Showing posts with label Cinta Tiga Segi. Show all posts
Showing posts with label Cinta Tiga Segi. Show all posts

Saturday, July 4, 2009

C.i.n.T.a & Heliza...


Salam! Actually tak tahu nak cite apa..Bnyk sgt perkara2 yg jadi kebelakangan nie..Tp kitorang share video nih dulu la eh with korang. Time ni Ija jadi tetamu untuk Program Cinta bersama DJ Lyn di Suria FM. Korg nampak Ija mmg bace text tu kan..But dalam kertas tu ada beberapa soalan mengenai Cinta yg Ija kena jawab sendiri..Ha..So itu lah jawapannye.. Pada yg terlepas siaran ni di Suria FM.. Boleh la dgr eh apa komen Ija menegenai C.I.n.T.a ... Kalau LJ..dia akan kata.. 'Aku tak percaya Cinnnntaa...' So kita dgr apa kate Heliza plak...



Cakap pasal cinta..DVD Syurga Cinta pun dah berada di pasaran..Jgn lupa dapatkan yg Original. RM19.90 je.. OK!






Friday, August 8, 2008

Mengintai Langit..Herm...


Mengintai Langit

08 08 08….Herm..cantik betul tarikh ni..dan sememangnya sesuatu…korang pernah jatuh cinta??? Tipu lah kalau tak pernah..Cinta…Herm…Sesuatu.. memang sesuatu telah berlaku tadi..Apa sebenarnya pengertian cinta? Sangat sujektif. Terpulang pada individu tu sendiri mcm mana nk ditafsirkan..Cinta tak semestinya perlu diungkap dengan kata2..Dengan ayat2 cinta..Bahasa tubuh dan perlakuan seseorang juga dah boleh menunjukkan rasa cinta..Entahlah..pada mereka yg pernah merasainya tentu tahu apa itu cinta..Dan mungkin juga x sedar yg sebenarnya itu bukanlah cinta..Cuma..sayang..simpati..kasihan..atau…terpaksa mungkin..

Bayangkan…Korang bercinta..Percintaan selama 5 tahun..dan itu juga merupakan cinta pertama korang..First Love..Dialah teman, sahabat dan segala2nya..Semua yg dilakukan pasti dgn keputusan bersama..Pahit manis..suka duka..Tipulah kalau sepanjang 5 tahun tu takde perselisihan faham..tapi berjaya korg atasi..adatlah..asam garam percintaan kan..Dan pihak keluarga pun dah tahu..masing2 merestui pada permulaan..sehinggalah segala perancangan dibuat..diatur…untuk ke hari bahagia…Tiba2…atas sebab yg paling sukar untuk dijelaskan..putus ditengah jalan..Dan kali ini benar2 berakhir…Mungkin keputusan itu dibuat ketika diri dalam keadaan marah..tertekan..mungkin bosan! atau mungkin juga memang ketika itu kedua2 nya ego dgn pendirian masing2..yelah..ketika itu masing2 mahu mengejar cita2..memang ada jalan untuk kembali bersama..tapi..ego menguasai diri..maka..masing2 mula jalan kehadapan..berbeza haluan...

hari berganti hari..bulan berganti bulan..sehinggalah hampir 3 tahun seterusnya…tiba2..kembali berhubung…tapi hanya sekadar bertanya khabar sebagai teman..tp kenapa panggilan manja masih dikekalkan?? Mungkin dah terbiasa dahulu..susah kot nak buang..dan ketika itu masing2 dah ada teman yg lain..tp…hermm..dan..hilang lagi..

