Huh...Bereh juga akhirnya sesi bowling pokok kelapak di Berjaya Times Square (BTS) siang tadi. Walaupun tak semeriah bowling anjuran ALAMORPHOSIS tetapi Team Bereh tetap bereh. Harap2 kali ni memang semuanya betul2 bereh... ;)
SG memang tak cukup seorang hari ni, sebab SuperB tak dapat datang sibuk study untuk exam esok. Good Luck SuperB. Mu jangan guna dadu eh... Memang lain jugak takde SuperB sebab suara dia selalunya yang menggamatkan suasana. Tambah pulak kali ni TB terpisah jauh. Jadi, kesengalan tu pun tiada. Bagus juga, musim cuaca tak menentu ni memang ramai yang kurang sihat, sakit tekak, demam dan selsema...Macam2..Tapi semangat kesukanan sentiasa menguasai diri. Maka semuanya bereh menjatuhkan pin-pin yang ada. Herm..Betullah... Kurang sihat mungkin, banyak pin tak dapat dijatuhkan..Bola pulak sukanya ke longkang. Oleh itu Juara Longkang kategori lelaki dan perempuan memang Team Bereh sapu BERSIH! Tahniah adik Asyraf dan Su... Wah dapat air kelapa! Eh silap, buah kelapa!
Herm...Paling menarik bowling kali ini TB dapat tengok IKON TB menyanyi live' selepas penat bersukan (sukan yang tak berpeluh, mungkin kalau berpeluh pun di tapak tangan). Walaupun hanya satu lagu, tapi dapat juga mengubat kerinduan pada geng2 TB dan peminatnya yang mungkin dah lama tak dengar Ija menyanyi live' atau mungkin juga yang belum pernah dengar langsung. OOooops! Tak nak komen pasal nyanyian Ija, cuma nak komen begitu hebatnya sambutan dan sorakan yang kedengaran selepas nyanyiannya selesai. :) Microphone tu pun pandai sangat.
SG juga turut gembira kerana dapat berkumpul bersama2 geng TB yang lain di acara 'farewell' sebentar bersama IKON di bilik ‘hangat’. Thanks to adik Siti Hajar yang sponsor cake untuk acara itu tadi. Sedap 'cake' tu. Errr..hari ni kenyang makan cake lah...
Thanks untuk Marsha & Marsha United (MU), semua geng Bereh, geng2 reMpiT from other FC, dan juga untuk semua yang ada tadi. Ok lah, tak nak cerita panjang sebab nanti malas nak baca. (Malas nak taip jugak) Huh.. Dah Isnin! Selamat ber’koreje’ pada yang bekerja. Pada yang tak bekerja, semoga hari2 mu terus ceria dan bermakna.
So, jumpa lagi semua! Supergirls mungkin terbang lagi 12 Dec ni ke Selayang, 15 & 16 mungkin ke Kuantan. Jom rempit lagi! Apapun Supergirls tetap setia dan terus menyokong..Insyaallah.. 'Sampai Menutup Mata'..Heeehuu.. Haa..dengar lagu ni, kalau tak hafal ni ada lirik sekali... ;)
Embun di pagi buta
menebarkan bau basah
Detik-demi detik ku hidup,inikah saat ku pergi
Oh, Tuhan ku cinta dia..
berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia,
hukum aku bila terjadi
Aku tak mudah
untuk mencintai
Aku tak mudah, mengaku ku cinta
Aku tak mudah, mengatakan, aku jatuh cinta
Senandung ku.. hanya untuk cinta
Tirakat ku, hanya untuk engkau
Tiada dusta, sumpah ku cinta,
sampai ku menutup mata....
Cinta ku, sampai ku menutup, mata…
|