Monday, February 23, 2009

Huhu...

Huuhuu... Bosan nye! Jom kita pergi jalan2 cari makan! Ha...Penambahan berat badan nampaknya semakin berleluasa dikalangan SG.. So...sama2 kita tunggu dan lihat hasilnya May nanti ye..




Ndak da bintaaaaangg..dapat menerangkan hati....la..la..la...la..Gosh..to my FAttY hippie! go for 50kg!...Ni kes mengarut dah..Ok..Untuk Wana dan Nashrin...Sayang korang! Hope to see u guys later..Suka hati je..Suke..Suke..Suke..Congrats!

Saturday, February 14, 2009

Sampai ketemu lagi....



Subuh hari di KLIA..Thanks SuperI sbb anto kitrg ke KLIA..Sedih tgglkn mu hasbeng..


Hek

Salam semua! Happy Valentine’s Day.. Hek..SG tak sambut pun V-day ni..tp saje2 nak wish kpd yg menyambut..Takpe kan..


Oh ye..SG nak mintak maaf la ye, pada teman2 & sahabat2 yg jemput SG untuk aktiviti2 riadah bersama DAVOM (berkelah smbil menderma tuk tabung Gaza), Futsal TB & juga Badminton bersama Saida FC baru2 ni..tak dapat nk menghadirkan diri..sbb diri kami terbang jauh ke Kutub Korea..Kebetulan salah seorang dr kami ada urusan yg perlu diberehkan, dan mcm biasa, bila tak biasa berjauhan yang lain pun nak ikut sekali..Huhu..


Percutian kami ke sana hanya 3 hari 2 malam, yela, masing2 pun bekerja..Jadi tak dapat la nk bercuti lama. 3 hari bercuti ni pun, sebaik pulang ke Malaysia, fuh…Hanya tuhan yg tahu betapa banyaknya tugasan2 yg perlu diselesaikan..Baru 3 hari, dah macam 3 bulan..Hurm..lepas ni, memang fikir 2,3 kali jugak lah ye sebelum ambil cuti..


Dipendekkan cerita, ketibaan kami telah disambut baik & mesra oleh kenalan jarak jauh yg pernah menjejaki bumi Malaysia ini. Syukur alhamdulillah, saudara Asemo atau nama glamour’nye Berdi sudi menjemput kami di airport. Daripada komen salah seorang SG, Berdi mmg agak berubah..bukan berubah apa..tapi semakin sihat dan cergas. (pelik plak tahu tahap kecergasan org) Huhu..Berdi memang nmpk pemalu tp becok sebenarnya. Walaupun ada masalah untuk memahami bahasa masing2..(English Berdi agak slanga’) tapi tak menghalang kami untuk bergurau-senda dan kadangkala sempat juga menganyam ketupat..hek..Ternyata tidak sia2 Berdi mempunyai ramai kawan di bumi Malaysia, sedikit sebanyak Berdi boleh juga bercakap bahasa kita. Wah!! Suke..suke..



Sebelum check in di hotel, kami telah dibawa bersiar2 di pusat Bandar (lupe namanye)..Kemudian, Berdi membawa kami ke sebuah perkampungan kecil di sana untuk melihat sendiri dgn mata kasar kami bagaimana penduduk2 di kampung itu berusaha menjalani kehidupan yg agak ‘susah’ lebih2 lagi di tengah2 bandar. Sesampai di sana, kami di sambut mesra oleh penduduk2 kampung..Sempat kami bertemu dengan sekumpulan anak muda dari sekolah berdekatan yg membantu penduduk2 kampung memajukan kawasan disitu. Ketua pasukan dari sekolah itu digelar Mo. Mengikut kata Berdi, Mo dan pasukannya mmg kerap dtg ke kampung itu utk membantu mereka yg memerlukan. Dari pemerhatian kami, Mo mmg berdedikasi. Tp SG rasa yg lebih menonjol adalah Fo..(SuperH yg rasa..hek) Masa kami di situ tidaklah begitu lama, namun kami sempat juga membantu mereka yg memerlukan..Kanak2 di situ agak hebat juga..ada yg baru balik belajar karate (ala2 taekwando) dan mereka kelihatan riang gembira. AGak lucu bagi SG, nak masuk kawasan perkampungan tu, stoking kena berbau harum..jika tidak..ha..sendiri mau hingat la..Oh ye, orang2 di sini kebanyakannya mmg memakai kasut dan stoking..mngkin cuaca yg sejuk sikit dari Malaysia..Atau mngkin saje2 nak tayang kasut..Hek..


