Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Tuesday, July 15, 2008

Jom Say Park! Eh silap..Sepak!




Salam sume! Okey? Sume ok? Harap2 ok la tu kan. Kepada yang free tak tau nak wat apa Sabtu ni, jom la ngan geng TB kita main Sepak2. Yang tak tau tu, datang je la tengok pun okeh. Nanti dah tengok2 tu mesti boleh join sekali. Dah lama gak tak main futsal kan.

Datang eh! Majulah sukan untuk negaraku yang tercinta.

Tuesday, March 4, 2008

Hola!

Huhu..bagi laluan kat gambar tergendala beday bash SuperA hari tuh.. Credit to Dzareefz.Fotopages.Com ;)


Simbahan halilintar dari Ling di sebalik SuperH..



Uwaaaa! Cepender bacahhhh!!!


Huh...Dah 04 03 08! Lagi 4 hari lagi 08 03 08! Ada apa?? Hari Sabtu nanti sudah tentu hari yang dinanti2kan..Hari untuk rakyat Malaysia (yang layak dan berdaftar) untuk keluar mengundi! Kepada yang layak tu, tunai kan lah kewajipan dan hak anda. Yang layak tapi belum mendaftar apa lagi?? Tak reti2?? Yang pasti kali ini merupakan kali ke dua mengundi buat SuperZ, kali pertama buat SuperH, manakala SuperB dan A belum masanya lagi. Tapi SuperB dah boleh mendaftar yea..


Hermm...Sabtu lepas,
SG sempat sama2 turun padang dgn geng TB untuk bowling Channel @15. Kali ini, TB hantar 2 team je, Heliza Bereh 1 &2. Seperti biasa, ramai juga yang datang memberi sokongan walaupun tak bermain. Thanks eh.Standard tournament, memang kena main 3 games. Lane kami berjauhan pulak, tapi tak mematahkan semangat nak meroyan. Kecoh tetap kecoh, biasalah sengal Bereh tu memang ada je. Cuma on and off ikut mood. Tak sempat nak survey sangat apa yang berlaku sebab memang SuperH dan Z concentrate dengan game. SuperB sempat pulak berkaraoke dengan geng DAVOM. Apapun, walaupun tak berjaya menempatkan diri di mana2 tempat yang dipertandingkan, kami tak pulang dengan tangan kosong. Semua dapat pingat dan cenderahati. Rezeki takde, tapi mutu permainan kali ini memberangsangkan. Huhu..HB2 punye skor jangan cakap la.. Dasat! Cuma biasalah, yang lain ada yang lebih dahsyat, tu yang tak menang tuh.


Tengah duk baling2 bola tuh, masa
game ke 2 tak silap, terkejut juga dibuatnya.. Betul ke apa yang kitorang nampak ni?? Perghh..Itik berjaya cari jalan pulang ke Malaysia lah! Memang big surprise! Tak tahu langsung! Semakin kurus itik. Ye la duk Africa tu agaknya..Anyway, welcome back' Boleh la kita berkopi putih nanti.


Selesai acara bowling malam tu, kami lepak makan2 di Kelana Jaya. Masing2 lapar..Ramai yang pekene TOM YAM. Biasalah, kalau dah makan2, lepak2 mestilah berborak2..Walaupun penat sempat jugak lah bergosip. Apapun
thanks to Kak Noorul from Brunei yang belanja kitorang malam tu. Walaupun jauh, tetapi dekat di hati.. Cheewah. Semoga dimurahkan rezeki lagi..


Okeylah, nak cepat ni..Jangan lupa eh..
08 03 08 ni!! Jom mengundi! Lepas mengundi kita gi shopping and makan donut kat Pavillion eh..Hehe..ada orang jauh nak datang katanya.. Jumpa di sana!!!


Ni ada sikit gambar2 di sekitar bowling hari tu..Herm..kali ni pelik sikit..Semua gambar macam ni.. Takde muka pun..Tak tahu lah cameraman hari tu kenapa kan..Layan kan je lah ek..
Anak sapaa la neh..?



Cup Cakes!



