Monday, December 15, 2008

Go-Karting is Fun!




Ija before Race..^^

Jingle bell! Jingle bell!! Jingle all the way..hee…salam all! Nak Christmas dah kan! X sabar rasenye..Happy Holiday! Bukan ape, superH cuti panjang nnti..plus..ada orang nak kahwin..siapakah??? ha…biarlah rahsia…itu bukan masalah i…


Ok..first of all. Big thanks to all yg support ‘Fast & Furious 2 Bereeh iT with Heliza Helmi’ baru2 ni di Shah Alam Circuit City Karting, 13 Dec 08. Memang best! Sampaikan tuan punya badan tu semangat betul nak race lagi. Hehehe..Alhamdulillah, walaupun event ni kira last minute nye event tapi berjaya gak berjalan dgn lancar dan happening. Thanks to crew Active Fans yg banyak membantu especially abg Shah dan kak Lina, uncle razak, brother Lob n lain2.. Korang mmg best la..


Macam biasa nk cite sket..Hee..Ni pun terpaksa di tapis oleh lembaga pengarah penceritaan..hek..So start Thursday la eh..2 hari sebelum event..Kalau nak tau, rent tuk litar tu, rate dia 1 hour dalam RM3000 gak..Ni untuk corporate event nye rate..biasa RM1000 camtu la..Huhuu..Tapi tula..tak rugi jadi member ActiveFans ni (http://www.activefans.com) haa..dgn membership nih, bnyk kelebihan yg kita dapat..nak tau?? Gi masuk web diorg sndiri..hehe..tak pun ley contact SuperH nnt dia terangkan..Thanks Abg Shah. And..kenapa kitorg pilih go-kart..?? Sebab mmg tak pernah lagi cuba go-kart. Fun-Kart pernah la cuba kat Genting tu..Go-Kart ni mmg belum lagi..Plus, Heliza pun nak cuba aktiviti yg lasak dan mencabar bersama fans nye..Dan jalan di litar..x mungkin sesat..heh..


Cakap pasal sesat..huhu..memang jalan ke Shah Alam betul2 menguji minda dan kewibawaan kami yg dah lama memandu..SuperH dan SuperA sempat survey stadium circuit tu on Thursday and meeting sekali ngn Abg Shah & crew active fans..Memang excited tgk litar tuh..besaaarrr.. meeting plak di Tesco Shah Alam (bukan Tesco Hyper ok..Tesco kat Stadium tu) Sebab sblm tu, kitorang salah Tesco..lepas meeting selesai, ehem..apa lagi, dah dekat..kami ke Plaza Alam Sentral la..tgk Mila rehearsal tuk Semi final Muzik2..(sedihnyeeee! Mila x dapat ke final..xpela..x de rezeki..cuba lagi yea..)


Friday pulak..semua persediaan dari segi hadiah2 dan makanan2 di berehkan hari ini..Al-Kisah, SuperB dan A mmg bertungkus lumus laa mlm tu sambil tgk muzik2..SuperA jiwanya agak terganggu di atas sebab2 yg x dijangka..sabar yea..Huhu..Alhamdulillah semuanya settle on Friday.


Saturday! SuperZ,H,B and SuperIman gerak ke stadium dulu..kami kene sampai awal untuk discuss sikit dgn crew activefans. Huu..sebelum sampai memang menguji kesabaran..Al-kisah semua tak expert jalan Shah Alam..SuperH memang baru je pegi Khamis lepas, tapi dia tu kalau tau satu jalan tu..kene ikut jalan tuu jee..So bila SuperIman dah terlajak lepas tol batu 3, terikut jalan lain..Maka…bermulalah adengan2 ganas yg kurang menyenangkan di dalam kereta...haha..Jadi, terpaksa u-Turn balik federal highway (u know..U-Turn is FUN!) and kene ikut balik sebijik2 jalan yg SuperH ikut Khamis lepas..Recall..recall..kata dia..Seb bek la, SuperZ, B & I’man ni dah faham bebenor gaya mutu keunggulan SuperH dan x tahu jalan..so terpaksa la guna cara recall’ SuperH..So masuk lah balik Tesco, tempat parking..singgah minum2 dulu( semua sebijik macam yg terjadi hari Khamis) keluar balik parking..Sampaiiiii laaa jumpe Stadium Shah Alam tu..Ha..Al-kisah, rupenya, kami dah pun lalu junction nak masuk ke Stadium tu mula2 tadi..Tapi x pela..janji sampai..Huhu..Seb bek gerak awal..so.. 12 tgh hari kami dah sampai.


SuperA ada tugas lebih penting. Tapi memang menakjubkan sampai awal jugak tepat jam 1pm. Syabas Bedah! Hee..Sampai2 memang seperti yg dimaklumkan, pagi tu kat circuit ada event lain. So kami lepak di bangunan atas circuit (ley view circuit)berkumpul sementara tunggu yg lain2 datang. Kami di beri penerangan serba sedikit dulu pasal Go-Kart. Fuh! Memang excited! Go-kart ni bukan mcm fun-kart Genting ok!. Ni memang laju, ada 80cc, 120cc dan paling laju 500cc..(hee mandai je ) Sorang2 racer Fast & Furious pun hadir. Seramai 22 orang kesemuanya. Ramai kenalan2 baru kami, dan semuanya memang fans Heliza. Hee..thanks to Facebook! Memang mengeratkan silaturrahim..ecece..Seperti sedia maklum, event ni last minute, and clash pulak dgn event anjuran FC lain. So, bnyk la geng TB x dapek join. Nak buat macam mana kan..Tapi takpe! Yang penting..Tetap havoc & Bereeeh! Nanti next time kita wat lagi, insyaallah..


