Sunday, February 24, 2008

22,23,24 &25022008


Heee..Cantikkan cake nih?? Resepi Rahsia lagi..Tak kose I..


Haaa.. title cam pening kan? Tu tarikh2 keramat untuk akhir2 bulan Feb nie.
22 Feb hari tu, birthday Eleza 737 aka Ling DAVOM & also Eita from TB. Isk penat lak nak cite apa berlaku hari tu. Anyway dapat kenekan Eita jer. Si Ling mana tah tak muncul. Takut ler tuh..Silap baju Eita tak basah sangat sebab Abby siram air ke langit. Muahaha.

23 Feb, berlangsungnya pernikahan kakak SuperA aka Abby. Perghh sebelum ni macam2 spekulasi tentang siapa sebenarnya pengantin perempuan yang bernama start dengan huruf 'H'. SuperH la paling teruk jadi mangsa. Yang best ada yang message tanye nak beli hadiah apa ek untuk wedding SuperH. Kiki..Jangan risau SuperH kata kalau dia kahwin, wajib announce kat Team Bereh dulu. Tahniah buat kakak abby HASINA & pasangannya NAIM yang selamat diijabkabulkan pagi Sabtu tadi. Semoga bahagia ke akhir hayat. Amin...

24 Feb, tepat jam 12 malam tadi, berlaku sesuatu yang luar biasa. Yela, kita kalau sambut hari lahir or harijadi mestila betul2 tepat 12malam tarikh lahir kita kan? Tapi SuperA ni pelik sikit. Birthday dia actually 25 Feb, tapi countdown and Birthday celebration dia buat tepat jam 12 on 24 Feb. Huuuuu awal sehari tuh! Memang tak pernah dibuat orang. Tapi memang happening giler! 2 kali SuperA kena simbah dengan air (adala dalam 10 liter kot=2 baldi) Tak cukup dengan air, cake pun kene tempek kat muka dia. Best! Ada la adengan kejar mengejar, bagai. Thanks tuk geng TB yang datang tadi, Eita, Paan, Asamz, Dzariff, Reez, Hajar, Zue, Nad, Azry, Eleza, Jooz, Effa hermm sapa lagi ek?? Lupe la plak. Hee..Tapi best la tadi. Semput nyah lari2 tadi..

Sempat gak tadi kita karaoke beberapa lagu, kesian jiran2 sebelah mesti tak lena tidur. Joget lambak tak berapa nak lambak sebab ramai yang malu tapi saspek and respect kat Mak Lang n mama
SuperA duk joget cha cha tadi. Sapa nama pakcik yang nyanyi sambil gelek tuh? Kalau masuk AF6 sure kitorang undi.

Nanti hapdet cite and gambar lagi, sebab semua gambar2 kejadian dekat Dzariff. Hehe..Ni sempat amik guna
phone gambar2 Birthday Cake SuperA. Huuhu..sayang siott nak makan cake nih tadi.

Yang tak dapat datang tadi jgn lupa tengah hari ni (Ahad) sampai malam pun, ada lagi majlis persandingan. Datang eh..Papehal call je SuperA terus. KOrang mesti nak tengok SuperA pakai kebaya kan? Huu camne la rupanya. Sesiapa yang terserempak esok tu tolong ambikkan gambo eh. Kiki..



Huhu Cake kene cucuk dah!!!



Habis dah kena sabotaj semua. Tengok muka SuperZ dah calar.




HUkss! SuperH di dalam mangkuk!! Badan je kaki dah ilang

Sunday, February 17, 2008

Wedding Invitation aka Majlis ramah mesra Team Bereh..

Salam! Penat bersenam nih..Hihi.. Korang!!! Hermm.. Nak jemput korang ke majlis perkahwinan salah seorang kakak SG kita Hari Ahad bersamaan 24 Feb 08. Alamat nye No.31 Jalan 1/149 K, Bandar Baru Seri Petaling,57000 Kuala Lumpur. Anda semua terutama Team Bereh sekalian dijemput hadir ke majlis ini.

