ tak habis2 kedepan kan kepala dia supaya ley masuk TV, sebab nak tunjukkan topi Bereh’ dia tuh. Penat hulur kepala tak keluar pon. Nasib tak kene pancung. Huhuuhu..Fahrin ada gak pandang kitorang semacam sebab bila nak break’ kitorang tak abis2 jerit bereh’.. Ahaks.

Dewan malam tu memang meriah dan dipenuhi oleh fans pasangan yang bertanding. Sokongan buat pasangan Anne & Wafi sama hebat dengan pasangan Vee & Shidee. Cuma Anne&Wafi punya fans lebih bergaya dengan baju seragam oren mereka. SG tak ada pilihan favorite, tapi berdasarkan persembahan kedua memang pasangan Anne & Wafi memukau penonton di dewan. Dahsyat! Aksi berani pasangan ni memang di luar dugaan SG. Mungkin semangat membara lepas kena laser’ dengan kak Ogy di persembahan pertama.



Host 'Sehati Berdansa', Linda & Fahrin



Ni la topi yang nak enterprem tak dapat2...


Dahsyat supporter Anne & Wafi ni, besar woo banner'



Suasana dalam dewan


Rasanya semua tahu pasangan Vee & Shidee menjadi juara untuk sehati berdansa musim pertama ni. Persembahan mereka tak kurang hebat juga, tapi mungkin factor umur jadi tak boleh lah nak beraksi selincah pasangan Anne & Wafi. Apapun memang nampak effort mereka, dan itulah yang membuatkan mereka dipilih menjadi juara. Seperti biasa, adapt rancangan realiti TV, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Ada yang tak puas hati dengan keputusan malam tu. SG tak kisah, yang penting keputusan dah dibuat. Percaya lah pada rezeki kan. Bak kata kak Cham (Hanizam Abdullah-wartawan BH)’kalau sudah namanya program realiti, tak dapat tidak mestilah diselubungi dengan kontroversi'. SG ucapkan tahniah buat Vee, Shidee & Sazlan!

Selain pertandingan sengit kedua pasangan berdansa ni, penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada Ferhad dengan lagu serentak dan juga Mila dengan lagu barunya Bila Cinta (kalau tak silap). Persembahan Ferhad? Huh, tak payah cakap lah, memang superb! Macam buat show sendiri. Walaupun lagu ni bagi SG biasa, tetapi Ferhad berjaya memukau penonton di dewan. Semua di dewan turut sama bertepuk tangan selepas di arahkan oleh Ferhad. Connection yang luar biasa bagi SG, sebab tak minat pun kami boleh bertepuk2 tangan. Hee.. Kemudian Mila pula menyanyikan lagu Bila Cinta lagu baru yang pertama kali diperdengarkan kepada semua. Suka rentak lagu ni, catchy and memang konsep dia easy listening.. Tapi sebutan Mila kurang jelas lah untuk lagu ini. SG tak dapat nak tangkap lirik lagu ni. Yang SG dengar jelas, Mila, Bila and Cinta. Mungkin SG yang tak dengar jelas, anyway bila tanya pendapat kawan2 yang dengar from TV, diorang kata jelas. Apapun Mila nampak sweet dengan image ala2 golden girl berkilau-kilau,sakit mata SG tau.. Cantik boot tu, nak pinjam je rasa. Huhu..Anyway, tak lama lagi katanya album Mila akan keluar di pasaran. Jadi kalau nak dengar lagi lagu ni, kenalah beli album Mila.

Acara malam tu tamat sekitar jam 11 malam. SG sempat berdansa di pentas malam tu dan juga menjadi juri sendiri. Huhuhu..

Sedikit Info Sehati Berdansa

-program hiburan yang mengetengahkan personaliti popular Malaysia menari berpasangan di hadapan penonton. Mereka akan mempersembahkan rutin tarian yang ditetapkan setiap minggu.

-8 pasangan bersama 8 kareographer

-Setiap pasangan mewakili badan2 kebajikan di mana hadiah yang di menangi akan disalurkan kepada mereka.

-Selaku juara dengan undian SMS 65%, pasangan Vee & Shidee berjaya memberi sumbangan berjumlah RM15000 kepada Persatuan kebangsaan Kanser Malaysia



Juara Sehati Berdansa, Vee & Shidee juga Sazlan
(gambar from Sehati berdansa friendster)



SG with Darling, kakak Anne



3 hati berdansa! Nak tergolek dah sebenarnya ni..


Jadi juri sendiri, yang tengah tunjuk tu, tak puas hati..



With Abang Asrul aka Abg A, thanks eh..


Party time!


p/s=Jangan lupa 6 January 2008, jom bowling bersama Parti Bereh!

Macam biasa, ada lagu..Hermm..dengarkan lagu Kalis Rindu dari Elyana. Best lagu ni..


Desiran daun dihembus angin
Tin kosong denting gelek ke kaki
Membelah sunyiku
Menonton bayangan wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh
Terasing tanpamu


Babak penantian, satu ujian
Sekuat mana cinta...

Chorus:
Ku tak mungkin kalis rindu
Kalis pilu
Bila kau tiada
Ku semakin pendam rindu
Pendam pilu
Hingga kau menjelma...aa..auu..

Berdiri di tingkap merenung keluar
Lihat kekasihku yang basah berjalan dalam hujan
Berserta senyuman
Lama ku nantikan