Monday, April 7, 2008

Imran Ajmain's...

Salam semua!! Apa khabar hari minggu anda?? Tengok tak Melodi terjah Heliza? Lupa plak, Bintang Kecil edisi April and Majalah Kelix ada ‘sesuatu’. Jangan lupe eh beli kat kedai2 berdekatan.

Sorry la busy sikit minggu lepas ni. SG merehatkan minda sekejap. Di mana?? Lu pikir la sendiriii..Muahaha.. Ok tu next entry la ek..Sekarang ni seperti yang dijanjikan nak cerita sikit cerita lewat malam di Old Town White Cofee di Genting selepas ABP2007


Selesai acara ABP07, SG sempat lepak minum2 dan makan2 di OTWC with beberapa geng TB and DAVOM..Lama jugakla kami lepak..Bercerita isu2 di malam ABP (korg pepaham la eh isu apa, rasanye semua sama bengang..tp malas nak ungkitkan)..Adala dekat setengah jam..Tapi sebahagian geng TB nak chow dah..Penat kan..So tinggal lah SG dgn Effa and Davom…Betul2 belakang tempat duduk kami, ada 1 group artis, antaranya Imran Ajmain, Cheryl Samad dan hermm..sorry tak ingat or tak berapa cam.. Dipendekkan cerita, Bai or Effa sibuk bising2 ..’Eh Seribu tahun la kat belakang mu kak dade..’ SuperH terus terang memang tak heran pun dengan Imran Ajmain ni. Tapi tau lagu dia Seribu Tahun tu, mmg sedap and suka la jugak tapi biasa2 je la kan..Then bebudak Davom plus Effa n Bai still like duk cakap2 pasal diorg. SuperH pulak sambil khusyuk duk mengadap makanan order yg kedua neh..bley plak kata..’Imran Ajmain? Siapa tu? Seribu tahun???’ Then selamba je duk nyanyi lagu Seribu Tahun tapi bukan lagu Imran Ajmain tu, lagu seribu tahun takkan mungkin…lalala..from kumpulan BPR..Tak cukup dgn lagu tu, boleh pulak sambung lagu nasyid Seribu tahun..’Walaupun hidup..seribu tahun..lalalala..Nyanyi tak hengat, tak sedar suara dia tu high pitch. Tiba-tiba….


“Hai..Yes…U all semua ni dari mana yea...??” kedengaran jelas suara seorang lelaki yang sungguh MACHO suaranya..Oh My God!!!!!!! SuperH hampir2 tersedak! Tapi control..Perghh..Bebudak ni dah gegelak..Imran Ajmain tu pusing belakang beb! Terus tegur kitorang! Uwaaa!!! Apakah yang terjadi kepada SuperH yang tadi mula2 begitu ‘poyo’ mempermain2kan lagu Seribu Tahun??? Jawapannya selepas ini..korang layan video ni kejap..huhu..









Ha..baikkan Imran Ajmain?? Kalau korang nak tau..Dia cool sesangat! Bayangkan SuperH terus angau lepas tu and non-stop nyanyi lagu ‘Seribu Tahun’ from Imran lepas tuh...That nite kitorang gelarkan dia Abg Imran..Lama juga kami berborak2 lepas incident tu..Sempat berkongsi pandangan dan juga cerita..Tak lupa cerita Idola SG iaitu Heliza..yela kami explain la kenapa kami berada di Genting malam tu kan..And Abg Imran juga turut mengenali Heliza, sempat rupanya mereka berjumpa sebelum tu..Abg Imran ni rupanya Singaporean (cian..SuperH baru je tau..huhu). And he’s very down to earth’. Tak mudah melatah and very friendly..Bayangkan dia yang memulakan conversation and sanggup pusing melayan karenah kami..Abg Imran bukan artis demanding, dia memang alu2kan jika ada sesiapa yang berminat memerlukan khidmat beliau especially from IPTA and IPTS..Bagi Abg Imran show2 di tempat begini lebih bernilai dari ‘Dinner2 Show’ kerana dapat mendekatkan diri beliau dengan pelajar2 dan boleh juga beliau berkongsi pandangan dan nasihat bersama..

Kesimpulannya…Betullah ada pepatah yang berbunyi..’Tak kenal maka tak cinta’ dan ‘Budi Bahasa memang memainkan peranan yang penting..Before acara ABP ni, SG ada terserempak dgn pelakon lelaki popular neh…Masa lepak tunggu member nampak ada peminat menegur pelakon tu nak bergambar..Tapi perghh..Muka pelakon tu mmg berkerut2 je..Senyum pun terang2 nampak tak ikhlas..Terus tak berkenan dengan gelagat beliau..So sebagai public figure and artis terkenal, yelah..memang kadang2 tu penat or macam2 hal..but when u r in public, with a lot of fans..apa salahnya melemparkan senyuman manis dan cuba melayan mereka..Actually tak kiralah fans atau tidak..Yang penting ‘keikhlasan’..To Abang Imran, All The Best! Untuk yang ingin mengenali beliau dengan lebih lanjut..Sila layari web rasmi beliau di http://imranajmain.com/

SG with Imran Ajmain's



Effa pulak with Imran Ajmain's