Tanpa disedari kami hampir2 terlepas waktu untuk check in di hotel. Hotel yg kami diami ini mngkin biasa saja di Malaysia, tapi di Bandar ini, hotel ini boleh dikatakan popular..Tempat yg strategic iaitu ditengah2 pusat peranginan dan membeli-belah memudahkan kami untuk bersiar2 dan mencari barang keperluan..Akibat kepenatan yg masih belum kami redakan..akhirnya kami terlena sehinggalah ke petang hampir malam jugak la ye.. Berdi seterusnya akan mengambil kami untuk makan malam bersama rakan2nya..Dan malam itu, buat pertama kalinya SG makan di atas meja dan kerusi..memangla..tapi betul2 bersebelahan laut..Tak cukup dgn itu, Berdi juga membawa kami menyusuri laut..Tak sangka malam itu kami juga terserempak dgn Mo dan pasukan nya..Berdi turut kenalkan kami dgn beberapa rakannya iaitu Rae, Phente, Daiwa, dan Nae’. Nak sebut nama sbnr mereka..mmg SG x ingat la..anyway, cukuplah nick name tu kan..pelik2 sangat nama mereka..terbelit lidah kami..Kami pun ada nama baru ketika di sana.. apa dia?? Huu..rahsia2…



Malam pertama kami di sana mmg indah, walaupun kepenatan sedikit. Ada beberapa upacara yg diadakan malam itu. Upacara menyambut kelahiran dewi puteh..(pelik lak bunyinya) dan upacara itu memerlukan stamina yg tinggi. Tanpa kecergasan, tak mungkin kami dapat berlari untuk mengelak segala bentuk sumpahan yg terjadi. Sambil berjalan2 dipantai kami juga turut menjumpai kehidupan laut yg sudah mati di tepian pantai.. Suasana malam itu juga, tidak mengizinkan kami merakam gambar yg terang untuk dikongsi bersama..Sob..sob..tapi semua itu tetap terpahat di dalam ingatan. Tgk gmbr ikan je la ye.



HaBiZ was here..



Cian ikan2 nie..



Diriku bagai Tapak Sulaiman



Seterusnya, hampir pagi juga kami di tepian pantai..Katil2 di hotel spt memanggil2 kami..Tetapi, kami tak juga tidur..mngkin dah terbiasa waktu Malaysia..Malam masih muda..Kebetulan SuperA ada bawa permainan SAIDINA. Wah lama betul tak main benda ni. Apa lagi, jadi tokey Arab la kitorang malam tu.. Memang best sangat. Sebab macam2 ragam dan perkara yg terjadi. SuperZ banyak betul tapak..tapi rumah habuk pun tadak..Oleh sebab itu keraplah beliau singgah ke Hotel milik SuperA dan menumpang di rumah2 SG yg lain. Aik, mana boleh tumpang free je ok. So, kena la buat bayaran2 dan denda2 kepada pemilik. Habiz, kalau dah 4,5,6 kali singgah..Mestila bankrupt kan. Utk mengelakkan ini berlaku, SuperZ membuat sesi melelong hartanah yg dia ada..Mujur ada SAIDINA ‘A’ yg dermawan dan hartawan yg sanggup membeli dari SuperZ. Apapun permainan yg berlandaskan peraturan yg betul memang menyeronokkan..Main pun happy je..Suka betul SuperA malam tu..Nanti kita main lagi ye..




Saidina!!



Posing dalam hotel..


Hari ke dua, SuperH dan Z dah bangun awal untuk menikmati sarapan di hotel. Memang cantik pemandangan dari tempat kami makan tu. Nampak gunung-ganang, bukit-bukau dan juga perkampungan2 di kawasan sekitar. Walaupun tak berapa lapar, tapi oleh kerana breakfast tersebut termasuk dalam bayaran hotel, maka pembaziran perlu dielakkan. Sempat juga tapau Kioke’Hushie’(makanan Korea) untuk SuperA yg masih tidur di hotel. Buat penat bawak je, SuperA bukannye reti makanan2 pelik ni..Nama pun org Malaysia, beras jugak dia cari. Tak dapat nasi, biskut beras pun jadi..