Ni souvenir from Astro @15



Bowler 1



Bowler 2



Bowler 3



Bowler 4



Bowler 5


Berehh!!


COP!!! Saja nak share.. Untuk semak status mengundi ..Cara-caranya..

Guna HP..Charge RM0.50 eh..

For MAXIS, CELCOM & DIGI user

Taip SPRNo Kad pengenalan Hantar SMS ke 39111 atau 39988 !
Contoh: SPR 810619140302 hantar ke 39111


Cara online.. sila klik http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

Tuesday, February 5, 2008

Review 030208 @ DGP...

Pssttt...







Key chain DGP



Stickers for promo and media...

6:00 am.. Masa ni SG tengah lena diulit mimpi..Memang lena yang amat! Sebab hari sebelum tu keletihan dengan beberapa tugas disusuli pula dengan acara tak rasmi di Old Town White Coffee hingga lewat jam 2 pagi…Tiba2 SG dikejutkan dengan panggilan telefon. Tapi bukan dari handphone SG, tapi dari handphone Eita. Kenapa Eita?? Siapa call Eita pagi2 buta tuh?? SG boleh dengar deringan Hp Eita sebab SG ‘beradu’ di rumah Eita malam tu. Bukan SG je tau. Nazeera dari PD and ada juga orang 'jauh’ Kak Norzaah dari S’pore pun ada. Siapa call Eita??? Ha..jejaka dari Kajang yang sungguh bersemangat dan berdedikasi untuk ke D’ Garden Party (DGP) iaitu saudara Paan.. Haa..jangan speku..Tapi suka hati korang lah kan..Ye la, kenapa Paan call and kejut Eita je kan? SG nak jugak! Hee

6:30 am.. Maka bangunlah seorang demi seorang mengambil nombor giliran untuk mandi dan mempersiapkan diri. SuperA and SuperB paling lambat bangun. Macam mana tak lambat, banyak kali pesan suruh tido tapi tak tido2 duk layan cerita hantu kat ASTRO. SuperH punye jeritan akhirnya berjaya mengejutkan mereka dari mimpi indah’ pagi tuh..Tu yang serak2 sore dah..

7:40 am..Eita dah selamat ke tempat kejadian, Tasik Perdana bersama2 Paan. Seterusnya SuperZ pula (diikuti oleh Kak Zah n Naz) perlu ke Cheras untuk membawa barang paling penting dalam majlis DGP iaitu cake seberat 6KG dari Secret Recipe yang berupa wajah2 atau rupa2 si gadis bernama Heliza Helmi. Kalau korang nak tau, betapa besar nya cake ni sampai x de satu peti ais dari kalangan kami pun yang muat nak letak. So, terpaksa menumpang di rumah orang lain yang tak ada kena mengena dalam DGP. Nasib baik rupa asal cake masih sama, tiada cacat cela..Huhu…SuperH, A & B pula sempat memberehkan sebentar packing untuk door gifts hari itu kemudian terus menuju ke lokasi DGP.

OMG! HUJAN! It’s raining!

8:10 am Berjaya sampai di tempat kejadian. Wah! Hujan menyebabkan laluan agak sukar. Rumput2 tasik basah dan juga lecah atau becak. Mujur kami ada 2 kemah jadi masing2 berkumpul dulu di situ. Crew2 bahagian keselamatan dan sound system dan games dah sampai. Masing-masing sibuk menjalankan tugas department masing2. Dalam hati memang risau juga. Yela, tak sangka hujan pagi ni, sebab petang semalam dah hujan. Tetapi semua tetap bersemangat meneruskan kerja2 persiapan DGP.

9:00 am Sedikit demi sedikit tetamu2 atau lebih best di gelar geng2 TB dah mula hadir. Paling awal tak lain tak bukan Kak Sally. Kak Sally ni kalau korang nak tahu, dari 1st Gathering bersama Ija dulu dialah yang terawal sampai tau. Paling best, sampai2 je mesti tolong mereka yang bertugas untuk majlis. Thanks eh! So dapatlah balloon2 ditiup dengan pantas pagi tuh. Huhu..