Untuk makluman, pada malam Sabtu sebelum itu (23 Feb 08) akan di adakan
Countdown, Joget Lambak dan juga Karaoke. Jom lah beramai2 datang! Oh ya, Ahad malam pun ada lagi Joget lambak and Countdown. 2 kali countdown??!!?? Countdown tu untuk menyambut kelahiran salah seorang dari SG juga. Ni kira majlis 2 in 1 la. So big event dan SG menjemput anda..anda..dan anda semua! Jangan malu dan segan, wat macam rumah sendiri nanti. SuperH aka Kak Dade berharap semua dapat hadir. SuperA pulak pesan tak payah bagi hadiah kat pengantin..Bawak hadiah untuk dia je..Untuk dia?? Apa kes?

Sekali lagi, ni bukan main2 okey, betul2 punya jemput.. Pada yang dah dapat kad, tengok balik kad, pada yg tak dapat tu harap maaf, kad tak cukup sebab ramai sangat nak dijemput. Apapun majlis ini selain dari Majlis perkahwinan ia merupakan
Majlis ramah mesra Team Bereh! Ada juga rekues2 nak kan lagu 'Sepohon Kayu' untuk sesi karoke nanti. Insyaallah akan diusahakan. Minta kerjasama juga pada yang mempunyai koleksi VCD karoke supaya dapat sama2 share and bawa nanti. Heee.. Boleh kita nyanyi sama2..Oh ya, karoke tu hari Ahad pun ada. Lagi besar-besaran! Majlis makan hari Ahad start pada jam 11:30pagi sampai 4:00petang. Ketibaan pengantin ialah pada jam 2:00petang. Datang jangan tak datang! Sesiapa yang tak sure boleh tunggu di Carefour Seri Petaling dan hubungi pembantu Majlis di talian 017 2562032.

Untuk semua, terimalah video ni sebagai kenang-kenangan..Hee..



Friday, February 15, 2008

Mari Bersenam!!!!!

Hola! Huh..Memang BZ bangat minggu nih! Macam2. Rasanya semua pun sibuk jugak kan. Bila busy, macam biasalah..Tension..Stress pun ye jugak. But today is FRIDAY!! Yeay!! Esok Sabtu , then Ahad.

Herm..Korang buat apa je hari Ahad ni?? Kalau takde apa2 plan..Apakata kita pergi bersenam! Haa...Bersenam untuk kesihatan! Ahad ni, 17 Februari KEKWA ada buat Program Senam Seni Malaysia di Dataran Merdeka pada jam 8 pagi. Selain Yati, ada 4 IKON atau selebriti lain yang turut serta menjadi instructor iaitu Syafinaz, Kelvin, Awal Ashari dan Kenchana (Dunia Baru). Jom2! Senaman ni bukan senaman biasa ok. Mengikut kata instructor berkenaan ada pelbagai jenis senaman ala2 tarian ada mengikut pelbagai jenis lagu. Jom senam! Tengok Video budak ni jadi cikgu senam masa AF5 dulu.. Ada ke orang bersenam sampai berpeluh2 kat tapak kaki?? HUuuuuu



Tuesday, February 12, 2008

Dunia baru!

Sabtu mlm baru2 ni. SuperH,B and A finally dapat tgk wayang bersama setelah lama plan ni terbengkalai gara2 keBZ'an masing2. Bukan hanya bertiga tapi ngn dua bradik Nad & Azry. SuperZ tak dpt ikut sebab pagi ahad kul 4 tu nk kene gi LCCT anto adik dia gi UMS. Elly dpt smbg master kat UMS. Sama lak ngn ada org tukan..kebetulan..huhu..So SG bertiga bersama 2 badik je yg dpt gi tgk. Memula plan nk gi tgk Cj7. Tp full house sehh!! So kitrg tgk dunia baru the movie. Cite start kul 11:00mlm. Since kitrg wat online booking so kene la awal.. By 10:15 kene collect tiket.. 2 badik gi dulu ke pyramid. Cuz superA & H kena tggu SuperB abis keje dulu kat 'resipi rahsia'.

