Blog ini dimiliki oleh Supergirls HABIZ dan kandungan blog adalah bebas juga lebih tertumpu kepada kegiatan 'remp-it' Supergirls HABIZ di serata Malaysia.
Salam all! Lama tak update blog.. OKeh.. KOrang tau FFM?? Ha..FFM ialah singkatan Festival Filem Malaysia ye.. FFM merupakan acara paling kemuncak bagi industri filem tempatan. Festival tahun ini merupakan yang ke 22 dan yang best nye..tahun ni first timeFFM diadakan ni Sabah..Di mana??? Di UMS tu.. Hee..
Dan bila cakap pasal UMS..mesti ada herm..Cik Heliza kita…Dan yang paling best, Heliza a.k.a Ija tercalon dalam 2 kategori untuk FFM kali ni!!
Wah…Alhamdulillah..Walaupun baru setahun jagung di bidang perfileman, bakat Ija tetap dilihat oleh pihak2 yg berkenaan. Soal menang atau tidak, bagi SG itu memang rezeki masing2…Tapi apa yg penting, tercalon dalam 2 kategori iaitu Pelakon Wanita Terbaik & Pelakon Harapan Wanita sudah cukup membanggakan! Bukan senang ye, nak tercalon dan dipilih oleh ‘juri’ untuk sama2 bertanding dengan pelakon2 hebat tanah air yang sudah sedia ada… Tahniah ye Ija! Dan untuk semua yang turut tercalon untuk FFM kali ini.
So, jgn lupa ye saksikan FFM ke 22 di Astro Ria Sabtu ni, 08.08.09. Insyaallah sebahagian dari kami akan ke sana..Nanti kami update la untuk next entry. To all TB yg nak lawan bowling & paintball minggu ni.. Good Luck! Walaupun harapan mngkin agak sukar…Tapi…Belasah je.. Hee..
Oh ye, ni, gambar Hafiz..curi dari FB Ling..SuperH & SuperA minat bangat sama Hafiz..Pastu..pakai lak Baju Superman..Ha…Sesuai …We like.. He.. Motif: Suka2..Jgn marah ye..
Salam..Ha…Rasanya dah bnyk kita dgr cerita Ija a.k.a Cikgu Heliza di blognya tentang tugasan harian sebagai cikgu praktikal di SMK Perempuan Likas, K.K Sabah.
Apa kate...kita dgr pulak cerita ‘anak2 murid’ Cikgu Heliza nie..SG sempat ‘terjah’ mereka waktu ‘KO-KUM’ baru2 nie..Korang layan la 2 video ni dulu..
Salam! Actually tak tahu nak cite apa..Bnyk sgt perkara2 yg jadi kebelakangan nie..Tp kitorang share video nih dulu la eh with korang. Time ni Ija jadi tetamu untuk Program Cinta bersama DJ Lyn di Suria FM. Korg nampak Ija mmg bace text tu kan..But dalam kertas tu ada beberapa soalan mengenai Cinta yg Ija kena jawab sendiri..Ha..So itu lah jawapannye.. Pada yg terlepas siaran ni di Suria FM.. Boleh la dgr eh apa komen Ija menegenai C.I.n.T.a ... Kalau LJ..dia akan kata.. 'Aku tak percaya Cinnnntaa...' So kita dgr apa kate Heliza plak...
Cakap pasal cinta..DVD Syurga Cinta pun dah berada di pasaran..Jgn lupa dapatkan yg Original. RM19.90 je.. OK!
Salam semua..hai hai hai hai…First of all thanks untuk semua geng yg dah pun menonton SC (bukan SG ye). Alhamdulillah tak sampai 2 minggu tayangan kutipan dah pun box-office ye (as at today dah 2million over). Ha…tengok le lagi..Macam kate org tu..Mari le KOME’ ..heee..
Minggu lepas (30 & 31 May lalu) SG berkesempatan terbang ke JB untuk sama2 memeriahkan karnival Jom Heboh anjuran TV3. Ikut kan ini first time SG ke Jom Heboh..Dan first time jugak menjejakkan kaki (betul2 jejak ye..) ke Danga Bay. Memang best! Semuanya yang ’kali pertama’ ni sememangnya best la..Hee..
Apa yang paling best..Surprise! Heliza a.k.a Ija pun ada jugak di Jom Heboh tu...’Heliza Tu.!’ (gaya Ok la Tu..-Saida) Kenapa Ija ada di sana? Ha...itu yang kita tak tau..Tapi kepada yang tengok Melodi Ahad lalu mesti tau kenapa Ija ada di sana..SG nak simpan cerita tu..biarla Ija sndiri yg cerita ye di blog dia nanti ke apa..Hee..Apapun orang JB memang best! Thanks buat semua yg datang petang Sabtu & Ahad haritu..Ramai yg confess dah tgk S.C smpai 2,3 kali..Cayalah! Buat Clora & family..Thanks jugak..Cedapnyee rendang..He...Ayah Clora yg gagah perkasa memperagakan t-shirt Team Bereh, mmg macho. Hee..tQ uncle..
