Wednesday, January 28, 2009

Di sana & di sini..

Salam semua! Fuh lama nye tak update blog. Busy..Macam2 hal..keluarga, peribadi dan semua yg sewaktu dengannya.. Happy! Sebab apa?? Ha..Rasanya SG dah kurus sikit..Mungkin x semua SG la..Tp ada yg dah turun 1kg setengah, 1 kg..yg maintain pun ada..Naik??? Ha..itu tak pasti la pulak..Isu penurunan berat badan ni berlaku berikutan kempen yg sangat berkesan ke atas produk2 yg membantu ISRAEL. Korang pun tau kan apa benda nya. Tu la..Kenapa kadang2, kita masih nak guna,makan atau pakai produk luar, sedangkan kita ada banyak pilihan barangan dan produk keluaran tempatan yg dijamin kesucian dan boleh digunakan tanpa was2.. Memang SG x nafikan susah jugak bila mula2 nk start boikot barangan yg support ekonomi ISRAEL tu..Tapi macam kata SuperZ, nak seribu daya..Tak nak tu…Ha..Bukan masalah I…Hehe.. Senang cerita macam ni la..Kalau beratus orang pun ckp kat kita suruh boikot ke..apa ke..Tapi kalau diri kita sendiri x mau..Tak kuat and tak nak tetapkan pendirian..Memang x kan jadi…Tapi ada cara yg boleh membantu, rajin2lah baca berita terkini tentang Gaza dan semua yg berlaku di Palestine..Subhanallah..memang sebak dan sedih mengenangkan nasib mereka..Kalau kita beli barangan yg menyumbang ke ISRAEL ni, ibarat kita turut membekalkan peluru2 dan juga membantu serangan2 ISRAEL di sana..So..macam kata Aizat..Kau fikirlaahhh..or..nak best lagi mcm kata Nabil..Lu pikiiir la sendiriii’


Herm..rasanya masih belum terlambat..Kalau dah terlambat pun x kisah la kan..SG nak ucapkan tahniah buat semua yg berjaya di AJL ke 23 baru2 ni..SG tabik spring kat M.U.H. Serious! Masa rehearsal pun, memang dah tegak bulu roma ni haa…Memang hebat kump ni.. Especially vokalis dia, Lan. Aduhai..bertuahnya kalau dapat berduet dgn Lan ni kan..Sure Gempaq HabiZ! Lan, meet la Uncle Helmi..duet ngn anak dia....hek..isk..gurau je..Tapi, camne ek kalau betul2 boleh berduet..Maka, lahirlah sebenarnya ROcK suCI..Wah!! We Like! Oh..dah cakap pasal Heliza..(pelik la bunyi nye) Ija..(haa baru betoi), tahniah juga ye sbb berjaya membawa lagu DDL dgn baik masa final hari tu. Tak dapat juara etnik kreatif pun, takpe..Yg penting pengalaman di Pentas AJL tu sangat2 berharga..Dan bangga sbb Ija tak nampak pun nervous & betul2 bersungguh2 untuk buat yg terbaik di final hari tu. SG x nak la komen banyak, sbb SG rasakan sama seperti komen Kak She jugak di Blog Mata..(Eyes Of Heliza). Cuma SG pun mmg ada terdengar & dapat komen2 yg mengatakan make up malam tu terlalu berseri2 dan memancar bg setiap penonton AJL. Pancaran dan sinaran yg paling jelas datang dari bibir Merah Ija…Huuhu..Biasalah, mana ada benda atau perkara yg sempurna..Terimalah dgn hati yg terbuka..




SG @ AJL




Penuh penghayatan..



Gandingan 4 hari yg menjadi



Cantik background


Lepas AJL, Ija turun lagi ke KL..Demi peminat..Heliza di Alam Fantasi..Chewah..Fantasi dan Fantasia..memang meriah sungguh lah ye event ni..Thanks buat Uncle Helmi, Auntie Tipah & Kak Long Ija gak yg sanggup meluangkan masa bersama..To all yg datang & bagi hadiah2 tu..Thanks. Ada macam2 karakter kartun yg pelik2 jugak ye..Ada yg tak payah pakai macam karakter mana2 kartun pun mmg dah macam kartun..(memandai je wat andaian sendiri, x de kene mengena ngn yg hidup atau mati).


