Salam! Lama rasanya tak hapdet blog. Ke’busy’an melanda. SG, masing2 sibuk dengan kerja dan tugasan harian.
Tak habis2 dengan FLY kan.. Memang betul ada yang kena fly nanti..Opps! Tunggu masa dan waktu nya yeah. Kali ni nak cerita sikit macam mana SG ley terjumpa dengan kazen Ceceme tuh.
050408 lepas, SG memenangi tiket penerbangan ke KK. Kebetulan pulak adik SuperZ pun blajar di sana.. So, kira 2 in 1 nye program la..Bercuti sambil melawat adik SuperZ. J Seawal 5 pagi SG dah bersiap sedia, sebelum ke LCCT sempat bersarapan kat Putrajaya. Thanks to ‘teman tapi mesra’ SuperH yg sudi anta sampai LCCT pagi2 buta tuh. Flight kami 7 pagi. Kami antara yang terawal queue dan dipendekkan cerita dapat la pilih tempat betul2 berdekatan sayap. Ada sebab amik port nih..Huu..
Perjalanan ke KK mengambil masa dalam 2 jam setengah je. Kira ‘ok la tu’ sempat lah jugak lena kejap and Relax dlm pesawat Boeing Ke’Ling737 tuh. So far, takde masalah la perjalanan kami. Alhamdulillah..Pilot yg bertugas hari tu memang cekap dan amanah. Jalan pun tak jam. Line clear! Setibanya di apot KK, dah ada dah teman kami yang menunggu dengan sepanduk SG (OMG!) Hee.. x delah, mana sepanduk.. Apot KK tak dela besar mana walaupun baru. Besar lagi gudang Cik Yap kat Selayang tuh. Huhu..Tapi okla kan..Kitorang sampai around 10:30 am..And masing2 dapat pas perjalanan untuk 3 hari di Sabah. And pas perjalanan ni wajib simpan ye..Sebab kena pulangkan nanti.. Kami seterusnya dibawa menaiki pacuan 4 roda yang agak ‘jejak rasul’ keadaannya. (ala..cam keta yg slalu REDAH padang pasir, berdebu2) menuju ke Bandar KK. Misi utama adalah mencari tempat tinggal. Tapi sebelum tu…WAJIB mengisi kekosongan perut la kan..Central Point Sabah aka CP menjadi tmpat persinggahan pertama kami. Makan kat Nelta CafĂ©. Ok la..dah lapo..Cuma pelik, ayam masak madu dia macam biskut ALMOND LONDON. Ha..tapi ayam dia beso la..kaler itam, berbintik2 putih..Isk..cam ikan kat aquaria pun ade..
Dah kenyang, nak cari tempat beristirehat la plak..Walaupun 2 jam setengah perjalanan, tapi SG memang x tido sehari sebelum tu..Atas nasihat teman, kami setuju stay di Deeleyton Hotel (salah eja nih) yang betul2 bersebelahan CP. Walking distance x sampai 5 minit pun. Memang betul2 tgh bandar. Not bad, ASTRO pun ada, so ley la layan konsert AF sbb minggu tu minggu rock! Belum apa2 SG dah ada tetamu, rakan SuperB datang bertandang. Katanya kawan masa PLKN. Borak2 kejap lepastu rasanya semua pengsan..Sampaila dapat panggilan dari teman SG petang tu. Seterusnya petang tu, SG jalan2 di bandar KK. SuperZ ni kira macam warganegara KK dah. Dia lak yang jadi tour guide kami. Kalah orang KK sendiri. Huhu..Sempat berjalan ke Waterfront, Pasar Philippine, Plaza Warisan dan macam2 lagi la..Tak ingt dah nama nye..SuperZ bawak kitorg gi tempat borong gelang mutiara. Tak tau aar berapa dia dapat komisen ngn kakak tuh. Banyak2 kedai kat situ (more than 50 kedai rasanya) kedai tu yg paling hujung tu yg dia bawak. Dah beli2, shopping2 semua, penat la plak..On the way nak jalan balik ke hotel jumpa deretan kedai air kelapa. Banyak seh kelapa! Ada puding kelapa gak tau! Kami pun lepak minum air kelapa yang fresh bersama hembusan bayu petang.. SuperZ tak minum air kelapa rupanya. Masa minum tu, SuperB buat lawak ****, abes tersembur2 SuperH. Isk rugi je air kelapa tu tauu..Sempat borak ngn kakak jual air tuh..Rupanya suami dia duk Putrajaya..Bomba Man..Sebelum balik, kakak tu ley plak pesan kat kitrg ‘Kim salam kat Pak Lah eh’..Camne la SG nk sampaikan tuh…So sesiapa yg jumpa Pak Lah nnti tolong sampaikan eh salam kakak jual air kelapa tuh..