Kemudian..Isnin lalu..1 June 09..Wah! dah June dah! Cepatnyee masa berlalu! Jgn lupe ye bnyk event2 penting June nih..(6 June-Bereh Paint ball,8-10 June-ada org kene jual sayur,15 June-ada org jd cikgu, 19 June-ada orang ehem..,dan seterusnyeee..)
Oh ye 1 June haritu..Satu transformasi telah berlaku..Nope..bukan transformasi sbnrnya..Tapi sesuatu yg sungguh luar biasa! Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata2..Kata SuperH..’I’m Speechless!’ Apa kebendenye yg berlaku?? Ha..ni nak cerita ni..
Malam tu, Heliza a.k.a Ija mendapat undangan khas di Universiti Malaya (UM), KL. Memang undangan ni private dan juga pertama kali Ija dapat follow..Tu sebab tak dapat nak bawak ramai2..And..’MasyaALLAH’ ramainyaaaaa pelajar2 yang terlibat dalam program ini yg bakal Ija temui untuk persembahannya nanti. Seperti biasa, kami tiba satu jam awal sebelum acara sebenar bermula. 8 Malam dah smpai..Program start 9mlm di Dewan Tunku Chancelor (DTC). Tau la kan..Dewan Chancelor macam mana punya besar! Boleh muatkan lebih 2ribu orang! Sepanjang menunggu, Ija sempat berlatih di dalam kereta..Tetapi..apabila melihat begitu ramai pelajar2 yg datang tak putus2 masuk menuju ke dewan, membuatkan kami betul2 terpegun. Ramai giler!!! Bayangkan diorg datang dalam kumpulan yg sangat besar..Macam askar2 zaman Rome dulu nak pergi berperang..Fuh..cheq plak kecut noo..Dan kami difahamkan oleh penganjur, pelajar2 yang terlibat dalam program ini lebih 1800 orang dan mereka adalah pelajar2 tingkatan 4&5 yang terpilih dari sekolah2 seluruh semenanjung Malaysia! Rasanya korang mesti ada pengalaman ni kan..Kira macam program motivasi masa cuti sekolah..Bestnye..rindu plak zaman sekolah..
Berbalik kepada persembahan acara malam tu..(acara sblm tu, maaf kami x dapat tgk sbb sibuk menerima penerangan dan berkenalan bersama penganjur dan seketariat2 yg terlibat). Apapun acara kemuncak ialah persembahan dari 3 artis..Selain Ija, Nazri (Raihan) dan Noni juga terlibat..Ija membuat persembahan ke dua selepas abg Nazri..
Nak tau..sepanjang mengenali Ija..dan mengikuti hampir setiap persembahan2 beliau..Buat kali pertama...malam tu..Jujur sejujur2 nya merupakan persembahan paling ’Hebat’ yang pernah SH saksikan. Hebat’ di sini merangkumi pelbagai aspek..Ok kita cerita sikit ye sedikit suasana malam tu..
Bayangkan Dewan Chancelor yang besar 2 tingkat(lebih besar dari stadium futsall Bukit Jalil tuk konsert2 AF7 tu) memang penuh dan padat dgn penonton. Adapun hanya beberapa kerusi kosong (dlm 5-7 di bahagian hadapan sbb kerusi tu ‘reserve’ jika ada vip2 yg datang kemudian) Lampu dewan di padam..Gelap...Muzik lagu Penasaran versi remix Ija di pasang..Dewan gemuruh! Utk makluman, pelajar2 ni mmg tak tau dgn kedatangan Ija..Kira Suprise laa..Dan tiba2 ...Ija pun menyanyi..Hanya lampu satu spotlight mengiringi Ija. Dan..jeritan2 makin kuat...Sangat kuat sbnrnya..sehingga x boleh nak dgr dgn jelas nyanyian Ija mula2 tu..Ija pun cakap dia x dpt dgr muzik dgn jelas pd permulaan persembahan..Ija datang dari arah pintu masuk dewan (depan..) dan melalui bagai karpet merah..meredah lautan manusia..sehingga ke pentas utama..MasyaAllah..I’m totally speechless!..Mereka menjerit! Melaung2 nama Ija dan ada juga yg sama2 berlari mengikut Ija ke arah pentas..Yang duduk di bahagian atas pula hampir semua berdiri! Ada yg memanjat kerusi dan turut sama menjerit! Walaupun agak gelap tetapi cahaya lampu dari pentas sedikit sbnyk membantu.. memang keadaan sukar di kawal..mujur seketariat2 yg bertugas cepat bertindak..Jadi laluan Ija walaupun sukar..Tapi selamat..(SH- serious rasa mcm kat konsert Madonna or Britney)
Audience..Sangat HEBAT!!! Dan mungkin faktor ini lah ygmembuatkan si penyanyi menjadi lebih Hebat dan luar biasa.