Tapi, acara kemuncak yg memang menjadi..Adalah acara menata Rias wajah Ija dgn cara yg paling kreatif dan sedikit pembaziran iaitu balingan kek ke muka nya..Wah! Tahniah2 kepada pasukan gerak kan mengejut yg berjaya jugak sampai tepat pd masanya untuk Misi ini..Good job SuperA & SuperB! Hehe..SuperH mmg x dapat dtg atas urusan keluarga, tp walaupun x dtg, tahu semua yg berlaku di tempat kejadian ye..Nasib gak x datang..Kalau x, mcm mana lah jadinye nnt..Apapun, semua yg berlaku atas keizinan dari pihak2 yg berkenaan, semuanya untuk suka2 dan sbg tanda peringatan je..So, maaf lah jika ada plak yg rasa kurang enak dgn acara balingan kek ni..Maybe korg rasa je kurang enak..Tapi dah kene kat muka sndiri, dekat2 area mulut tu..Korang lase(rasa) jugak kek tu sedap kan..



Untuk Ija, Selamat Ulang Tahun Sayangg.. oppS..tu kitorang nyanyi lagu Imran Ajmain..Jgn pewasan..Hek..Untuk mu, ePi bedaY bedaH!’ semoga mu dimurahkan rezeki, dilindungi dan diberkati Allah selalu..Jangan pandang belakang, walaupun skrg kene pakai tali pinggang belakang..Tapi renunglah kehadapan..Memang jalan tak selalunya lurus dan mudah..

Tapi, SelaLu Ada pilihan dan laluan yg dapat membantu...


TB di Heliza d'Alam Fantasi


Ija with family


Rawk

Batman ngn Super Woman


Fuhhh!! Semangat tiup lilin



Selepas di tata rias. heK


Oh ye, korang jangan lupa dapatkan Majalah REMIX ‘sensasi remaja terkini’ Februari 09 Bil 20. Ala..yg cover dia Mila & Afgan..Sebab apa?? Ha..sebab ada cerita Ija di muka surat 110-114. Beli ye!

Herm..Ujibakat AF7 dah pun bermula..Ada ke di antara geng2 SG & TB yg pergi audition? Kalau ada, Good Luck ok! Don’t give up! Cuba lagi dan lagi! 7&8 February ni ada lagi sesi di Bukit Jalil. Chaiyok2! Percaya pada diri ok!

Sunday, January 11, 2009

Save Gaza!





Salam semua…Herm..SG rasa terpanggil untuk buat entry ni..Hari ni dah masuk hari ke 16 Tragedi serangan di Gaza.. Memang menyedihkan apa yang terjadi di sana..Serangan bertubi2 dari rejim Zionis, ISRAEL di bumi Gaza sangat KEJAM! Di hari ke-15 semalam, ia telah membunuh seramai 811 orang! (ni belum update lagi jumlah terkini)




Subhanallah..Dari sumber yg SG baca ; di blog http://dawany.blogspot.com/

sumber:http://www.imemc.org
penterjemah : gunx



Pada petang Sabtu (10/1/2009), satu serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza telah membunuh tujuh orang awam daripada sebuah keluarga, sumber-sumber di Gaza melaporkan.

Para doktor melaporkan , satu biji peluru Israel ditembak ke arah sebuah kedai runcit di utara Semenanjung Gaza, tujuh orang terbunuh daripada satu keluarga. Para doktor menambah , bahawa mereka yang terbunuh adalah daripada keluarga Abed Rabo, termasuk Randa Abed Rabo, 45 tahun , dan anak lelakinya Soufyian, 27 tahun.

Terdahulu, sumber-sumber Palestin melaporkan , Israel telah mengebom pada hari Sabtu bermula di kawasan kediaman terletak di Kahn Younis, Rafah selatan Semenanjung Gaza, bandar raya Gaza, serta kem-kem pelarian berdekatan perairan.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan jumlah kematian sekarang meningkat kepada 811 orang, dengan 3,300 kecederaan. 500 orang yang cedera di lapor kritikal.

Sebagai umat Islam dan juga manusia yg berperikemanusiaan, sama2 lah kita berdoa dan lakukan apa yg kita mampu untuk membantu mangsa2 di Gaza dan menghalang kekejaman ISRAEL.


Untuk bantuan anda boleh dermakan terus ke MERCY MALAYSIA Palestine Relief Fund’


Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

OR

Cheque payable to MERCY HUMANITARIAN FUND
MAYBANK Account No : 5621 7950 4126



Untuk maklumat lanjut layari terus ke web http://www.mercy.org.my/main/index.php



Untuk semua, hayati video & lagu We will not go down A song for Gaza dari Michael Heart




A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive



They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight



We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight



Friday, January 9, 2009

Heliza & Zahid akhirnya berdoa dalam lagu..


