Wednesday, January 9, 2008

Untuk Sahabat...

Assalamualaikum semua. Esok kita akan menyambut Awal Muharam iaitu awal tahun Hijriah yang ke-1429. Selamat tahun baru semua. begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar tahun baru hijrah menjelang. Ketibaan tahun baru Islam ini adakalanya kurang di sedari melainkan jika ada cuti umum. Kita terlalu sibuk dengan urusan-urusan seharian, yang kadangkala membuat kita terlupa akan kehadiran tahun baru dalam kalendar islam. Jika disingkap, banyak sejarah2 penting yang berlaku di bulan Muharam ini terutamanya pada 10 Muharam . Apa yang pasti MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Jangan lupa ambil peluang ni untuk sama2 membaca doa akhir & awal tahun baru (http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html) dan memohon maaf sesama kita.


Dikesempatan ini juga SG ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yang tidak disengajakan tanpa disedari daripada semua teman2 especially geng TB. Semuanya Bereh ok…SG tertarik dengan kiriman SMS dari seorang teman berbunyi ‘seNtiasalah setting niaT, upgrade iman, download sabaR, upload usaha, delete doSa, update doa & top up ilmu, supaya dapatlah redeem pahala banyak2..Harap maklum, baki pahala anda tidak mencukupi untuk menampung akaun akhirat anda, silatambah nilai amalan anda untuk menaikkan had credit ke syurga…’ Herm..sama2 lah kita mengingati antara satu sama lain kan… Ye lah, bak kata Akbar dlm lagunya ..Manusia mudah lupa.. Semoga kita sentiasa dalam naungan rahmat-Nya, mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Insya'Allah. Amin..Amin..Amin Ya Raba'al Alamin..


Okeylah, hermm ingat tak last week SG ada ajak mem’bowling’ bersama Parti Bereh di Summit USJ. Ha.. jangan tak tau parti bereh sapu 5 award hari tu tau. Tahniah buat para pemenang. Yang SG tak tahan, SuperZ boleh pulak tak percaya yang namanya dipanggil sebagai pemenang. Berkali2 duk Tanya, “Isk..I menang apa? Betulke I menang? Isk I tak tau I menang apa ni“, aduh.. Kecoh jugaklah sekejap. SuperZ menang top 10 bg kategori individu wanita (10th place) tapi tepukan untuk dia paling gemuruh mengalahkan pemenang top 3. ;)


Parti Bereh hantar 2 pasukan untuk Kejohanan Bowling Angkatan Muda Selangor ini. Walaupun selang 4 lane tak memutuskan komunikasi antara kami, di mana rasanya team kami paling sengal antara yang lain. Macam Wan kata, belum start main dah start bergambar. Tak abis2 bergambar. Mesti ada team lain yang pelik dengan gelagat kami hari tu. Yang penting semuanya Bereh. Walaupun tak dapat RM500 (habuan untuk juara) Parti Bereh tetap happy sebab dapat 3 cabutan bertuah. Selain SuperZ yang jadi top 10 untuk individu wanita, Roy Makay juga berjaya menempatkan diri di tempat ke-3 bagi kategori individu lelaki. Dahsyat dia ni.. Lepas ni boleh la wakili TB lagi ek.



Bila semua dah bereh. ada juga peristiwa ‘cemas’ bila salah seorang dari kami yang injured’ tiba2 dan tak dapat berjalan. Panic jugak la dibuatnya. Nak sorong pakai troli Giant’ tak nampak pulak Giant. Mujurlah dapat cari wheel chair, kalau tidak, mungkin kami berkampung di Summit hari tu. Aduh..Alhamdulillah semuanya dah selamat.


Sebelum semuanya bersurai sebahagian kami sempat menjamu selera di Garden Restaurant bersama2. Restoran tu boleh pulak pasang VCD AF1. Apalagi keluarlah cerita2 dan gosip2 pelajar2 AF.


Ha..cakap pasal AF, AF6 dah tiba. Mengejutkan had umur dilanjutkan ke 45 tahun. Bagi SG, tak salah sekurang2nya ia dapat membuka peluang pada mereka yang agak berumur yang memang berbakat dan juga mungkin lebih berpengalaman. Wah, mesti menarikkan, tambah pulak Ramli MS sekali lagi jadi pengetua. Sama2 kita tunggu dan lihat. Pada kenalan di luar sana yang nak mencuba nasib tu, Good Luck SG ucapkan. Cepat2 fikirkan tag line anda. Hehuuuu..


Untuk semua, dengarkanlah lagu ini... Untuk Sahabat daripada Audy... Siapa yang follow Marhaban ASTRO mesti tahu lagu ni.. ;)


Biarkan saja kekasihmu pergi
Teruskan saja mimpi yang kau tunda
Kita temukan tempat yang layak
Sahabatku

Kupercaya kan langkah bersamamu
Tak kuragukan berbagi dengan mu
Kita temukan
Tempat yang layak sahabatku

Kita mencari
Jati diri
Teman lautan mimpi

Aku bernyanyi untuk sahabat
Aku berbagi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama
Kita berbagi untuk sahabat
Kita bernyanyi untuk sahabat
Kita bisa jika bersama

Tiba waktunya
Kita untuk berbagi
Untuk saling memberi


p/s: jom undi ija utk artis contoh terbaik dlm prog AC disini... Untuk mngundi, taip: CMP Heliza/kerana... Hantar ke 32999 . Undi eh..