Sepanjang Ija menyanyi..memang tak putus2 sorakan, jeritan dan tepukan gemuruh mengiringi persembahan Ija..
Namun apa yg SH benar2 kagum ialah melihat Ija sendiri..Ija menyanyikan 3 lagu ye malam tu..Penasaran, WSTJ (warna sendu tarian jiwa) lagu baru beliau yg masih dlm proses mastering) dan lagu terakhir..lagu Standing in the eyes of the World..
Ija berjaya memukau hadirin, terutamanya golongan2 intelek (spt cikgu2 dan vip2 yg hadir) juga pelajar2 sndiri dgn ucapan berunsur nasihatnya yg bg SH sngt sndiri sangat bersahaja..Namun, kesannya sungguh mendalam..Gaya ucapan Ija pada malam itu mmg benar2 berbeza dr biasa..Ucapan yg begitu jelas dgn intonasi benar2 spt sorang pendidik yg berkarisma..Bukan nak memuji..Tapi ini lah hakikatnya..SH sndiri kagum smpai x boleh nak buat apa2..Ija berkongsi pengalaman diri sndiri dan juga realiti kehidupan teman2 yg berjaya untuk menyuntik semangat pelajar2 ini..Yg membanggakan tepukan dan sorakan gemuruh juga tidak putus2 walaupun ketika itu..Ija bukan menyanyi..tetapi sedang memberi sedikit panduan dan nasihat..
Tentang nyanyian..memangpd permulaan suara Ija x kedengaran sbb selain jeritan luar biasa penonton..mmg muzik juga terlalu kuat..Tetapi sambutan ‘luar biasa’ penonton..kekurangan ini mmg x lansgung di sedari..Di lagu kedua, Ija bijak bermain emosi bersama penonton..Ija mengajak penonton sama2 menghayati lirik lagu WSTJ yg maksudnya sgt dalam dan berguna..Dan semestinya...Lagu terakhir..membuatkan seluruh dewan turut sama menyanyi..Sekali lagi Ija bijak berinteraksi dgn semua penonton..Penggunaan pentas yg sgt baik.. dan bukan setakat di pentas..mereka yg berada di bawah juga di layan dgn begitu adil..setiap sudut dapat merasai kehadiran Ija... Lagu ini benar2 menyuntik perasaan dan semangat semua yg hadir..termasuk SH sndiri..hek..
Hebatnya malam itu...Selain menyanyi..bg SH Ija berjaya memberi semangat dan perangsang kepada mereka yg memerlukan. Mungkin ini langkah awal untuk Ija sendiri pelajari atau gunakan dan menjadi lebih baik bagi benar2 memahami...Mulianya tugas sebagai seorang pendidik..Untuk Ija..again..Congratulation! BSURSICUB4. Really Proud of you!
*Memang ada sedikit rakaman video waktu diorg bukak lampu dewan, x sempat nk transfer lg..S.A.B.A.R k..*
12 May lalu, SG berpeluang mengikuti Preview filem Syurga Cinta yang diadakan di TGV Mines, Seri Kembangan Selangor. Seawal 9:30 pagi Heliza telah tiba di tempat kejadian. Abang Nas dan team Terjah Melodi juga tiba awal dan sementara menunggu ketibaan yang lain2, kami bersama2 Abang Nas dan team Terjah menggunakan sedikit masa yang ada untuk mengisi kekosongan perut di pagi hari. Perkenalan singkat selamat beberapa minit itu, benar2 mengubah tanggapan kami kepada Abang Nas. Abang Nas bukan lah abang ketak seperti yg digembar-gemburkan.ganas, garang, suka menekan dan macam2 lagi. Ternyata Abang Nas seorang yg sangat soft spoken, berbudi bahasa dan juga banyak memberi nasihat2 dan tip2 yang baik untuk mereka yg bergelumang dengan dunia seni ini samada secara langsung atau pun tidak. Thanks Abang Nas. Hee.. (oh ye ada video SG- SuperZ terjah abang Nas, tggu nnt kami upload ok)
Seterusnya tepat jam 10:30 tayangan Syurga Cinta pun bermula..Filem selama 90 minit ini tidak terasa panjangnya bg SG. Sejujurnya jika diamati jalan cerita Syurga Cinta tidaklah seberat filem2 cinta lain yang pernah kita lihat. Tetapi SG benar2 kagum dan tersentuh dengan mesej yg di bawa di dalam filem ini. Cuba anda hayati dan fahami setiap bait2 kata yang keluar dari Cikgu Syuhada (Heliza). Terlalu banyak maksud yg tersirat yang boleh kita kupas dan fahami dengan lebih dalam lagi. Tahniah kepada penulis skrip. Seperti kata Ahmad Idham, adakah kita seorang Islam yang di faktor, atau seorang Islam yang benar2 memahami apa itu Islam dan mengamalkan ajarannya..
with Abang Nas Terjah!