Hari ni, mmg sepatutnya kami akan ke perkampungan semalam pagi2 lagi untuk sama2 membantu Mo dan rakan2..Tapi yelah..Masa kami di sini pun terhad. Dan bangun pagi bukan kepakaran sesetengah SG. Maka, kami tukar plan untuk berjalan2 di Bandar bersama saudara SuperZ yg memang duduk bekerja di sini. Oh ye Berdi seperti biasa begitu setia menemani kami. Hari ni Berdi sangat ceria. Tak sangka Berdi pandai menyanyi. Hek. Walaupun tak faham apa yg dinyanyikan Berdi, tetapi SG tetap terhibur. Suke..Suke..Memang masa kami betul2 diisi hari ini. Shopping dan window shopping di Bandar dan pekan. Makan makanan pelik yg hitam2 di sebuah restoran ‘Atlen’. Menurut Berdi, makanan di restoran ini memang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana dijamin status ‘HALAL’ nye. Maka dapatlah kami makan tanpa was2.. Hek.


Sedar tak sedar dah agak lewat petang juga. Hajat untuk ke meninjau buat kali terakhir ke perkampungan semalam tak dapat SG tunaikan. Takpelah, mngkin takde rezeki kami. Tetapi Berdi memang pandai membaca hati dan perasaan kami. Kami di bawa melawat ke sebuah pusat peranginan semulajadi berdekatan dengan sekolah Mo dan rakan2. Berdi kata, Mo dan rakan2 kadang2 suka juga menghabiskan masa di situ untuk mencari ketenangan. Bukan itu sahaja, rupa2nya mereka turut mempunyai beberapa kawasan jagaan di bawah mereka di mana terdapat kebun kecil menjadi tempat penuaian tanaman2 tempatan. Memang orang2 di sini suka berbudi pada tanah.


Di sebelah malam pula, SG dibawa ke pusat kebudayaan dan kesenian. Di sini pelbagai acara dapat SG saksikan dan juga turut serta merasai bagaimana penduduk2 di sini menghiburkan diri mereka. Orang2 di sini juga rupanya boleh menyanyi. Hampir sejam juga kami melihat gelagat mereka menyanyikan lagu2 kebudayaan dan lagu yg kami sndiri tak faham. Yang pelik, dan kreatif, mikrofon mereka tidak menggunakan wayar. Tetapi getah air. Dan ternyata ia memberi kesan yg menakjubkan di mana bunyi yg keluar sungguh jelas dan terang. Boleh dgr makhraj2 dan sebutan2. Selepas itu, kami telah diberitahu oleh Berdi ada satu permainan yg mmg popular di sini. Teruja juga kami nk tahu apakah permainan tersebut. Rupa2 nya ‘Pool’. Alahai..Di Malaysia kita main Snooker lagi..Lebih besar dan challenging.. Tapi kena juga lah kami berlakon seolah2 wah!! Best nyee dan teruja untuk bermain pool ni. Tapi SG lebih bnyk memerhati, kerana Mo, Fo, Rae dan Berdi nmpaknye lebih bersemangat untuk berlawan. Mngkin permainan ini baru sampai di sini..Jadi, mereka seolah2 teruja sekali.





Ditepian pantai di petang hari..



Asemo aka Berdi dan SG



Inilah pool ye!




Berdi..



Pinjam kete Mo jalan2 di sekitar pusat peranginan




Dalam kapal terbang wat call ke SuperI tuk jemput balik..


SG dan makanan ibarat irama dan lagu..Tiada apa lagi selepas ini..kecuali mengisi kekosongan perut kami..Cuaca malam itu tidak berapa elok. Angin kencang dan kuat membuatkan SG betul2 hampir terbang, mujurlah ada Berdi yg menyelamatkan keadaan. Tetapi itu tidak menghalang kami untuk menjamu selera. Pelik juga, di kawasan tempat kami nak makan tu cuacanya elok sahaja..Angin bertiup perlahan dan kedengaran juga sesekali desiran ombak memecah kesunyian malam. (perghh macam lagu ape ni ye) Ketika sesi makan malam ini, SG sempat beramah mesra dgn Mo dan rakan2. Berdi seperti memahami, dia hanya banyak mendiamkan diri..Sesekali dia tersenyum..Tak tahulah apa yg disenyumkan nye tu. Mo rupanya sangat becok dan petah berkata2. Beliau mempunyai semangat juang yg sgt tinggi. Jadi tidak mustahil, Fo, Rae, Daiwa dan Nae’ kadang2 kelihatan seolah2 tidak mahu membalas atau melawan tindakan Mo yg kadang2 agresif. Mungkin mereka tahu bahawa tiada gunanya berlawan jika, mereka menang sekalipun pasti Mo akan tidak berpuas hati. Malam itu menjadi saksi di mana Mo dan Fo berlawan memegang cawan kaca berapi..Mo dikatakan mempunyai lapisan kulit yg nipis dari Fo tetapi tetap tidak mau mengalah..SG dan lain2 jadi risau apabila melihat kedua mereka tidak mahu berhenti. Hampir pecah cawan yg dipegang Mo, Berdi kelihatan risau dgn keadaan ini.. dan oleh kerana masing2 mahu menang, SuperH akhirnya bersuara menamatkan perlawanan itu.. maka keputusannya adalah seri..Tiada siapa yg menang dan kalah..Huhu..