Malamnya SG sempat gak layan konsert AF kat bilik hotel. Perghh Nadia n Stacy best!! Naim keluar malam tu. Patut pun.. Dia nyanyi tak best. SuperA menangis kesedihan..Dia AFUNDI Naim tuh..Takpela, save duit dah kan..Kiki..Actually SuperA keletihan lagi. Tido mati..Tak sedar sampai mengingau2 cakap sorang2. AF habis around 12 cam tu kan..Time ni biasa la, perut lapar balik..SuperA baru bangun, and ajak makan.. SuperH dah nak tarik selimut..Tp lapar gak..SuperB lak kejap nak bangun kejap tak..SuperZ dah tarik selimut habis dah. Memang tak mo ikut..Adengan bangun, tido dan baring berlaku dalam 30 minit..Lepas kena bebel ngan SuperZ, akhirnya SuperH,B dan A bangun dan pergi keluar makan bertiga. Turun bawah hotel je, ada restoran 24 jam..time makan tu SuperB dah mula kerisauan ttg assignment2 nya..Nak buat carta Pai bagai..Laptop x bawak plak..Huhu..Camne tuh? Ha..Lu pikir la sendiri SuperB..
060408..Pukul 6 pagi dah terang dah!! Ceh..Tapi masih tergolek2 atas katil..Kul 9 dah nak kene kuar dari hotel ni! Bukan check out tapi dah janji nak sampai di UMS kul 11 camtuh..Huhu..Nak mandi..kena amik nomot..Tau camne?? Ikut umur..dari yg paling muda..sampai yg last sekali yang lebih makan garam..Hee..SuperA je mandi dah sejam, seb bek SuperB 10 menet je.. SuperH lama balik dalam 35 menet..pastu SuperZ 10 menet setengah plaks..Jadi lepas 1 jam 55 menet baru selesai sesi mandi manda..Lepas bersarapan pe sume..Lambat gak la ..Akhirnya kul 12pm baru kitorang smpai UMS. Huhu..Besar weh UMS neh..SuperZ dah terror dah. Ni kali keberapa tah dia datang.. Dipendekkan cerita, SG sempat la meronda2 tempat2 bersejarah di sini. Ikan2 di akuaria, Ceceme and the gang semua kami lawat. Masa kami lawat tu, diorg memang x abes2 keje..Rajin tul! Statik je..Tapi memang diorg ni sporting..x de hal la kalau nk bergambo tu kan..Tak tau lah kalau ada nak wat ni jadi isu plak..Kiki..Anyway diorg memang COOL! Sorang tu, minat sgt ngn NIKE. Topi kerja dia pun brand NIKE. Dasat!
Lepas dah melawat2 beberapa tempat bersejarah di UMS, SG sambung merempit ke bandar KK. Pergi mana??? Jalan2 cari makan la apa lagi…Kami di bawa ke restoran yg mempunyai MILO tersedap di dunia! Sedap nyeee! Kitorang makan and minum MILO je tgh hari tuh..Tak taula apa dia letak kat MILO tuh..tapi memang addicted la..So kalau korg gi KK jgn lupe minum MILO kat situ eh.