9:30 am.. Memang sepatutnya acara dimulakan waktu ini, tetapi cuaca nampaknya tidak mengizinkan kami. Masih ramai yang terkandas rasanya, termasuk juga para media dan VVIP. Hujan yang tadi reda sebentar nampaknya turun kembali..Keadaan di dalam khemah pula sudah siap teratur, 4 meja sudah tersedia (2 untuk Media dan 2 lagi untuk VVIP). Kerusi2 untuk geng2 TB, meja pendaftaran, dan juga meja2 untuk sound sytems. Haa..nak tau, event ni boleh di dengar secara live from Malay FM Radio yang di bawa khas oleh DJ Kai dan Dzariff. Dahsyat kan!

10:20am Waktu ni rasanya 90% geng TB dah hadir. Beberapa Media juga dah sampai, yang paling awal abg Man from Karangkraf dan Photographer Kak Shana dari URTV. Hujan masih belum reda, namun keadaan semuanya terkawal. Para hadirin dijemput bersarapan dahulu. Macam2 kuih muih ada. Hujan2 ni pekena teh tarik atau kopi panas memang best. Ija masih belum tiba. Kelewatan Ija bukanlah disengajakan. Perutnya kurang sihat pagi tu..Jadi faham2 lah ye..



Suasana sebelum kemunculan kemah biru..

Dua gadis bahagian pendaftaran bersama payung..


10:45am.. Akhirnya yang dinanti pun tiba. Memang menepati tema DGP, Ija tiba dengan jaket biru, berseluar hitam dan bertudung putih. Cantik jaket! Nak beli boleh?? Setibanya Ija maka bermulalah agenda DGP. Sudah tentu acara pertama iaitu Sesi bersama media. Sesi ini diadakan di pondok berhampiran yang tersedia di taman. Bintang Kecil sempat mengadakan sesi temubual dan photo shoot Ija bersama kanak2 yang diterbangkan khas dari SuperZ dan juga adik Heli Fanatik. Perghhh..Elok betul mereka berpakaian Bereh dan Superman! So adik2..jangan lupa dapatkan Bintang Kecil keluaran akan datang ye!

22!


Tangan siapa payungkan Ija tu eh?


Ija ni macam hadiah plak kan..


Jaket dari belakang..


Senaman pagi eh Ija? Huhu..


Adik-adik yang bakal muncul dalam majalah Bintang Kecil..Wah! Glemer'


I nak keluar magazine jugak!! -Baby Fyqa-


11:40 am Seterusnya acara bermula. Ija selaku Birthday Girl hari itu membuat ucapan pembukaan dan sempat menjadi DJ sebentar. Disebabkan padang basah, nampaknya kami terpaksa mengubah agenda, acara2 padang (sukaneka) terpaksa di tangguhkan dan acara dimulakan dengan Bereh Idol! Acara ni di sertai oleh 5 peserta dan mereka menyanyikan lagu2 yang pernah di dendangkan oleh Ija sepanjang konsert AF5. Dahsyat! Komen2 persembahan diberi oleh Ija sendiri. Antara lagu2 yang menjadi pilihan peserta ialah lagu Kesal, Aku Bukan Untuk Mu dan juga Kau Pergi Jua. Ija sempat membantu salah seorang peserta Bereh Idol yang kehilangan arah sebentar. Apapun memang sporting bangat dia ni. Walaupun tak hafal lirik, tempo lari tapi SG saspek dan respek habis dengan keberanian dia. Perkara ini diakui, sebab selesai majlis memang ramai aweks mengejar beliau untuk mengambil gambar. Ada juga ura2 mengatakan akan ada ASH FC tak lama lagi. Suasana gamat apabila Bai mendendangkan lagu Kesal sebab ada pulak peserta ‘SEGERA’ tiba2 masuk jadi backup singer kat belakang. Tapi dengan bantuan itulah yang menyebabkan Bai menjuarai Bereh Idol dan tertubuhnya BAI FC.


Beday Girl wat ucapan..Ada lak DJ Kai ngah pose kat blakang..


Halluuuu! Dejay Heliza in da Housee!!! Anda Bereh??


Ija with adik 28 Ogos (chatter di @15 yg selalu support Ija)


Sengal 6 beradik dengan banner Beday Girl'


Aksi ASH duet with Ija dengan lagu'tau takper' ...