Dipendekkan cite, kitrg slamat dlm wayang dah. Dunia Baru The Movie (DBTM) ni memula cite dia mmg agak slow..Tapi cerita jadi menarik selepas isu penculikan. Actually tak follow pun siri DB di TV so memang tak kenal sgt dgn watak2 dlm cita nih. Tapi memang pecah perut la gelak. Memang banyak part kelakar tahap dewa2. Dek penangan cite ni, jangan tak tau esok tu time karoke ada la budak tu terus pilih lagu ‘Sepohon Kayu’ KOrang gi aar tgk. Siyes kelako. Ley gi web dia http://www.duniabaruthemovie.com/ Cite abis dalam around 1am. Perut berkeroncong lapar. Macam2 lagu dah nyanyi..Terus lepak kat Fareez Maju Kelana Jaya. Wah, lama tak pekene ‘Nan Cheese’ dia. Biasalah, lama tak lepak ngn dua badik nih. Lepak punye lepak tak perasan dah dekat 4 pagi! Aiyak! Esoknya dah la nak kena pegi post-mortem meeting for DGP. On the way balik rumah lepas antar SuperA, sambil dengar Radio Era..SuperH tgh ngntuk nih..Tiba2 dikejutkan dengan ucapan di Era. Waaa! Ada org hantar ucapan kat Team Bereh, Ija and Supergirls. Siap sebut nama lagi. Toce2..Terus ilang ngntuk.

Ahad..


Meeting!!! Dah lambat nih. Yela banyak peralatan yang nak dibawa kali ni. SuperH kena amik SuperA dulu terus ke rumah SuperZ, plan nak park sana and gi sama2. Lokasi meeting kat AVENUE K. Hermm..ada kata ni Dato’ K punye. Mungkin kot..Sebab K. Kalau Avenue M, mesti Dato’ M Daud Kilau punye la kan..Avenue H?? Wah kene rebut nih..

SuperH dan B memang ngantuk tak hingat la..Elok2 dah nak masuk simpang Alam Damai dekat rumah Dato’ CT lama tu, tetibe SuperZ cakap jumpa kat LRT BTS la. Nak naik LRT plak…So kitorang pun pusing la balik kan..Then dah sampai BTS semua. Beli minuman jap and roti tuk bekpes. Then SUperZ suh SuperA beli tiket. SuperA?? Mana la budak ni naik public transport. SuperH? Herm..Dah bertahun dah tak naik..Last2 semua tak tau macam mana nak cari stesyen tuk stop di Avenue K. ‘Jom naik kereta je lah’, tiba2 SuperZ bersuara. SuperH and B bersorak kegirangan. Yeay! Napela mu x cakap awal SuperZ ooii. Penat cari parking, pusing and bayar duit parking.

Hermmm..Avenue K. First time ni sampai sini. Boleh la..Takdelah hebat sangat. Best lagi Giant Seri Petaling. Parking pun susah. Herm..Kitorang bertiga ni kira paling berkhemah la..Paling lambat. Yang lelain semua dah sampai..Ni bukan sahaja post-mortem DGP tapi dah lebih bedah siasat. Dari kat Burger King sampai ke Food Court…Seterusnya ke Plaza Yow Chuan dalam 2 jam di bilik 35. Dan kemudian berlanjutan ke Warung Santai, Tesco Ampang..Tak cukup lagi??? Kami ke Kluang pulak sambung..Masa ni tinggal 5 orang je, 3 ahli lama dan 2 ahli baru yang memang x de kene mengena dalam DGP meeting. Bukan Kluang kat Johor tu eh SuperB. Tapi Kluang Station restoran. Sedap sehh roti bakar dia! With homemade KAYA tuh! Yummilicious! ..Bayangkan..Meeting dari jam 11 pagi..Sehingga ke 11 malam..Wah! PM meeting pun tak macam ni kan? Masa nak ke Plaza Yow Chuan petang tuh, SG 3 orang ni jumpa satu public phone milik ALIYA. Canggih tau tepon nih. Excited pulak lama tak guna ‘public phone’. Kitorang pun masukkan la beberapa coins nak tipon member seberang. Cun je lebih..Nama pun cam cun la kan tipon tu..Tapi tak ley dail number ‘0’ Penat tekan2..Frust plak..Maybe syarikat tu kena tukar nama kot. ALIYA tu tambah la ‘Z’ kat depan.. Huhu..



Tiket2!


Yeay! Tiket ni ley masuk aar!

Macam tangga nak naik Batu Caves jer! Tingginya!!


Ni aksi mengade SuperA..Tengok brader sebelah tuh pon malu..


Tunggu bas tak sampai2..Pekene tah..


Ni la Public Phone jenama ALIYA tuh..Lenguh jari tekan2 tak dapat..


Budak ni tengah feel lagu 'Sepohon Kayu' (nyesal tak amik video dia siap berdoa2 bagai)


Kluang Station..Try la roti bakar dia. Best!

