Monday, March 30, 2009

Tahniah Malaysia!


Salam all! Alhamdulillah kita masih berada di bumi Malaysia yang aman dan makmur..SG tak nak la bercakap tentang politik. Tapi sebagai rakyat Malaysia yg prihatin, persidangan akhir UMNO baru2 ni memang menyentuh perasaan. Apabila bekas pemimpin dan negarawan, kembali bersatu bersama pemimpin sedia ada dan juga bakal pemimpin..Rapatkan Saf' sememangnya satu pilihan yang bijak. Tak guna kita berlaga sesama kita sedangkan banyak lagi masalah dan perkara2 penting yg perlu kita tangani dan hadapi.


Pada SG, setiap perkara buruk atau yg tidak baik berlaku sebelum ini, pastinya akan membawa seribu hikmah di masa hadapan. Tak kiralah di mana pun kita, dengan kulit dan warna berbeza kita tetap hambaNYA yg tak lari dari melakukan kesilapan. Apa yg paling penting, kita perlu sedar, bangkit dan berani berubah untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Sama2 lah kita terus berdoa semoga Malaysia terus aman dan makmur..Jangan terus2 an menghukum..Cuba lah sesekali kita memberi peluang..dan ruang...Dan jgnlah pula peluang itu disia2kan.. Teori R.A.H.M.A.N untuk perdana menteri Malaysia akhirnya benar2 berlaku..(teori ini telah ditulis buat pertama kalinya oleh Abd Bashid Harun dan tersiar dalam akhbar tabloid, Mingguan Tanahair pada tahun 1987)

Ha..Earth Hour baru2 ni, memang menjadi. Tahniah Malaysia kerana turut serta membantu misi satu jam ini. SG ada jugak sebenarnya video sendiri untuk Earth Hour ni..Tapi tak dapat kelulusan BKP untuk dikongsi bersama anda.. Hehe..so layan la video di bawah ni..Ada banyak sebenarnya yg menarik. Kalau korang free, Google la sendiri.