Monday, March 17, 2008

Akademi Fantasia 6 ...

Herm…pejam celik, pejam celik…Akademi Fantasia 6 kini telah pun membuka tirainya..Bagi SG panas atau bahang AF5 masih terasa. Tetapi waktu sememangnya beredar begitu pantas. Nak tak nak kita perlu juga mengikuti perkembangan semasa kan..Nanti di kata ‘katak bawah tempurung pulak’. Yang membuat SG teruja kali ini bukan lah sebab pelajar2 nya sangat. Tetapi sebab pengetuanya saudara Ramli MS, dan pengacaranya Sarimah Ibrahim atau kak Mah gali selaku pengacara diary AF6. Tak payah lah nak explain banyak2 pasal diorg berdua ni kan.. Masing2 ada kredibiliti yang tersendiri. Dan SG memang ‘respek’ dengan diorg berdua. Lepas ni, wajib register RMSFC dan Kak Mah Kipas Club. Banner dah tempah semalam..Heehuu..

Oh ya, sebelum tu nak wish congrats dekat Nabil sebab dapat jugak gondol trofi Raja Lawak tu kan. Kenapa Nabil yang menang? Ha…Lu pikir la sendiriii…Muahaha.. SG just doakan yang terbaik buat Nabil. Pergi la masuk jarum kat Mila tu..Single and available lagi.. Tapi dah dapat jage la elok2 ek..Jangan kecewakan Mila lagi tau..Hee..NABILA ruleZ..



Nabil dengan Trofi kemenangan..(Credit to ASTRO)


Semua dah tau kan?? Daripada 25 calon pelajar AF6 ni, hanya 14 sahaja yang akhirnya dipilih untuk meneruskan cabaran dalam AF6. Senarai 14 pelajar yang diumumkan termasuklah kakak kepada Dato CT, pemain anklung bertaraf dunia dan juga nenek kepada 2 cucu. Tak nak komen lagi, sebab masih terlalu awal..Jom check it out senarai yang berjaya.


Hairina Binti Abd Halim (RINA) – 44 tahun, Selangor


Siti Norsaida Binti Tarudin (SAIDA)-32 tahun, Pahang


Stracie Angle Anam (STACY)- 18 tahun, Sabah


Nadia Haswani Binti Hasnan (NADIA)-18 tahun, Kuala Lumpur


Stanley Maringal David Impi (STANLY)-25 tahun, Sarawak


Ahmad Nubhan Bin Ahamad (NUBHAN)-22 tahun, N.Sembilan


Muhammad Faisal Bin Abdullah (FAISAL)-29 tahun, Kuala Lumpur


Lutfyah Binti Sheikh Omar (LUFYA)- 23 tahun, Johor


Khairul Nizam Bin Baharom (TOI)- 31 tahun, Johor


Marliyana Binti Omar Walid (YANA)- 24 tahun, Perak


Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi (RIZ)- 22 tahun, Perak


Mohamad Aliff Bin Mohd Razali (ALIF)- 22 tahun, Pulau Pinang


Ika Nabila Binti Abdul Rahim (IKA)-19 tahun, Pulau Pinang


Muhammad Shauqi Naaim Bin Salmi (NAIM)- 20 tahun, Perak


Ha…1 dari Selangor, Pahang, Sabah, Sarawak & N.Sembilan. 2 pelajar dari Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. 3 calon dari Perak! Oh terkejut teman.. 3 dari Perak! Kejo yob kejo..’ Dan orang Utara ngn Selatan pun sampai 2 wakil. Heh..tetapi dari Sabah tetap ada ba..Walaupun seorang.. Sama2 kita tunggu lah ye sampai ke final atau tidak Stacy from Sabah ni. Herm..tiada sudah pelajar ‘bertudung’ dan juga dari Pantai Timur.

Buat masa ni..tiada lagi yang betul2 dapat menarik perhatian SG. Tunggu dan lihat je dulu. Kita tengok konsert pertama nanti. Sebab tak dengar jelas lagi vocal mereka. Tapi yang menarik minat SG tentulah Abe Li dan Kak Mah Gali.. Huh…Kenapa la tak ada AFUNDI pengetua dan pengacara kan.

Okeylah, nanti kita story morry lagi eh..Rasanya kakak Dato CT; Saida, Nanny Rina dan Toi paling mendapat perhatian media. Ye lah mula2 lagi dah macam2 cerita keluar pasal mereka. Hee…Korang rasa Saida pergi final tak? Ha..Keputusan di tangan anda..Huhu…


**SuperA masih belum timbul..Cepat2lah kembali..Ramai yang cari ni..Dan SuperZ bakal berangkat ke KK, Khamis ini 20 Mac. Wa….Sampaikan salam kepada Ceceme & The Gang eh… Kalau boleh bawak balik Kazen Ceceme tu sini..**