Ok la.. hari ni dah 12 Feb..Lagi 2 hari nak Valentines Day. SG tak sambut. Tapi tau lah hari tu Valentines Day. Pada yang menyambut tu..Selamat la eh.. Anyway SG da dapat bunge dah..Hee..Misyad Omar tuh bagi! Dah letak kat pasu. Bila dah mati nnt nak keringkan lah. Wat potpori plak.


Ha..tengok Video Klip Dunia Baru The Movie nih and nyanyi lagu by DUTA 'Milikku'..Cari tuk lagu Sepohon Kayu tu, tak jumpa plak..Sokonglah filem tempatan dan belilah barangan buatan Malaysia!

oh..ku cinta dirimu
ku ingin pelukmu
tiada yang lain

oh..hanya kau ku cinta
dan ingin bersama
kau lah hatiku


bila engkau tiada
diriku rindu benar hatiku
setiap detik ku rasa
ku dalam kesepian
walau apapun rintangan
yang halang ku tentang
dengan tenang
tapi yang pasti
kau kan jadi milikku

oh..apapun terjadi
ku ada disini
menemanimu

oh..ingin aku kata
aku cinta dia
sungguh benar kataku
aku mencintaimu

ooooo..
ku sangat sayang mu
takkan lepaskan mu
walau seribu tahun kita
hidup bersama

ooooo...ooooooo...



Tuesday, February 5, 2008

Review 030208 @ DGP...

Pssttt...







Key chain DGP



Stickers for promo and media...

6:00 am.. Masa ni SG tengah lena diulit mimpi..Memang lena yang amat! Sebab hari sebelum tu keletihan dengan beberapa tugas disusuli pula dengan acara tak rasmi di Old Town White Coffee hingga lewat jam 2 pagi…Tiba2 SG dikejutkan dengan panggilan telefon. Tapi bukan dari handphone SG, tapi dari handphone Eita. Kenapa Eita?? Siapa call Eita pagi2 buta tuh?? SG boleh dengar deringan Hp Eita sebab SG ‘beradu’ di rumah Eita malam tu. Bukan SG je tau. Nazeera dari PD and ada juga orang 'jauh’ Kak Norzaah dari S’pore pun ada. Siapa call Eita??? Ha..jejaka dari Kajang yang sungguh bersemangat dan berdedikasi untuk ke D’ Garden Party (DGP) iaitu saudara Paan.. Haa..jangan speku..Tapi suka hati korang lah kan..Ye la, kenapa Paan call and kejut Eita je kan? SG nak jugak! Hee

6:30 am.. Maka bangunlah seorang demi seorang mengambil nombor giliran untuk mandi dan mempersiapkan diri. SuperA and SuperB paling lambat bangun. Macam mana tak lambat, banyak kali pesan suruh tido tapi tak tido2 duk layan cerita hantu kat ASTRO. SuperH punye jeritan akhirnya berjaya mengejutkan mereka dari mimpi indah’ pagi tuh..Tu yang serak2 sore dah..

7:40 am..Eita dah selamat ke tempat kejadian, Tasik Perdana bersama2 Paan. Seterusnya SuperZ pula (diikuti oleh Kak Zah n Naz) perlu ke Cheras untuk membawa barang paling penting dalam majlis DGP iaitu cake seberat 6KG dari Secret Recipe yang berupa wajah2 atau rupa2 si gadis bernama Heliza Helmi. Kalau korang nak tau, betapa besar nya cake ni sampai x de satu peti ais dari kalangan kami pun yang muat nak letak. So, terpaksa menumpang di rumah orang lain yang tak ada kena mengena dalam DGP. Nasib baik rupa asal cake masih sama, tiada cacat cela..Huhu…SuperH, A & B pula sempat memberehkan sebentar packing untuk door gifts hari itu kemudian terus menuju ke lokasi DGP.

OMG! HUJAN! It’s raining!

8:10 am Berjaya sampai di tempat kejadian. Wah! Hujan menyebabkan laluan agak sukar. Rumput2 tasik basah dan juga lecah atau becak. Mujur kami ada 2 kemah jadi masing2 berkumpul dulu di situ. Crew2 bahagian keselamatan dan sound system dan games dah sampai. Masing-masing sibuk menjalankan tugas department masing2. Dalam hati memang risau juga. Yela, tak sangka hujan pagi ni, sebab petang semalam dah hujan. Tetapi semua tetap bersemangat meneruskan kerja2 persiapan DGP.