Back up singer tu menyanyi ke duk saja je??


Haa..baru nyanyi sikit..


Aksi solo Juara Bereh Idol! Pergh..Nasib tak bukak baju...Oops!


12:10 pm Cuaca dah OK! Hujan dah berhenti. Majlis terus rancak dan semakin meriah. Ija nampaknya ceria dan happy melayan peminat2 beliau yang hadir. Tak risau dah keadaan rupa kaki, beliau terus berjalan..dan berjalan tanpa henti.. Peminat2 pun nampaknya happy. Acara diteruskan dengan Berhati2 Berdansa! Acara ini diikuti oleh beberapa pasangan. Mereka dikehendaki menari mengikut muzik di atas sekeping kertas besar yang akhirnya akan dikecil kan sekecil2nya.. Mana2 pasangan yang kakinya terkeluar dari kertas dikira kalah! Pasangan Ash dan adik 28 Ogos menang! Ash selamba je ko dokong 28 Ogos tuh eh…Bukan muhrim tau..isk..

Selesai game berhati2 berdansa, para hadirin di jemput makan..Memang best makanan2 hari tu. ABC pun ada.. VVIP juga ramai yang datang antaranya. Tak sangka ada juga penyanyi yang sudi hadir iaitu abang Mas Omar dan Cikgu Asri Osman. Sempat juga Cikgu Asri mendendangkan beberapa lagu menghiburkan semua. Paling best abang Mas Omar nyanyi lagu ala pop yeh-yeh. Then ada pulak beberapa geng kat tepi kemah biru (kemah tambahan hari itu so total ada 3 kemah) menari gaya tara kucha kat belakang. Siap spek hitam tuhhh! Tabik spring kat korang especially teman2 SG from DAVOM!

1:00 pm Jeng..Jeng..jeng…Yeay! Tiba masanya untuk menyanyikan Birthday Song untuk Ija dan upacara memotong cake! Selain sambutan untuk Ija, acara ini juga khas untuk Ibu dari E-Amal (co sponsor untuk majlis DGP) birthday ibu jatuh pada 4th February sehari selepas Ija. Happy Birthday Ibu! Thanks for everything! Tak ada sesi baling2 cake sebab ada orang tu kata “ kita tak digalakkan membazir ya..jadi tak perlulah baling membaling cake ni..” Betulla.. Dah la sedap cake tu. Isk baik makan kan. Kalau nak baling, kita baling benda lain.


Besar tak cake nih? Banyak tak gambar? Lilin cukup?


Mak aii..angkat pisau tu lain macam je Ija...Sabo2..


Potong tepi-tepi je la..Sayang aku nak potong muka aku nih..Hee


Gambar aweks bersama ASH...or ASH FC..heh..Siapa ASH? Sila rujuk anak panah...


Antara geng TB yang datang...tengok?? muka diorg happy kan?


Suasana Tasik selepas hujan reda...dan kemunculan kemah biru..


1:20 pm Agenda seterusnya diteruskan dengan permainan ‘kaki kembar’ atau acara lari berpasangan di mana kaki peserta diikat bersama dan seterusnya mereka dikehendaki berlari sebanyak dua pusingan. Pasangan yang sampai dahulu dikira pemenang lah.

Sekitar waktu ini juga, Cikgu Najmi (English teacher @AF5) tiba dengan beberapa anak muridnya from UNITAR. Suka tengok cikgu Najmi. Bersih je muka dia. Thanks Cikgu sebab sudi jugak meluangkan masa hadir di DGP. Cikgu lambat sebab ada event sebelum tu rupanya. Sempatlah cikgu tengok acara kami seterusnya iaitu Makan Mee Cintan sampai Temok!