Walaupun Mo begitu, tetapi SG tertarik dengan sikapnya yg bersahaja dan jujur. Fo pula seorang yg sopan dan berhemah tinggi. Penuh dengan sifat keibuan dan SG senang dengannya. Fo selalu sahaja menjadi pendengar yg setia..Rae pula tidak sependiam Fo, SG suka dengar cara dia bercerita..memang bersemangat..Walaupun Rae nampak matang dalam setiap segi..Beliau juga kadangkala kelakar orangnya. Daiwa dan Nae’ SG x sempat menganalisis sangat mereka ini..kerana mereka terlalu busy dan hanya beberapa minit sempat SG ketemu. Tapi apapun walaupun sekejap mengenali mereka, terasa sudah lama SG kenal..Itulah, kadang2 bila perkenalan itu benar2 jujur dan ikhlas, memang sekejap saja kemesraan itu terjalin. Walaupun berbeza agama, bangsa, bahasa, umur, pangkat dan keturunan.


Hari ketiga SG di sini..Sangat banyak kenangan2 indah yang tak dapat SG ceritakan dan bayangkan..Biarlah ia menjadi kenangan..Apapun SG sangat gembira dan terasa berat untuk meninggalkan bumi Kutub Korea ini kerana penduduk2 dan rakan2 di sini sungguh baik dan mesra. SG ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Asemo aka Berdi, Mo, Fo, Rae, Daiwa, Nae, Phente dan semualah! Sorry tak dapat sebut semua nama sebab nama korang pelik2..Lagi pun macam la korang baca blog kitorang neh..hehe..Semoga kita diketemukan lagi dan di harap perhubungan jarak jauh ini tidak akan memisahkan kita..Ecece..



Dan untuk semua teman2 SG di sini..SG juga ingin berterima kasih kepada anda semua sepanjang kita berkenalan..Dengan ini, ada pengumuman yg ingin kami buat..Setelah hampir 3 tahun (ada juga yg lebih dari ini dan kurang dari ini) kita berkenalan, SG memang happy dan banyak kenangan2 manis bersama..Yg pahit, SG takkan pernah kenang (buang karan & mase)..Di harap sepanjang perkenalan kita, apa jua salah faham dan sengketa, harap kalian sudi maafkan..Sesungguhnya SG juga manusia biasa walaupun ada ‘Super’ di depan. SG dgn ini mengumumkan ingin berhenti mem’blog’ buat sementara waktu..Bukan kerana apa2 cuma kerana masa SG akan lebih terhad selepas ini. SuperH akan busy dgn project terbarunya, SuperZ akan busy dgn tugasan barunya, SuperA akan busy dengan bos barunya, dan SuperB akan busy dengan cinta barunya..Cinta apa?? Ha..itu yg kita tak taw.. Mungkin jika ada pun post atau entry baru, maybe ia tiada kena mengena dengan SG atau yg hidup & mati..Akhir kata…jumpa anda 21 May nanti di pawagam2 berdekatan!



Merenung masa hadapan...moga ketemu lagi..


**Cop2..SG nak tambah sikit..Korang dah tengok filem Geng?? Ala Upin & Ipin tu.. Haa..Serious best sangat! Tak rugi gi tengok..Alhamdulillah dari tgh hari berusaha mendapat tiket dari beberapa panggung wayang berbeza siap ke shopping Mall lain dan patah balik laa plak ke shooping mall yg mula2 kami pergi..Akhirnya dapat jugak kami tgk cite ni..Itu pun lebihan tiket beberapa org yg cancel booking..Memang full house! Nak book untuk hari2 berikutnya pun dah tak boleh! So..apa lagi geng..pergi la serbu panggung. SG bangga dengan Upin & Ipin. Tahniah kepada semua yg terlibat dalam filem ni ye. **