9:00 am Sedikit demi sedikit tetamu2 atau lebih best di gelar geng2 TB dah mula hadir. Paling awal tak lain tak bukan Kak Sally. Kak Sally ni kalau korang nak tahu, dari 1st Gathering bersama Ija dulu dialah yang terawal sampai tau. Paling best, sampai2 je mesti tolong mereka yang bertugas untuk majlis. Thanks eh! So dapatlah balloon2 ditiup dengan pantas pagi tuh. Huhu..

9:30 am.. Memang sepatutnya acara dimulakan waktu ini, tetapi cuaca nampaknya tidak mengizinkan kami. Masih ramai yang terkandas rasanya, termasuk juga para media dan VVIP. Hujan yang tadi reda sebentar nampaknya turun kembali..Keadaan di dalam khemah pula sudah siap teratur, 4 meja sudah tersedia (2 untuk Media dan 2 lagi untuk VVIP). Kerusi2 untuk geng2 TB, meja pendaftaran, dan juga meja2 untuk sound sytems. Haa..nak tau, event ni boleh di dengar secara live from Malay FM Radio yang di bawa khas oleh DJ Kai dan Dzariff. Dahsyat kan!

10:20am Waktu ni rasanya 90% geng TB dah hadir. Beberapa Media juga dah sampai, yang paling awal abg Man from Karangkraf dan Photographer Kak Shana dari URTV. Hujan masih belum reda, namun keadaan semuanya terkawal. Para hadirin dijemput bersarapan dahulu. Macam2 kuih muih ada. Hujan2 ni pekena teh tarik atau kopi panas memang best. Ija masih belum tiba. Kelewatan Ija bukanlah disengajakan. Perutnya kurang sihat pagi tu..Jadi faham2 lah ye..



Suasana sebelum kemunculan kemah biru..

Dua gadis bahagian pendaftaran bersama payung..


10:45am.. Akhirnya yang dinanti pun tiba. Memang menepati tema DGP, Ija tiba dengan jaket biru, berseluar hitam dan bertudung putih. Cantik jaket! Nak beli boleh?? Setibanya Ija maka bermulalah agenda DGP. Sudah tentu acara pertama iaitu Sesi bersama media. Sesi ini diadakan di pondok berhampiran yang tersedia di taman. Bintang Kecil sempat mengadakan sesi temubual dan photo shoot Ija bersama kanak2 yang diterbangkan khas dari SuperZ dan juga adik Heli Fanatik. Perghhh..Elok betul mereka berpakaian Bereh dan Superman! So adik2..jangan lupa dapatkan Bintang Kecil keluaran akan datang ye!

22!


Tangan siapa payungkan Ija tu eh?


Ija ni macam hadiah plak kan..


Jaket dari belakang..


Senaman pagi eh Ija? Huhu..


Adik-adik yang bakal muncul dalam majalah Bintang Kecil..Wah! Glemer'


I nak keluar magazine jugak!! -Baby Fyqa-


11:40 am Seterusnya acara bermula. Ija selaku Birthday Girl hari itu membuat ucapan pembukaan dan sempat menjadi DJ sebentar. Disebabkan padang basah, nampaknya kami terpaksa mengubah agenda, acara2 padang (sukaneka) terpaksa di tangguhkan dan acara dimulakan dengan Bereh Idol! Acara ni di sertai oleh 5 peserta dan mereka menyanyikan lagu2 yang pernah di dendangkan oleh Ija sepanjang konsert AF5. Dahsyat! Komen2 persembahan diberi oleh Ija sendiri. Antara lagu2 yang menjadi pilihan peserta ialah lagu Kesal, Aku Bukan Untuk Mu dan juga Kau Pergi Jua. Ija sempat membantu salah seorang peserta Bereh Idol yang kehilangan arah sebentar. Apapun memang sporting bangat dia ni. Walaupun tak hafal lirik, tempo lari tapi SG saspek dan respek habis dengan keberanian dia. Perkara ini diakui, sebab selesai majlis memang ramai aweks mengejar beliau untuk mengambil gambar. Ada juga ura2 mengatakan akan ada ASH FC tak lama lagi. Suasana gamat apabila Bai mendendangkan lagu Kesal sebab ada pulak peserta ‘SEGERA’ tiba2 masuk jadi backup singer kat belakang. Tapi dengan bantuan itulah yang menyebabkan Bai menjuarai Bereh Idol dan tertubuhnya BAI FC.


