Sunday, November 30, 2008

Doa Dalam Lagu ke Final AJL


Salam semua!


First of all, SG nak ucapkan tahniah buat Ija a.k.a Heliza Helmi kerana berjaya melayakkan diri ke Final Anugerah Juara Lagu yg bakal berlangsung pada 18 January 2009. Rasanya tentu ramai yang mengikuti persembahan Ija baru-baru ini di tv3 bersama Mawi untuk kategori Etnik Kreative bagi lagu Doa Dalam Lagu (DDL) ciptaan Ajai/Loloq.


Sebanyak 10 lagu berentap dalam kategori ini dan hanya 3 lagu yg berjaya mara ke final, selain DDL, tahniah buat Farahwahida, dan juga tak kisah..Eh silap Aiman..hee.. SG dan beberapa teman TB yg turut menyaksikan semi final muzik2 di Sri Pentas 2 turut merasa bangga dan puas dgn kejayaan ini. Keputusan ini secara tak langsung membuktikan bahawa bakat dan kebolehan Ija berjaya diuji dgn juri2 professional yg menilai persembahan peserta2 dlm Etnik Kreative. Tak timbul soal tumpang populariti kerana masing2 ada pengikut dan peminat sendiri. Dan ingat, keputusan ini tiada kena mengena dgn undian SMS. Alhamdulillah…


Setelah menonton rakaman ulangan di web tv3, mmg ada perbezaan yg dapat SG rasakan dlm persembahan Ija menerusi DDL. Terus terang, live di studio sememangnya jauh lebih baik daripada di TV. Apapun daripada komen2 yg SG dapat dari SMS (dari TB) ramai mengatakan memang persembahan Ija semakin baik dan mantap.


Selain Ija & Mawi, SG suka Farahwahida, Aiman dan Dior.. Tapi mungkin rezeki tak berpihak pada jawa dance. Apapun tahniah pada semua yg berjaya dan thanks to TB yg sama2 datang untuk bagi sokongan. Jumpa di Final nanti ok!


Oh ye, Syurga Cinta..katanya di jangka ke pawagam February tahun depan.. He..pada yg x sabar tu..S.A.B.A.R ok..ha..since x dapat tgk December ni, apa kata kita pakai dulu baju Syurga Cinta..hek..Untuk yg tak dapat menyaksikan persembahan Ija baru2 ni, korang boleh layari web http://www.tv3.com.my click dekat SHOWS pilih MUZIK-MUZIK and pilih WATCH EPISODES. Part 1 ada persembahan Ija & Mawi, Part 2 ada TB..hehe..



Gambar2, SG tak dapat nk upload buat masa ni..sebab camera kat SuperIman..Don’t worry nnt SG hapdet ok! Oh ye, esok jgn lupe, Monday 1 December Ija akan muncul di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3.

Gambar2 kat bawah niee..gmbar sblm kitrg masuk Seri Pentas 2 dalam toilet..hek..