Heliza & Lisa
Filem ini juga mengupas persoalan cinta dan jodoh...Jodoh dari Syaitan, Jin dan Allah SWT. Paling penting, filem ini tidak sama sekali memerlukan hero (Irham-Awal)dan heroin (Cikgu Syuhada-Heliza) nya bersentuhan tangan, mengungkap kalimah2 cinta dan berdua2an atau bermesra..Namun, kekuatan cinta yang wujud antara mereka dapat kita rasai..Kekecewaan dan penindasan yg berlaku kepada Cikgu Syuhadamampu membuat kita mengalirkan air mata...Kenakalan dan kepetahan Ikmal (Hadziq) pula membuat kita sentiasa tersenyum dan ceria.
SG juga sempat bertanya pendapat2 mereka yang hadir setelah selesai tayangan.
Abang Nas- Heliza berjaya menjadi pelakon..bukan berlakon..Maknanya, Heliza berjaya membawa watak Cikgu Syuhada dengan baik bukan dirinya sendiri iaitu Heliza. Saya akui cerita ini membuat saya menjadi sebak...Itu yang mahal tu..
Lisa – Tahniah! Memang menyentuh perasaan. Hampir2 menitiskan air mata.
Kak JJ Bintang Kecil – Filem yang menarik, rasanya belum ada lagi cerita begini yang difilemkan. Heliza boleh pergi jauh. Memang mampu buat orang menangis.
Shira M.I.G- Best! Untuk mereka yang baru nak bercinta, sedang bercinta, atau belum bercinta. Tengok cerita ni!
Komen paling menarik ialah komen dari Suzan Ahmad, Berita Minggu, Bi Pop, 17 May 2009- Mengenal terjemahan Cinta Sejati (belum ada online punye)
Bagi SG, mengenali diri Heliza sebagai Heliza Helmi, dan melihat lakonan beliau sebagai Cikgu Syuhada di dalam Syurga Cinta; sememangnya sesuatu yang berbeza. Heliza yg dikenali bukan lah yang mudah mengalirkan air mata atau berbicara romantik juga menggemari hal2 berkaitan cinta. Ternyata beliau telah membuktikan yang beliau mampu juga menggalas tanggungjawab yang diberikan untuk melakonkan watak Cikgu Syuhada. Tahniah! Memang banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki. Namun pengalaman pertama ini harus dijadikan sebagai panduan untuk masa hadapan. SG harap selepas ini Heliza dapat memegang watak yang berbeza pula, mungkin watak komedi atau yang lebih mencabar..watak physcho. Insyaallah..segalanya mungkin..Yang penting... S.A.B.A.R.
Terima Kasih buat semua yang terus menyokong Heliza dan Team Bereh. Jangan lupa saksikan Syurga Cinta di pawagam 21 May nanti!
**SuperH tgh merindui A.B.I.Z neh..** Hee..
Oh ye! Jangan lupa Road Tour SC KL next week! Dan 6 June nanti ada Bereeh Challenge! Jum!
Salam! Yeay! Merdeka! Hee...Tahniah ye untuk semua yang dah berjaya selesai exam. SuperB belanje laa.. SuperH, sabar je la..Long way to go. Pape pun, cite takkan HabiZ di sini..Ingat..'apa yang penting!..? Kerjaaaaa samaa! ' Huhuuu..
Rasa cam nak men tembak2 lak..Paint Ball ke..Aih..Tapi sebelum tu..Apa kata kita gi jalan2..Dah berminggu-minggu kita busy je dgn hal masing2, kerja, kerja dan kerja..makan..makan..dan makan..Jum bercuti! Yeay..Cuti2 Malaysia. Kira cam Road Tour gak la tu kan. Cakap pasal Road Tour, apa kata kita ramai2 konvoi ikut Road Tour Syurga CInta minggu depan..Dan minggu2 akan datang. Haa..Dah lama kan tak berjumpa sesama Team Bereh. Jum2.. Papehal, roger2 ok..Bereh! Jumpa anda di sana!!!
Salam! Apa khabar korang semua? Sorry kebelakangan ni kesibukan melanda dan ada beberapa masalah yg tak dapat SG elakkan. So, blog terpaksa di tutup sementara. Sementara je hokey! Insyaallah selagi hayat di kandung badan, SG akan tetap mem blog. Dan rasanya semua pun tahu, inti pati kandungan cerita2 kami mmg berkaitan dengan kegiatan semasa kami. Jadi harap2 tiada lah isu ye. Kalau ada yg tak berpuas hati sudilah kiranya berjumpa kami terus. Jangan pandang belakang, eh silap..Jangan cakap belakang! Haa..Bereh je!