Pertandingan ni, peserta dikehendaki memakan Mee Cintan kegemaran Ija sehingga habis. Peserta yang paling pantas memberehkan mee dan membuat aksi pipi temok Ija dikira pemenang. Wah! Macam tak percaya! Mytho menang! Tau tak si Mytho ni kecik lebih kurang Ija je..Memang lah..SG pun terfikir..Agaknya badan kecik macam Ija ni memang kuat makan dan makan laju sepantas halilintar! Siapa sangka saudara Paan pun jatuh di tempat ke 3. Manakala Hazwan yang kami sangkakan akan menjuarai acara ini tidak berjaya menempat kan diri di mana2 tempat. Yang best ada pulak peserta yang tak puas hati dan complaint bahawa penganjur main tipu. Complaint dia punya mee cintan 2 packet tu sebab dia makan tak habis2 and tak menang. Isk ..Isk..Dejay2 yang bertugas sempat membuat liputan. Tetapi pihak penganjur menafikan, so kiranya kes ditutup. Sorry eh..Cuba lagi tahun depan kalau ada..Huhuuu

2:00pm Wah..sukaneka akhirnya berjaya diberehkan.. Cuaca semakin baik. Ada yang dah terbaring2 dan berguling2 di padang atau kawasan rumput hijau tasik..Tak kurang juga yang berguling kesakitan akibat kaki terseliuh. Adeh..

Di atas permintaan ramai akhirnya Ija menyanyikan 2 lagu untuk semua. Maka terubatlah kerinduan semua yang nak dengar Ija menyanyi..Seterusnya majlis upacara penyampaian hadiah untuk semua pemenang2 di acara2 yang dipertandingkan juga saguhati kepada yang mengambil bahagian. Suasana menjadi gamat seketika kerana ada perebutan hadiah berlaku sewaktu juara Bereh Idol diumukan. Nampaknya Bai berjaya mencuri perhatian peminat Ija hari itu sehingga tertubuhnya BAI FC. Kewujudan ini disedari apabila wujudnya banner BAI FC hari itu.

2:30 pm Majlis berjaya berakhir di waktu yang ditetapkan.. Acara bersurai dan bebas. Ija masih tak jemu2 melayan peminat2 yang hadir yang ingin bergambar kenangan dan autograph dari Ija di kemah biru. Crew2 majlis pula menyelesaikan tugas masing2. 2 kemah putih dan kerusi2 berjaya di kemas maka Tasik Perdana kembali lengang seperti sediakala. DGP akhirnya terlaksana. Ija selamat sampai dan bersama2 semua peminat2nya terutama geng TB.

SG ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi2 penghargaan dan Terima Kasih buat semua CREW DGP, Sponsor2, pihak Media, dan yang paling penting kepada semua yang menghadiri DGP! Tanpa korang takde lah majlis ni! Tahniah kerana rela berkorban kasut dan kaki anda! Buat Ija, Happy Birthday yang ke -22! Semoga hidupmu terus diberkati dan juga semoga mu berjaya di dalam apa jua bidang yang mu ceburi. SUKSESS! SUKSESS! Aminn….Mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan di majlis DGP semalam ye..Apapun we Bereh it!


Entah apa2...


Persembahan khas dari kumpulan Dewa-Dewa Team Bereh..Dahsyat! Masuk Gangstar eh..?


Peserta-peserta pertandingan makan Mee Cintan..Ni baca doa makan ke tak tah..


Kaki-kaki siapakah ini? Pelbagai rupa dan warna..


Adakah kaki ini akan sekali lagi memijak rumput hijau di Tasik Perdana? Tetapi kaki siapakah ini?


Sunday, December 9, 2007

Bereh...


'Team Bereh'


Huh...Bereh juga akhirnya sesi bowling pokok kelapak di Berjaya Times Square (BTS) siang tadi. Walaupun tak semeriah bowling anjuran ALAMORPHOSIS tetapi Team Bereh tetap bereh. Harap2 kali ni memang semuanya betul2 bereh... ;)

SG memang tak cukup seorang hari ni, sebab SuperB tak dapat datang sibuk study untuk exam esok. Good Luck SuperB. Mu jangan guna dadu eh... Memang lain jugak takde SuperB sebab suara dia selalunya yang menggamatkan suasana. Tambah pulak kali ni TB terpisah jauh. Jadi, kesengalan tu pun tiada. Bagus juga, musim cuaca tak menentu ni memang ramai yang kurang sihat, sakit tekak, demam dan selsema...Macam2..Tapi semangat kesukanan sentiasa menguasai diri. Maka semuanya bereh menjatuhkan pin-pin yang ada. Herm..Betullah... Kurang sihat mungkin, banyak pin tak dapat dijatuhkan..Bola pulak sukanya ke longkang. Oleh itu Juara Longkang kategori lelaki dan perempuan memang Team Bereh sapu BERSIH! Tahniah adik Asyraf dan Su... Wah dapat air kelapa! Eh silap, buah kelapa!





