Blog ini dimiliki oleh Supergirls HABIZ dan kandungan blog adalah bebas juga lebih tertumpu kepada kegiatan 'remp-it' Supergirls HABIZ di serata Malaysia.
Salam! Apa khabar korang semua? Sorry kebelakangan ni kesibukan melanda dan ada beberapa masalah yg tak dapat SG elakkan. So, blog terpaksa di tutup sementara. Sementara je hokey! Insyaallah selagi hayat di kandung badan, SG akan tetap mem blog. Dan rasanya semua pun tahu, inti pati kandungan cerita2 kami mmg berkaitan dengan kegiatan semasa kami. Jadi harap2 tiada lah isu ye. Kalau ada yg tak berpuas hati sudilah kiranya berjumpa kami terus. Jangan pandang belakang, eh silap..Jangan cakap belakang! Haa..Bereh je!
Sekali lagi SG nak jelaskan disini, kami ni bukan persatuan atau badan2 berkanun ye. Kami adalah sekumpulan sahabat, kawan, teman dan boleh dikatakan teman rapat seperti adik beradik pun ye. Kami ditakdirkan berjumpa dan bersama semuanya kerana Heliza Helmi. Mungkin ada lagi yg masih salah faham, SG ni apa? SG ni hanyalah gelaran atau panggilan semata2. Supergirls. Gelaran tu pun kami dapat secara tak sengaja apabila diberi oleh abang Zainal Alam Kadir semasa mengikuti Gempak Selebriti Astro 2 tahun lalu. Dan kebetulan kami juga amat menggilai jenama DC (Disney Cartoon) dan super hero Superman & Supergirl. Kemana2 selalunya kami selesa mengenakan jenama DC nie.. Simple dan menarik. Jadi, secara tak disengajakan gelaran itu melekat sehingga kini.
Namun, kami juga sebahagian daripada TB iaitu Team Bereh daripada Heliza Bereh. Jadi segala aktiviti rasmi bersama TB sudah tentu kami akan cuba turut serta bersama2. Tapi kebanyakan catatan diblog ini adalah kegiatan tak rasmi kami bersama. Macam korang jugak..Ada aktiviti sendiri atau masing2.. So tulis dan update diblog sendiri..Bezanya blog kami di adalah blog bersama2.. kerana kami selalu bersama..Aktiviti kami kebanyakannya bersama. Munkin faktor tempat tinggal juga menjadikan kami mudah menghabiskan masa bersama. Walaupun tak selalunya complete’ tapi kami memang tahu dengan aktiviti masing2. Jadi, harap2 tak timbul soal kenapa SG? Sebab, SG bukan sesiapa pun..Kami hanya manusia biasa yg mempunyai minat dan citarasa yg sama. Itu aje ye.
Dan kenapa kami asyik cerita pasal Heliza je..Sebab mmg kami paling suka pada dia je.. Hek..Sorry kalau ada yg kurang senang. Tapi itu adalah kenyataan dan kami pun x boleh hipokrit…Perasaan tu memang tak boleh dipaksa2..Dan memang itulah pun perasaan kami. Jadi, apa salahnya jika kami terus setia dan mengikuti perkembangan Heliza kan? Dan di harap peminat2 Heliza di luar sana tak kira yg baru atau yg lama, jangan lah lagi ada perkara yg di simpan di dalam hati. Apa salahnya kita sama2 terus menyokong sesiapa sahaja yg kita minati. So hidup pun lebih happy.
And untuk semua, 21 May nanti..Syurga Cinta akan berada di pawagam.. Jom kita tgk ramai2! Bereh!!
|