Sekali lagi SG nak jelaskan disini, kami ni bukan persatuan atau badan2 berkanun ye. Kami adalah sekumpulan sahabat, kawan, teman dan boleh dikatakan teman rapat seperti adik beradik pun ye. Kami ditakdirkan berjumpa dan bersama semuanya kerana Heliza Helmi. Mungkin ada lagi yg masih salah faham, SG ni apa? SG ni hanyalah gelaran atau panggilan semata2. Supergirls. Gelaran tu pun kami dapat secara tak sengaja apabila diberi oleh abang Zainal Alam Kadir semasa mengikuti Gempak Selebriti Astro 2 tahun lalu. Dan kebetulan kami juga amat menggilai jenama DC (Disney Cartoon) dan super hero Superman & Supergirl. Kemana2 selalunya kami selesa mengenakan jenama DC nie.. Simple dan menarik. Jadi, secara tak disengajakan gelaran itu melekat sehingga kini.
Namun, kami juga sebahagian daripada TB iaitu Team Bereh daripada Heliza Bereh. Jadi segala aktiviti rasmi bersama TB sudah tentu kami akan cuba turut serta bersama2. Tapi kebanyakan catatan diblog ini adalah kegiatan tak rasmi kami bersama. Macam korang jugak..Ada aktiviti sendiri atau masing2.. So tulis dan update diblog sendiri..Bezanya blog kami di adalah blog bersama2.. kerana kami selalu bersama..Aktiviti kami kebanyakannya bersama. Munkin faktor tempat tinggal juga menjadikan kami mudah menghabiskan masa bersama. Walaupun tak selalunya complete’ tapi kami memang tahu dengan aktiviti masing2. Jadi, harap2 tak timbul soal kenapa SG? Sebab, SG bukan sesiapa pun..Kami hanya manusia biasa yg mempunyai minat dan citarasa yg sama. Itu aje ye.
Dan kenapa kami asyik cerita pasal Heliza je..Sebab mmg kami paling suka pada dia je.. Hek..Sorry kalau ada yg kurang senang. Tapi itu adalah kenyataan dan kami pun x boleh hipokrit…Perasaan tu memang tak boleh dipaksa2..Dan memang itulah pun perasaan kami. Jadi, apa salahnya jika kami terus setia dan mengikuti perkembangan Heliza kan? Dan di harap peminat2 Heliza di luar sana tak kira yg baru atau yg lama, jangan lah lagi ada perkara yg di simpan di dalam hati. Apa salahnya kita sama2 terus menyokong sesiapa sahaja yg kita minati. So hidup pun lebih happy.
And untuk semua, 21 May nanti..Syurga Cinta akan berada di pawagam.. Jom kita tgk ramai2! Bereh!!
Subuh hari di KLIA..Thanks SuperI sbb anto kitrg ke KLIA..Sedih tgglkn mu hasbeng..
Hek
Salam semua! Happy Valentine’s Day.. Hek..SG tak sambut pun V-day ni..tp saje2 nak wish kpd yg menyambut..Takpe kan..
Oh ye..SG nak mintak maaf la ye, pada teman2 & sahabat2 yg jemput SG untuk aktiviti2 riadah bersama DAVOM (berkelah smbil menderma tuk tabung Gaza), Futsal TB & juga Badminton bersama Saida FC baru2 ni..tak dapat nk menghadirkan diri..sbb diri kami terbang jauh ke Kutub Korea..Kebetulan salah seorang dr kami ada urusan yg perlu diberehkan, dan mcm biasa, bila tak biasa berjauhan yang lain pun nak ikut sekali..Huhu..
Percutian kami ke sana hanya 3 hari 2 malam, yela, masing2 pun bekerja..Jadi tak dapat la nk bercuti lama. 3 hari bercuti ni pun, sebaik pulang ke Malaysia, fuh…Hanya tuhan yg tahu betapa banyaknya tugasan2 yg perlu diselesaikan..Baru 3 hari, dah macam 3 bulan..Hurm..lepas ni, memang fikir 2,3 kali jugak lah ye sebelum ambil cuti..
Dipendekkan cerita, ketibaan kami telah disambut baik & mesra oleh kenalan jarak jauh yg pernah menjejaki bumi Malaysia ini. Syukur alhamdulillah, saudara Asemo atau nama glamour’nye Berdi sudi menjemput kami di airport. Daripada komen salah seorang SG, Berdi mmg agak berubah..bukan berubah apa..tapi semakin sihat dan cergas. (pelik plak tahu tahap kecergasan org) Huhu..Berdi memang nmpk pemalu tp becok sebenarnya. Walaupun ada masalah untuk memahami bahasa masing2..(English Berdi agak slanga’) tapi tak menghalang kami untuk bergurau-senda dan kadangkala sempat juga menganyam ketupat..hek..Ternyata tidak sia2 Berdi mempunyai ramai kawan di bumi Malaysia, sedikit sebanyak Berdi boleh juga bercakap bahasa kita. Wah!! Suke..suke..