Hee..Tomey

Salam all!! Lagi beberapa hari je nak AJL kan??? Huh..debaran tu mesti dapat dirasakan oleh semua yang bertanding, penulis lirik, pencipta lagu, penyanyi dan semua lah yg terlibat secara langsung atau tidak untuk AJL 23/2008 kali ni.


SG pun rasa turut berdebar sebab...Sebab haa..Sebab artis kesayangan SG first time masuk and turut bertanding menerusi lagu Doa Dalam Lagu duet bersama Zahid. Walaupun Mawi tak dapat turut serta untuk final AJL ni, SG percaya Ija mampu mampu lakukan yg terbaik bersama Zahid. Tolak tepi persoalan boleh menang ke tidak.. Yang penting cuba lakukan seHABIZ baik. Insyaallah..Yg lain..kita serahkan kepadaNYA..Amin..


Dari sumber yg SG dapat from blog Sensasi Selebriti milik Budiey http://www.budiey.com/, konsep AJL kali ini adalah Konsep Iluminasi..Ha...apa kebendenya tuh??? Nak tahu lebih lanjut layari blog Budiey ok. Ada banyak juga gambar2 disitu..


Sumber dari Harian Metro; Berikut adalah giliran lagu bertanding selepas undian dilakukan iaitu bermula dengan Bukan di Sini dendangan Sofaz dan ciptaan Zimi dan Amir sementara lirik ditulis Iwan. Lagu Kita (Aizat), Dusta Berkalang (Aiman/Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya), Cuba (Faizal Tahir/Audi Mok), Yang Pernah (Estranged), Bila Nak Saksi (Spider/Tam/Loloq) dan 7. Doa Dalam Lagu (Zahid & HELIZA /Ajai/Loloq).



Tujuh lagi lagu bertanding, Sampai Syurga (Faizal Tahir/Audi Mok), Hanya Di Mercu (Ayu/Aubrey Suwito/Habsah Hassan), Aku Stacy (Stacy/Intan Norul Azlin/Layla Ismail), Dingin (Ziana Zain/Azlan Abu Hassan/Azalea), Kali Rindu (Elyana/Aidit Alfian/Ad Samad), Persoalan Cinta (Farawahida/Julfekar/Ku Seman&Izza Rosley) dan Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein).


Untuk semua, All the best! And to all TB, jom sama2 bg sokongan tuk Ija di final AJL. And..Ahad ni..Jangan lupe eh..1001 malam bersama Mawi & Ekin.. ;)




Doa dalam diam.. ;)

Credit Pictures: Sensasi Selebriti Budiey http://www.budiey.com/

Thursday, January 1, 2009

Selamat tinggal 2008...


Selamat datang 2009…Setahun sudah berlalu…Tanpa kita sedari..To all SG friends di luar sana, Happy New Year! Dan juga masih tak terlambat nak ucapkan; Selamat Menyambut Maal Hijrah yg ke 1430.


Sedih sebenarnya meninggalkan 2008. Terlalu banyak kenangan suka & duka yg SG lalui sepanjang 2008. Huh..Pastinya kenangan terindah itu akan sentiasa terpahat di ingatan..Selamanya..Untuk tahun 2009 yg baru tiba, SG akan terus menghadapi hari-hari mendatang seperti biasa. Tiada apa yang luar biasa..SG cuma mengharapkan yg terbaik untuk semua. Semoga azam dan cita-cita kita semua tercapai. Insyaallah..Amin..


Sebelum 2009 muncul...SG sempat mengikuti show2 terakhir Ija di Lanai Seni, Astaka Titiwangsa dan juga di Remix Tour di Sg Petani. Ha..Ija nyanyi lagu Molek, Ku merindu, Bukan cinta biasa, Ku milikmu dan 2 is better..Tunggu video2 akan di upload nanti ok. Thanks pada semua geng TB dan teman2 yg datang. Hurm.. AJL tak lama lagi kan? Doakan yg terbaik untuk Ija dan pasangan duet baru nya Zahid. Bak kata SuperZ..Harap2 ada kimia..Heh..Semoga tahun 2009 ini lebih baik dari 2008. Berkat usaha & tawakal; dengan izin Allah, segalanya mungkin. Gambatte! Don’t give up Bedah’s!


Save kat diary..2009

11 January – 1001 Satu malam

18 January – AJL 2008

03 February – Apa ek...

21 May – Syurga …Heh…Cinta..




Ape yg dicari tu..Ha..itu yg kita tak tahu..



Kak Ziana neh sore dia ley tahangs..




Penuh penghayatan..




Mengintai Langit...



Suka nye dia.. Hee




Memalu lak adik2 neh..



Team Bereh!