Friday, March 21, 2008

Cinta Tiga Segi...

Salam Maulidul Rasul semua..And happy belated birthday to mama SuperH yg ke-51 (20 Mac). Semoga sihat selalu dan diberkati Allah S.W.T.

Tiba2 rasa nak cerita pasal lagu Cinta Tiga Segi. Baru-baru ni, lepak dengan member2 lama di Bangi. Macam2 cerita lama keluar. Gosip tu biasala kan. Tengah duk lepak2 tu tiba2 sorang member ni handphone dia berdering.. Ringtone gila mendayu..Member ni plak kebetulan pergi toilet. So lama la lagu tu dimainkan.. Pendekkan cerita, tanya la lagu apa kau pakai tuk ringtone ni? Sedih gile lagu.. Oh, ni nyanyian Arwah Hazwan banduan yang bunuh tunang dia tuh..’jawab member.

Dah dengar cerita dia, dengar juga pelabagai version cerita dari pelbagai sumber. Isk..antara nak percaya atau tak..Tapi cerita ni jadi bualan hangat. Sampai kat @15 pun kecoh. Bila dah buat kajiselidik dengan beberapa info, memang lagu asal ni di buat oleh Ayie pada tahun 1999. Namun lagu ni tak lah sepopular mana sebab takde labels or record. Tapi sekarang dah jadi popular pulak, semuanya lepas lagu ni jadi permintaan terakhir oleh seorang banduan sebelum dihukum gantung di penjara Kajang.

Allahyarham Mohd Hazwan Wafiy Bin Abu Hassan membuat permintaan terakhir menyanyikan lagu ini sebelum dikenakan hukuman gantung kerana membunuh tunangnya seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Sumber turut memberitahu arwah terlalu menyayangi tunangnya dan tak dapat mengawal perasaan marah apabila mendapat tahu tunangnya kembali kepada kekasih lama lalu membunuh mereka.

Kekesalan timbul dan arwah menyerah diri ke pihak berkuasa. Sebelum dihukum gantung, beliau membuat permintaan untuk merakamkan lagu ini. Al-Fatihah untuk arwah, tunangnya dan kekasih tunangnya...Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita ini korang boleh search sendiri...Apapun lagu ni memang syahdu dan kalau dengar sorang2..seram jugak..

Cinta Tiga Segi- Perangkap Cinta

Bertahun sudahku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu


Tapi sayang..kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu


Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku Cuma watak
Dalam percintaan


Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat..Terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju


Moral of the story, kalau kita cinta atau sayangkan seseorang tu biarlah berpada2..Nanti buruk padahnya..Okeylah..Jangan lupa layan konsert AF6 yang pertama esok! Ada kejutang...Huhuuu