Supergirls bersama teman dari Sabah.
'Enam beradik' dah penat berkaraoke...
Best cerita nih. Sebut betul-betul..'Enchanted'!
Yeszaaa! Here we are!!
Aik?? Mana datang cake? Macam kenal jer cake tuh..
Azry ni.. Ingat ler sikit Itik kat sebelah tu..
Old Town French Toast with honey! Best bangat!
Yummy! Blackcurrant Smoothies!
Herm.. Tiba2 terasa ingin menulis. Pagi Sabtu 1 Dec 07 supergirls sempat berjumpa seorang rakan, merupakan kenalan dari internet. Minat yg sama membuatkan pertemuan pertama itu lebih bermakna. Terima kasih kerana menghubungi kami di sini dan semoga kamu selamat pulang ke
Seterusnya pada jam 2:30 ptg, kami dan kawan2 akhirnya berjaya meredah sesak hujung minggu ke shah alam. Kenapa shah alam? Apa lagi, ada birthday girl from TB (cik TyKa)wat party. Isk..jgn ingt party lain pulak..birthday party tau a.k.a makan2. Hehe. Memang tak rancang untuk pergi, tapi itulah..selalunya perkara yg kita tak rancang tu lah yg jadi..dan sebaliknya..rezeki badan dan perut..wah, memang banyak makanan terhidang! Paling meriah ramai rupanya rakan2 dari TB dan orang2 lama pun ada. Macam reunion pun ada rasanya. Apapun memang kenyang perut ni..ada 'baby pizza',satay ayam, mee goreng, roti jala, cake chocolate dan mcm2 lg la..thankz tyKa..happy birthday sweety.
Agak lama juga sesi makan2 di shah alam tu..seperti biasa, tak dirancang juga Supergirls NE sekali lagi mengikut rakan2 TB ke sesi karaoke pula di RedBox Sogo. Suara ni memang dah lama menunggu sesi begini. Akhirnya termakbul juga. Memang ramai dan meriah. Paling best dapat menyanyi bersama2 lagu2 seperti ikhlas tp jauh,berjuta batu, umbrella, demi waktu n kenangan terindah.. Sedih pula waktu tu..sebab ada antara kami yg akan pergi..biarpun x lama, tapi kehilangan tu pasti akan terasa..memanglah ada pepatah berbunyi 'biar jauh di mata,tapi dekat di hati'.. Tapi bila dah jauh, sukar untuk menjalankan aktiviti bersama. beza, memang berbeza...eh mcm iklan pulak..apapun untuk sahabat2 supergirls yg akan pergi jauh tu, semoga semuanya selamat. Dan kenanglah kami di sini..bila terasa rindu tu..ha...pandai2 lah..
Selesai sesi karaoke, sempat berkumpul sekejap di luar. Ada juga kenalan baru tadi. Hermm boleh tahan suara. Sebelum sesi perbincangan bebas ttg aktiviti2 akan dtg,sempat juga kami bergambar... percayalah semuanya akan menjadi kenangan di masa hadapan..
malam masih muda..hari2 bersama semakin berpenghujung..(eh betul ke ayat nih) dah lama juga supergirls dan rakan2 tak berhibur bersama. Aktiviti diteruskan ke BTS..tengok wayang pula. Wah, memang tak salah pilih cerita 'ENCHANTED' tu. antara realiti dan fantasi..memang best! Tak nak cerita kat sini,kena pergi tgk sendiri.
Old Town White Coffee menjadi destinasi terakhir malam minggu ini. Kalau nak tahu dah dua hari berturut2 kami makan di old town cafe ni.
Herm..Hari ni dah hari Ahad..Nampaknye ahad ini supergirls menghabiskan masa bersama keluarga pula. minggu depan bnyk pula aktiviti lain menanti..Breeeep Breeeepp...Alamak, ada message! 'SUpergirls jom makan kerang bakar kat Ampang malam ni..' ...Huuuuhuu..Supergirls terbang lagi..
|