Sebelum check in di hotel, kami telah dibawa bersiar2 di pusat Bandar (lupe namanye)..Kemudian, Berdi membawa kami ke sebuah perkampungan kecil di sana untuk melihat sendiri dgn mata kasar kami bagaimana penduduk2 di kampung itu berusaha menjalani kehidupan yg agak ‘susah’ lebih2 lagi di tengah2 bandar. Sesampai di sana, kami di sambut mesra oleh penduduk2 kampung..Sempat kami bertemu dengan sekumpulan anak muda dari sekolah berdekatan yg membantu penduduk2 kampung memajukan kawasan disitu. Ketua pasukan dari sekolah itu digelar Mo. Mengikut kata Berdi, Mo dan pasukannya mmg kerap dtg ke kampung itu utk membantu mereka yg memerlukan. Dari pemerhatian kami, Mo mmg berdedikasi. Tp SG rasa yg lebih menonjol adalah Fo..(SuperH yg rasa..hek) Masa kami di situ tidaklah begitu lama, namun kami sempat juga membantu mereka yg memerlukan..Kanak2 di situ agak hebat juga..ada yg baru balik belajar karate (ala2 taekwando) dan mereka kelihatan riang gembira. AGak lucu bagi SG, nak masuk kawasan perkampungan tu, stoking kena berbau harum..jika tidak..ha..sendiri mau hingat la..Oh ye, orang2 di sini kebanyakannya mmg memakai kasut dan stoking..mngkin cuaca yg sejuk sikit dari Malaysia..Atau mngkin saje2 nak tayang kasut..Hek..
Tanpa disedari kami hampir2 terlepas waktu untuk check in di hotel. Hotel yg kami diami ini mngkin biasa saja di Malaysia, tapi di Bandar ini, hotel ini boleh dikatakan popular..Tempat yg strategic iaitu ditengah2 pusat peranginan dan membeli-belah memudahkan kami untuk bersiar2 dan mencari barang keperluan..Akibat kepenatan yg masih belum kami redakan..akhirnya kami terlena sehinggalah ke petang hampir malam jugak la ye.. Berdi seterusnya akan mengambil kami untuk makan malam bersama rakan2nya..Dan malam itu, buat pertama kalinya SG makan di atas meja dan kerusi..memangla..tapi betul2 bersebelahan laut..Tak cukup dgn itu, Berdi juga membawa kami menyusuri laut..Tak sangka malam itu kami juga terserempak dgn Mo dan pasukan nya..Berdi turut kenalkan kami dgn beberapa rakannya iaitu Rae, Phente, Daiwa, dan Nae’. Nak sebut nama sbnr mereka..mmg SG x ingat la..anyway, cukuplah nick name tu kan..pelik2 sangat nama mereka..terbelit lidah kami..Kami pun ada nama baru ketika di sana.. apa dia?? Huu..rahsia2…
Malam pertama kami di sana mmg indah, walaupun kepenatan sedikit. Ada beberapa upacara yg diadakan malam itu. Upacara menyambut kelahiran dewi puteh..(pelik lak bunyinya) dan upacara itu memerlukan stamina yg tinggi. Tanpa kecergasan, tak mungkin kami dapat berlari untuk mengelak segala bentuk sumpahan yg terjadi. Sambil berjalan2 dipantai kami juga turut menjumpai kehidupan laut yg sudah mati di tepian pantai.. Suasana malam itu juga, tidak mengizinkan kami merakam gambar yg terang untuk dikongsi bersama..Sob..sob..tapi semua itu tetap terpahat di dalam ingatan. Tgk gmbr ikan je la ye.
HaBiZ was here..
Cian ikan2 nie..
Diriku bagai Tapak Sulaiman
Seterusnya, hampir pagi juga kami di tepian pantai..Katil2 di hotel spt memanggil2 kami..Tetapi, kami tak juga tidur..mngkin dah terbiasa waktu Malaysia..Malam masih muda..Kebetulan SuperA ada bawa permainan SAIDINA. Wah lama betul tak main benda ni. Apa lagi, jadi tokey Arab la kitorang malam tu.. Memang best sangat. Sebab macam2 ragam dan perkara yg terjadi. SuperZ banyak betul tapak..tapi rumah habuk pun tadak..Oleh sebab itu keraplah beliau singgah ke Hotel milik SuperA dan menumpang di rumah2 SG yg lain. Aik, mana boleh tumpang free je ok. So, kena la buat bayaran2 dan denda2 kepada pemilik. Habiz, kalau dah 4,5,6 kali singgah..Mestila bankrupt kan. Utk mengelakkan ini berlaku, SuperZ membuat sesi melelong hartanah yg dia ada..Mujur ada SAIDINA ‘A’ yg dermawan dan hartawan yg sanggup membeli dari SuperZ. Apapun permainan yg berlandaskan peraturan yg betul memang menyeronokkan..Main pun happy je..Suka betul SuperA malam tu..Nanti kita main lagi ye..
Saidina!!
Posing dalam hotel..