Isk, nak main sempat pose


Cayok..Cayok..


SHALIZA FC?? Errrr... Bereh jer..


Makan...makan...makan... makan... Pipi dah 'muncit'



Tengok apa tuuuu...????





With Birthday Girl...Marsha Londoh


Herm...Paling menarik bowling kali ini TB dapat tengok IKON TB menyanyi live' selepas penat bersukan (sukan yang tak berpeluh, mungkin kalau berpeluh pun di tapak tangan). Walaupun hanya satu lagu, tapi dapat juga mengubat kerinduan pada geng2 TB dan peminatnya yang mungkin dah lama tak dengar Ija menyanyi live' atau mungkin juga yang belum pernah dengar langsung. OOooops! Tak nak komen pasal nyanyian Ija, cuma nak komen begitu hebatnya sambutan dan sorakan yang kedengaran selepas nyanyiannya selesai. :) Microphone tu pun pandai sangat.

SG juga turut gembira kerana dapat berkumpul bersama2 geng TB yang lain di acara 'farewell' sebentar bersama IKON di bilik ‘hangat’. Thanks to adik Siti Hajar yang sponsor cake untuk acara itu tadi. Sedap 'cake' tu. Errr..hari ni kenyang makan cake lah...

Thanks untuk Marsha & Marsha United (MU), semua geng Bereh, geng2 reMpiT from other FC, dan juga untuk semua yang ada tadi. Ok lah, tak nak cerita panjang sebab nanti malas nak baca. (Malas nak taip jugak) Huh.. Dah Isnin! Selamat ber’koreje’ pada yang bekerja. Pada yang tak bekerja, semoga hari2 mu terus ceria dan bermakna.

So, jumpa lagi semua! Supergirls mungkin terbang lagi 12 Dec ni ke Selayang, 15 & 16 mungkin ke Kuantan. Jom rempit lagi! Apapun Supergirls tetap setia dan terus menyokong..Insyaallah.. 'Sampai Menutup Mata'..Heeehuu.. Haa..dengar lagu ni, kalau tak hafal ni ada lirik sekali... ;)

Sampai Menutup Mata

Embun di pagi buta
menebarkan bau basah
Detik-demi detik ku hidup,inikah saat ku pergi

Oh, Tuhan ku cinta dia..
berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia,
hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah
untuk mencintai
Aku tak mudah, mengaku ku cinta
Aku tak mudah, mengatakan, aku jatuh cinta

Senandung ku.. hanya untuk cinta
Tirakat ku, hanya untuk engkau
Tiada dusta, sumpah ku cinta,
sampai ku menutup mata....
Cinta ku, sampai ku menutup, mata…


Friday, November 9, 2007

Jom membowling!


Salam! Err.. Pertama sekali HABIZ nak ucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua warga Malaysia yang beragama Hindu. Heh..cuti Deepavali hari ni..Tapi lebih banyak open house untuk Hari Raya. Ye la, raya tak habis lagi.


Untuk semua sahabat atau lebih mesra 'geng2' sekalian, blog ini tiada kaitan dengan mana-mana individu tertentu dan ia merupakan blog atau catatan bebas, suka-suka, dan apa saja yang berkaitan dengan kegiatan Supergirls HABIZ. Kami juga mengalu-alukan apa jua cadangan topik yang mungkin terlintas difikiran 'geng2' untuk dibincang bersama.


Atas kesibukan undangan terbang ke sana sini, blog ini masih dalam pembikinan. Apapun buat semua 'geng2' sekalian jom kita main Bowling Sabtu ini di Berjaya Times Square! Jumpa di sana!