Beday Girl wat ucapan..Ada lak DJ Kai ngah pose kat blakang..


Halluuuu! Dejay Heliza in da Housee!!! Anda Bereh??


Ija with adik 28 Ogos (chatter di @15 yg selalu support Ija)


Sengal 6 beradik dengan banner Beday Girl'


Aksi ASH duet with Ija dengan lagu'tau takper' ...


Back up singer tu menyanyi ke duk saja je??


Haa..baru nyanyi sikit..


Aksi solo Juara Bereh Idol! Pergh..Nasib tak bukak baju...Oops!


12:10 pm Cuaca dah OK! Hujan dah berhenti. Majlis terus rancak dan semakin meriah. Ija nampaknya ceria dan happy melayan peminat2 beliau yang hadir. Tak risau dah keadaan rupa kaki, beliau terus berjalan..dan berjalan tanpa henti.. Peminat2 pun nampaknya happy. Acara diteruskan dengan Berhati2 Berdansa! Acara ini diikuti oleh beberapa pasangan. Mereka dikehendaki menari mengikut muzik di atas sekeping kertas besar yang akhirnya akan dikecil kan sekecil2nya.. Mana2 pasangan yang kakinya terkeluar dari kertas dikira kalah! Pasangan Ash dan adik 28 Ogos menang! Ash selamba je ko dokong 28 Ogos tuh eh…Bukan muhrim tau..isk..

Selesai game berhati2 berdansa, para hadirin di jemput makan..Memang best makanan2 hari tu. ABC pun ada.. VVIP juga ramai yang datang antaranya. Tak sangka ada juga penyanyi yang sudi hadir iaitu abang Mas Omar dan Cikgu Asri Osman. Sempat juga Cikgu Asri mendendangkan beberapa lagu menghiburkan semua. Paling best abang Mas Omar nyanyi lagu ala pop yeh-yeh. Then ada pulak beberapa geng kat tepi kemah biru (kemah tambahan hari itu so total ada 3 kemah) menari gaya tara kucha kat belakang. Siap spek hitam tuhhh! Tabik spring kat korang especially teman2 SG from DAVOM!

1:00 pm Jeng..Jeng..jeng…Yeay! Tiba masanya untuk menyanyikan Birthday Song untuk Ija dan upacara memotong cake! Selain sambutan untuk Ija, acara ini juga khas untuk Ibu dari E-Amal (co sponsor untuk majlis DGP) birthday ibu jatuh pada 4th February sehari selepas Ija. Happy Birthday Ibu! Thanks for everything! Tak ada sesi baling2 cake sebab ada orang tu kata “ kita tak digalakkan membazir ya..jadi tak perlulah baling membaling cake ni..” Betulla.. Dah la sedap cake tu. Isk baik makan kan. Kalau nak baling, kita baling benda lain.


Besar tak cake nih? Banyak tak gambar? Lilin cukup?


Mak aii..angkat pisau tu lain macam je Ija...Sabo2..


Potong tepi-tepi je la..Sayang aku nak potong muka aku nih..Hee


Gambar aweks bersama ASH...or ASH FC..heh..Siapa ASH? Sila rujuk anak panah...


Antara geng TB yang datang...tengok?? muka diorg happy kan?


Suasana Tasik selepas hujan reda...dan kemunculan kemah biru..


1:20 pm Agenda seterusnya diteruskan dengan permainan ‘kaki kembar’ atau acara lari berpasangan di mana kaki peserta diikat bersama dan seterusnya mereka dikehendaki berlari sebanyak dua pusingan. Pasangan yang sampai dahulu dikira pemenang lah.

Sekitar waktu ini juga, Cikgu Najmi (English teacher @AF5) tiba dengan beberapa anak muridnya from UNITAR. Suka tengok cikgu Najmi. Bersih je muka dia. Thanks Cikgu sebab sudi jugak meluangkan masa hadir di DGP. Cikgu lambat sebab ada event sebelum tu rupanya. Sempatlah cikgu tengok acara kami seterusnya iaitu Makan Mee Cintan sampai Temok!