Hari ke dua, SuperH dan Z dah bangun awal untuk menikmati sarapan di hotel. Memang cantik pemandangan dari tempat kami makan tu. Nampak gunung-ganang, bukit-bukau dan juga perkampungan2 di kawasan sekitar. Walaupun tak berapa lapar, tapi oleh kerana breakfast tersebut termasuk dalam bayaran hotel, maka pembaziran perlu dielakkan. Sempat juga tapau Kioke’Hushie’(makanan Korea) untuk SuperA yg masih tidur di hotel. Buat penat bawak je, SuperA bukannye reti makanan2 pelik ni..Nama pun org Malaysia, beras jugak dia cari. Tak dapat nasi, biskut beras pun jadi..
Hari ni, mmg sepatutnya kami akan ke perkampungan semalam pagi2 lagi untuk sama2 membantu Mo dan rakan2..Tapi yelah..Masa kami di sini pun terhad. Dan bangun pagi bukan kepakaran sesetengah SG. Maka, kami tukar plan untuk berjalan2 di Bandar bersama saudara SuperZ yg memang duduk bekerja di sini. Oh ye Berdi seperti biasa begitu setia menemani kami. Hari ni Berdi sangat ceria. Tak sangka Berdi pandai menyanyi. Hek. Walaupun tak faham apa yg dinyanyikan Berdi, tetapi SG tetap terhibur. Suke..Suke..Memang masa kami betul2 diisi hari ini. Shopping dan window shopping di Bandar dan pekan. Makan makanan pelik yg hitam2 di sebuah restoran ‘Atlen’. Menurut Berdi, makanan di restoran ini memang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana dijamin status ‘HALAL’ nye. Maka dapatlah kami makan tanpa was2.. Hek.
Sedar tak sedar dah agak lewat petang juga. Hajat untuk ke meninjau buat kali terakhir ke perkampungan semalam tak dapat SG tunaikan. Takpelah, mngkin takde rezeki kami. Tetapi Berdi memang pandai membaca hati dan perasaan kami. Kami di bawa melawat ke sebuah pusat peranginan semulajadi berdekatan dengan sekolah Mo dan rakan2. Berdi kata, Mo dan rakan2 kadang2 suka juga menghabiskan masa di situ untuk mencari ketenangan. Bukan itu sahaja, rupa2nya mereka turut mempunyai beberapa kawasan jagaan di bawah mereka di mana terdapat kebun kecil menjadi tempat penuaian tanaman2 tempatan. Memang orang2 di sini suka berbudi pada tanah.
Di sebelah malam pula, SG dibawa ke pusat kebudayaan dan kesenian. Di sini pelbagai acara dapat SG saksikan dan juga turut serta merasai bagaimana penduduk2 di sini menghiburkan diri mereka. Orang2 di sini juga rupanya boleh menyanyi. Hampir sejam juga kami melihat gelagat mereka menyanyikan lagu2 kebudayaan dan lagu yg kami sndiri tak faham. Yang pelik, dan kreatif, mikrofon mereka tidak menggunakan wayar. Tetapi getah air. Dan ternyata ia memberi kesan yg menakjubkan di mana bunyi yg keluar sungguh jelas dan terang. Boleh dgr makhraj2 dan sebutan2. Selepas itu, kami telah diberitahu oleh Berdi ada satu permainan yg mmg popular di sini. Teruja juga kami nk tahu apakah permainan tersebut. Rupa2 nya ‘Pool’. Alahai..Di Malaysia kita main Snooker lagi..Lebih besar dan challenging.. Tapi kena juga lah kami berlakon seolah2 wah!! Best nyee dan teruja untuk bermain pool ni. Tapi SG lebih bnyk memerhati, kerana Mo, Fo, Rae dan Berdi nmpaknye lebih bersemangat untuk berlawan. Mngkin permainan ini baru sampai di sini..Jadi, mereka seolah2 teruja sekali.
Ditepian pantai di petang hari..
Asemo aka Berdi dan SG
Inilah pool ye!
Berdi..
Pinjam kete Mo jalan2 di sekitar pusat peranginan
Dalam kapal terbang wat call ke SuperI tuk jemput balik..