FAFWHH (short form Fast & Furious..) ni kitorang bahagi ke 2 kumpulan, A & B. Ija di group B. Group A akan jalan dulu. And ada 6 hadiah menanti pemenang. 2 terpantas dari group A dan B, Grand Prize- pemandu paling pantas, dan pemandu paling siput..paling perlahan laa..Ha..hadiah utama or Grand Prize memang best. Kereta import tuh! Plus sponsors by Active fans..And Active fans sponsor gak tuk pemenang2 lain..


Sebelum start berlumba, semua wajib isi form keselamatan & ganti rugi..Seterusnya kami juga wajib menghadiri kelas memandu..He..Clinic Go-Kart by Marshall2 yg terlibat..Uncle Razak, Bro Lob & Shah..Huh..semua gerunn je muka..Memang strict betul rules dia. Macam2 pantang larang. Kami juga di ajar, skill2 asas Go-Kart. Apa tu Apex, dan macam2 lagi..Ija pun muka cuak jee..haha..Memang dia kata.. takutnyeee!!! SuperIman pun kecut..hehe..huh..tapi inilah cabarannya!


Around 3pm..bermulalah acara Fast & Furious 2 Bereeh iT!. Ada jugak beberapa geng TB yg dtg bagi sokongan. Group A memulakan perlumbaan. 10 laps ok!!! Huh..memang panas punggung. Alhamdulillah cuaca mmg baik, tak panas, redup je..mcm nak hujan tapi x hujan..SuperA & B turut berlumba di Group A. Ha..jgn tak tahu, (x ingt lak lap berapa) ada kemalangan kecil berlaku..Go-Kart SuperB di langgar oleh Go-Kart peserta lain. Nasib baik SuperB bijak mengawal go-Kart ’nya. Dia terus break ke tepi. Tapi go-Kart yg lagi satu tu, berpusing gak laaa..Huu..pecah wooo tayar. Tapi tiada kemalangan jiwa..hanya kenderaan tu je..


10 laps ni di berehkan oleh GroupA dalam masa 12minit je tak silap..Seterusnya giliran Group B. Ha..Ija mmg bersemangat betul! Huu..dia paling depan ok! Starting memang takut..Tapi betul kata uncle Razak..Jiwa kene kering nak men go-Kart ni..so jgn takut tekan HABIZ minyak tuu..Haa..itulah yg kami lakukan..tapi..corner mmg gerun..kene pandai kawal stereng n main break..tu yg adela kete dak tu berpusing2 setiap kali corner..nasib baik tak terbabas..Tapi tu la..Semangat juang Ija memang tinggi..Dia bawak go-Kart tu mak aiii...Serious giler! Tapi part corner bila ada camera pandai lak wat ’peace bagai & pose senyum’ huhu.. Memang ada adengan potong memotong..Haha..go-Kart yg mati enjin pun ade..sebab kaki tak sampai tekan minyak..kekeke..Siap Marshall yg bawak motor di tepi litar kena hangkut bawak balik ke luar litar untuk tukar go-Kart baru..Dah 10 laps tu, tapimemang rasa x puas! Huhu..tapi tu la..x puas kene lumba lagi la next time kan..


Siapa pemenang???? Ha....selesai acara..Kami bergambar2 dan sesi beramah mesra bersama Ija..dan seterusnya naik ke atas semula..untuk mengetahui keputusan..Juri2 adalah dari crew activefans..diorg yg catat masa semua peserta. Pemenang dipilih berdasarkan masa terpantas bagi keseluruhan laps.


Kami ada 6 pemenang kesemuanya.. Juara antara juara, iaitu juara keseluruhan adalah Kaisan dari Group A. Naib Juara, Rusmaini dari Group A (mamat nih bawak helmet sendiri weh!), Tempat ketiga..huh..cam x caye..tapi..percayalaahh..Heliza a.k.a Ija..dari Group B..Tahniah! dan ke-empat Itik, dari Group B..Seterusnya tempat Ke-5 (dapat hadiah gak), Tokey dari Group B (pun bawak helmet sendiri) dan...pemandu paling siput..hee.. Kak CT..dari Group B..Waaa...terlepas peluang SG nak bolot hadiah utama kereta import tuhhh!! Takpelaa takde rezeki..Tapi tu la...memang tak sangka..Ija dapat 3rd place! Dasatt! Kepada yg tak menang..Jangan berputus asa ok..Cuba lagi nanti..Live must go on bebeh..hee..^^


Anyway, hari tu, memang enjoy. Thanks to all yg terlibat. Teruskan sokongan, insyaallah next time kite go-Kart lagi ok! Anyway, kalau korang nk join actvity2 activefans, masuk lah ke website diorg..setiap minggu ada je activity yg di anjurkan..So..apa lagi event lepas ni?? Ha..itu yg kita tak tau…Hek..Untuk fans Ija yg baru, boleh lah layari web rasmi fans Ija di http://www.helizabereh.com nanti senang tau apa2 hapdet aktiviti terkini dan berkenal-kenalan. ^^


Gambar2 masih dalam proses..SG pinjam dulu pics dari camera Kaisan..Ha..sape ada gambar jgn lupe hantar kat kitrg ok.





Tgk brother number 3 (belakang don tuh) semangat tul!



Senyum tuu..tp kalau org nak potong dia, terus serious..



Tengok2..haa..seriouss!



Gambar2 pemenang2 'Fast & Furious 2 Bereeh iT'