Dan tiba2..x semena2..dia muncul lagi..kali ini semua peristiwa silam tiba2 dirungkai..dan pengakuan demi pengakuan tiba2 terungkap..sayang mmg masih ada..dan..cinta…??? apa yg korg akan buat..tiba2…dia muncul..ingin berjumpa..benar2..ingin jumpa..dan ketika ini pula..korang memang tgh dalam dilemma dan menghadapi masalah dlm perhubungan sekarang…yg sememangnya bukan kehendak korang..semuanya kerana kasihan atau simpati..sedangkan..sebenarnya rasa sayang itu..mmg masih ada..pada si dia..kekasih pertama…Cuma..korg tahu..yg perhubungan tu..x mungkin berjaya..kerana si dia…sudah pun berpunya..baru berumah tangga..dan pasangannya..bukanlah pilihan hatinya..tetapi..pilihan keluarganya..yg korang sendiri kenal sebelum ini..iaitu..saudaranya sendiri…

ikut kan hati..mati..ikutkan rasa..binasa..hermm….kenapa mesti sekarang?? Kenapa rasa itu masih ada? Kenapa? Benarkah cinta datang dan pergi?? Entahlah..tiada jawapan yg pasti..Biarlah…Serahkan padaNYA..Cuma..rasa cinta..yang disangka sudah hilang dan padam..rupanya masih ada..


Pastu..dapat plak lagu nie..huh…

Setiap hariku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu

Adakah engkau merasa
Apa yang sedang ku rasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jika ku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku

Bernyanyi dan bisikkanlah sayang
Bait kata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Dan tak dapatku lelapkan mata
Mengkhayalkanmu bermimpikanmu
Sepanjang malamku



Pic: Credit to Janoid :)

Friday, March 21, 2008

Cinta Tiga Segi...

Salam Maulidul Rasul semua..And happy belated birthday to mama SuperH yg ke-51 (20 Mac). Semoga sihat selalu dan diberkati Allah S.W.T.

Tiba2 rasa nak cerita pasal lagu Cinta Tiga Segi. Baru-baru ni, lepak dengan member2 lama di Bangi. Macam2 cerita lama keluar. Gosip tu biasala kan. Tengah duk lepak2 tu tiba2 sorang member ni handphone dia berdering.. Ringtone gila mendayu..Member ni plak kebetulan pergi toilet. So lama la lagu tu dimainkan.. Pendekkan cerita, tanya la lagu apa kau pakai tuk ringtone ni? Sedih gile lagu.. Oh, ni nyanyian Arwah Hazwan banduan yang bunuh tunang dia tuh..’jawab member.

Dah dengar cerita dia, dengar juga pelabagai version cerita dari pelbagai sumber. Isk..antara nak percaya atau tak..Tapi cerita ni jadi bualan hangat. Sampai kat @15 pun kecoh. Bila dah buat kajiselidik dengan beberapa info, memang lagu asal ni di buat oleh Ayie pada tahun 1999. Namun lagu ni tak lah sepopular mana sebab takde labels or record. Tapi sekarang dah jadi popular pulak, semuanya lepas lagu ni jadi permintaan terakhir oleh seorang banduan sebelum dihukum gantung di penjara Kajang.

Allahyarham Mohd Hazwan Wafiy Bin Abu Hassan membuat permintaan terakhir menyanyikan lagu ini sebelum dikenakan hukuman gantung kerana membunuh tunangnya seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Sumber turut memberitahu arwah terlalu menyayangi tunangnya dan tak dapat mengawal perasaan marah apabila mendapat tahu tunangnya kembali kepada kekasih lama lalu membunuh mereka.

Kekesalan timbul dan arwah menyerah diri ke pihak berkuasa. Sebelum dihukum gantung, beliau membuat permintaan untuk merakamkan lagu ini. Al-Fatihah untuk arwah, tunangnya dan kekasih tunangnya...Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita ini korang boleh search sendiri...Apapun lagu ni memang syahdu dan kalau dengar sorang2..seram jugak..

Cinta Tiga Segi- Perangkap Cinta

Bertahun sudahku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu


Tapi sayang..kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu


Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku Cuma watak
Dalam percintaan


Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat..Terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju


Moral of the story, kalau kita cinta atau sayangkan seseorang tu biarlah berpada2..Nanti buruk padahnya..Okeylah..Jangan lupa layan konsert AF6 yang pertama esok! Ada kejutang...Huhuuu