SG dan makanan ibarat irama dan lagu..Tiada apa lagi selepas ini..kecuali mengisi kekosongan perut kami..Cuaca malamitu tidak berapa elok. Angin kencang dan kuat membuatkan SG betul2 hampir terbang, mujurlah ada Berdi yg menyelamatkan keadaan. Tetapi itu tidak menghalang kami untuk menjamu selera. Pelik juga, di kawasan tempat kami nak makan tu cuacanya elok sahaja..Angin bertiup perlahan dan kedengaran juga sesekali desiran ombak memecah kesunyian malam. (perghh macam lagu ape ni ye) Ketika sesi makan malam ini, SG sempat beramah mesra dgn Mo dan rakan2. Berdi seperti memahami, dia hanya banyak mendiamkan diri..Sesekali dia tersenyum..Tak tahulah apa yg disenyumkan nye tu. Mo rupanya sangat becok dan petah berkata2. Beliau mempunyai semangat juang yg sgt tinggi. Jadi tidak mustahil, Fo, Rae, Daiwa dan Nae’ kadang2 kelihatan seolah2 tidak mahu membalas atau melawan tindakan Mo yg kadang2 agresif. Mungkin mereka tahu bahawa tiada gunanya berlawan jika, mereka menang sekalipun pasti Mo akan tidak berpuas hati. Malam itu menjadi saksi di mana Mo dan Fo berlawan memegang cawan kaca berapi..Mo dikatakan mempunyai lapisan kulit yg nipis dari Fo tetapi tetap tidak mau mengalah..SG dan lain2 jadi risau apabila melihat kedua mereka tidak mahu berhenti. Hampir pecah cawan yg dipegang Mo, Berdi kelihatan risau dgn keadaan ini.. dan oleh kerana masing2 mahu menang, SuperH akhirnya bersuara menamatkan perlawanan itu.. maka keputusannya adalah seri..Tiada siapa yg menang dan kalah..Huhu..
Walaupun Mo begitu, tetapi SG tertarik dengan sikapnya yg bersahaja dan jujur. Fo pula seorang yg sopan dan berhemah tinggi. Penuh dengan sifat keibuan dan SG senang dengannya. Fo selalu sahaja menjadi pendengar yg setia..Rae pula tidak sependiam Fo, SG suka dengar cara dia bercerita..memang bersemangat..Walaupun Rae nampak matang dalam setiap segi..Beliau juga kadangkala kelakar orangnya. Daiwa dan Nae’ SG x sempat menganalisis sangat mereka ini..kerana mereka terlalu busy dan hanya beberapa minit sempat SG ketemu. Tapi apapun walaupun sekejap mengenali mereka, terasa sudah lama SG kenal..Itulah, kadang2 bila perkenalan itu benar2 jujur dan ikhlas, memang sekejap saja kemesraan itu terjalin. Walaupun berbeza agama, bangsa, bahasa, umur, pangkat dan keturunan.
Hari ketiga SG di sini..Sangat banyak kenangan2 indah yang tak dapat SG ceritakan dan bayangkan..Biarlah ia menjadi kenangan..Apapun SG sangat gembira dan terasa berat untuk meninggalkan bumi Kutub Korea ini kerana penduduk2 dan rakan2 di sini sungguh baik dan mesra. SG ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Asemo aka Berdi, Mo, Fo, Rae, Daiwa, Nae, Phente dan semualah! Sorry tak dapat sebut semua nama sebab nama korang pelik2..Lagi pun macam la korang baca blog kitorang neh..hehe..Semoga kita diketemukan lagi dan di harap perhubungan jarak jauh ini tidak akan memisahkan kita..Ecece..
Dan untuk semua teman2 SG di sini..SG juga ingin berterima kasih kepada anda semua sepanjang kita berkenalan..Dengan ini, ada pengumuman yg ingin kami buat..Setelah hampir 3 tahun (ada juga yg lebih dari ini dan kurang dari ini) kita berkenalan, SG memang happy dan banyak kenangan2 manis bersama..Yg pahit, SG takkan pernah kenang (buang karan & mase)..Di harap sepanjang perkenalan kita, apa jua salah faham dan sengketa, harap kalian sudi maafkan..Sesungguhnya SG juga manusia biasa walaupun ada ‘Super’ di depan. SG dgn ini mengumumkan ingin berhenti mem’blog’ buat sementara waktu..Bukan kerana apa2 cuma kerana masa SG akan lebih terhad selepas ini. SuperH akan busy dgn project terbarunya, SuperZ akan busy dgn tugasan barunya, SuperA akan busy dengan bos barunya, dan SuperB akan busy dengan cinta barunya..Cinta apa?? Ha..itu yg kita tak taw.. Mungkin jika ada pun post atau entry baru, maybe ia tiada kena mengena dengan SG atau yg hidup & mati..Akhir kata…jumpa anda 21 May nanti di pawagam2 berdekatan!
Merenung masa hadapan...moga ketemu lagi..
**Cop2..SG nak tambah sikit..Korang dah tengok filem Geng?? Ala Upin & Ipin tu.. Haa..Serious best sangat! Tak rugi gi tengok..Alhamdulillah dari tgh hari berusaha mendapat tiket dari beberapa panggung wayang berbeza siap ke shopping Mall lain dan patah balik laa plak ke shooping mall yg mula2 kami pergi..Akhirnya dapat jugak kami tgk cite ni..Itu pun lebihan tiket beberapa org yg cancel booking..Memang full house! Nak book untuk hari2 berikutnya pun dah tak boleh! So..apa lagi geng..pergi la serbu panggung. SG bangga dengan Upin & Ipin. Tahniah kepada semua yg terlibat dalam filem ni ye. **