Pertandingan ni, peserta dikehendaki memakan Mee Cintan kegemaran Ija sehingga habis. Peserta yang paling pantas memberehkan mee dan membuat aksi pipi temok Ija dikira pemenang. Wah! Macam tak percaya! Mytho menang! Tau tak si Mytho ni kecik lebih kurang Ija je..Memang lah..SG pun terfikir..Agaknya badan kecik macam Ija ni memang kuat makan dan makan laju sepantas halilintar! Siapa sangka saudara Paan pun jatuh di tempat ke 3. Manakala Hazwan yang kami sangkakan akan menjuarai acara ini tidak berjaya menempat kan diri di mana2 tempat. Yang best ada pulak peserta yang tak puas hati dan complaint bahawa penganjur main tipu. Complaint dia punya mee cintan 2 packet tu sebab dia makan tak habis2 and tak menang. Isk ..Isk..Dejay2 yang bertugas sempat membuat liputan. Tetapi pihak penganjur menafikan, so kiranya kes ditutup. Sorry eh..Cuba lagi tahun depan kalau ada..Huhuuu

2:00pm Wah..sukaneka akhirnya berjaya diberehkan.. Cuaca semakin baik. Ada yang dah terbaring2 dan berguling2 di padang atau kawasan rumput hijau tasik..Tak kurang juga yang berguling kesakitan akibat kaki terseliuh. Adeh..

Di atas permintaan ramai akhirnya Ija menyanyikan 2 lagu untuk semua. Maka terubatlah kerinduan semua yang nak dengar Ija menyanyi..Seterusnya majlis upacara penyampaian hadiah untuk semua pemenang2 di acara2 yang dipertandingkan juga saguhati kepada yang mengambil bahagian. Suasana menjadi gamat seketika kerana ada perebutan hadiah berlaku sewaktu juara Bereh Idol diumukan. Nampaknya Bai berjaya mencuri perhatian peminat Ija hari itu sehingga tertubuhnya BAI FC. Kewujudan ini disedari apabila wujudnya banner BAI FC hari itu.

2:30 pm Majlis berjaya berakhir di waktu yang ditetapkan.. Acara bersurai dan bebas. Ija masih tak jemu2 melayan peminat2 yang hadir yang ingin bergambar kenangan dan autograph dari Ija di kemah biru. Crew2 majlis pula menyelesaikan tugas masing2. 2 kemah putih dan kerusi2 berjaya di kemas maka Tasik Perdana kembali lengang seperti sediakala. DGP akhirnya terlaksana. Ija selamat sampai dan bersama2 semua peminat2nya terutama geng TB.

SG ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi2 penghargaan dan Terima Kasih buat semua CREW DGP, Sponsor2, pihak Media, dan yang paling penting kepada semua yang menghadiri DGP! Tanpa korang takde lah majlis ni! Tahniah kerana rela berkorban kasut dan kaki anda! Buat Ija, Happy Birthday yang ke -22! Semoga hidupmu terus diberkati dan juga semoga mu berjaya di dalam apa jua bidang yang mu ceburi. SUKSESS! SUKSESS! Aminn….Mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan di majlis DGP semalam ye..Apapun we Bereh it!


Entah apa2...


Persembahan khas dari kumpulan Dewa-Dewa Team Bereh..Dahsyat! Masuk Gangstar eh..?


Peserta-peserta pertandingan makan Mee Cintan..Ni baca doa makan ke tak tah..


Kaki-kaki siapakah ini? Pelbagai rupa dan warna..


Adakah kaki ini akan sekali lagi memijak rumput hijau di Tasik Perdana? Tetapi kaki siapakah ini?


Saturday, February 2, 2008

Happy Birthday Itik!!!

SG nak wish Happy Birthday buat jejaka yang berada nun jauh di AFRICA sana.. To Adham aka Itik, Happy Birthday!!!!! Wah 020208! Sehari je sebelum birthday Ija kan. Sedih gak you tak dapat balik Malaysia. Kalau tak senang 2 in 1 je.

Anyway, semoga you panjang umur, murah rezeki, makin tinggi and cepat balik Malaysia.. Ramai yang tunggu nih..Tak yah lah SG list kan.. You should know..Heee..

To TB, see u guys tonite! And of course tomorrow at D' Garden Party! Jangan lupa tikar, borang ABP and paling penting diri sendiri...Daaaaaaaaaaaaa...