Aktiviti kami seterusnya memang padat dan sarat sampai ke malam. Yela bukan selalu boleh datang sini. Dah alang2 sampai jalan la puas2. Tengok je from slide show antara gambar2 kami di sana eh..Susah nak cerita..banyak sgt..Kalau korang tgk gambar tu, halakan mouse kat picture..ada caption..Huu
Tapi ada beberapa kejadian yg nak diceritakan..Malam Isnin kitrg smpat ke asrama UMS utk beberapa urusan..Asrama tu kedudukan dia tggi so kene naik bukit..Ada la mcm tangga nak naik..Masa naik tu tak de masalah..Memang kelihatan beberapa ekor anjing tgh layan tido berdekatan tangga tuh..Tapi bila nak turun..SuperZ paling depan diikuti oleh SuperH, B dan A di belakang..SuperZ dan H mmg jalan sopan la..Part SuperB ngn A diorg boleh plak meloncat2 n berlari2 anak menuruni tangga tuh..Angan dalam sedar, anjing2 yg tido tadi semua bangun dan menyalak! Uwaaa!!! SuperZ mmg dah dekat dgn kereta, so dia selamat lari masuk kereta. LARI?? Lagi la anjing2 tuh bersemangat! Masa tu Super H betul2 berada dalam beberapa langkah je dr anjing2 tu. Berkat pengalaman lalu (pernah kene kejo) dan nasihat seorang pakcik, SuperH terus diam dan cool and buat2 aksi cam nak amik batu..Anjing tu pun x jadi kejo SuperH..Dalam masa yg sama plak..SuperB ngn SuperA yg berada di kaki tangga boleh plak berlari naik balik ke atas asrama. Apa lagi mereka di kejar oleh anjing2 itu..Adala dalam 6-7 ekor anjing! SuperH selamat berjalan perlahan2 ke kereta..Adengan kejar mengejar antara anjing2 UMS dan manusia berlaku hampir 30 minit, lama jugak..Wakakaka,,SuperB yg disangka kan gagah perkasa bersama azimat Silat gayong dan aksi macho nya akhirnya kalah dengan anjing2 itu..SuperA jgn cakap la..Lari x hengat! X sedar barang2 dia semua dah tercicir termasuk camera..Isk..memang kejadian yg sungguh tidak disangka2..Yang pelik teman kami tu tak pula di kejarnya..termasuk beberapa pelajar UMS yg lain..rasanya anjing tu kenal bau student UMS kot..
Kalau nak tahu, SuperB dan A akhirnya tak menuruni bukit menggunakan tangga yang dipenuhi anjing2 UMS..Diorg sanggup mengambil risiko yg bahaya turun guna aliran longkang bukit..Memang bahaya, tapi nasib baik selamat jugak turun ke bawah..Masuk2 kereta je, termengah2..Huhu..Kalau korg nak tau, masa SuperA ngn B ni kene kejo bagai, SuperZ boleh plak nak round2 UMS ngn kete teman kitorg tuh..Kiki..
Peristiwa kedua yg berlaku, time nak balik berlepas ke KL..Ingt tak pas perjalanan yg nak kene return tu. SuperA…kehilangan pas tuh..pegawai imegresen KK mmg tegas. SuperA x dibenarkan naik pesawat nk balik ke KL. Memang nak menangis dah dia time nih..SuperH, B dan Z dan lepas masuk terminal nk berlepas..Kami cuba jugak nk tggu n tolong tp pegawai tu cam tegas and x bagi. SuperA dibawa masuk ke bilik apa tah..Time ni mmg lagi beberapa minit je nk berlepas. Isk risau giler time nih. SuperZ mmg cool, so dia arahkan SuperH n B masuk naik dulu kapal terbang n cop tempat..Dia tggu SuperA..Tak tahu apa yg berlaku antara SuperA dan pegawai2 apot KK tu..Lama nye! Beberapa saat sebelum terbang, baru kami lega nmpak batang hidung SuperZ membawa SuperA masuk..Huh..Alhamdulillah selamat…Flight kami ke KL pd hari Isnin 070408, 3 petang...Keindahan alam ciptaan-NYA mmg tidak terbatas..Subhanallah..Tgk sndiri gambar2 awan tuh..Cantik sangat! Bye Bye KK..
**Takziah buat teman SG Anjali di atas pemergian adik nya baru2 ini..AL-Fatihah..Semoga Ann sekeluarga tabah dan reda..
**Dan ‘Happy Birthday’ auntie Tipah! Semoga diberkati Allah selalu.. Bereh!