Showing posts with label Akademi Fantasia. Show all posts
Showing posts with label Akademi Fantasia. Show all posts

Saturday, October 18, 2008

SG suka SC



Psssttttt.. Korang!! TAmbah sikit..Haa tengok poster atas tuh..Cepat2 sesiapa nak join boleh hubungi terus nombor2 di atas. Maklumat tentang meja2 sila layari web HelizaBereh ok!




Syurga Cinta Akan Datang Di Pawagam!


SG rasa suka nak cakap2 sikit pasal filem.. SG bukan org filem, tapi SG suka tengok filem. Apa2 cerita SG layan..Cuma tiba2 SG rasa nak cakap pasal filem. Selalunya apa yg SG cakap dan tulis mmg lahir dari rasa hati..So kalau ada yg tak puas hati or sangsi SG tak ambil hati..Hee.. Ha…SYURGA CINTA. Buat mereka yang tak pernah dengar, mungkin tertanya2 filem apa ni? Siapa pelakon filem ni? Siapa director?

Ha…Meh cite sikit..Filem Syurga Cinta(SC) adalah filem terbaru arahan pengarah muda terkenal Ahmad Idham terbitan Metrowealth International Group (MIG) dan bos besar David Teoh. Kenapa Syurga Cinta?? “Sebab jarang pengarah memaparkan percintaan gadis bertudung. Mereka juga ingin dikasihi dan mengasihi namun masih dibatasi adat sopan dan garis panduan ditetapkan agama.

Rasa cinta lahir dalam hati setiap insan tetapi bagaimana cara untuk memacukan percintaannya menurut tata susila Islam yang melarang dua insan bukan muhrim bebas bergaul.” –petikan dari Harian Metro 17 July-

Ha..bagi SG pula, sejujur2nya sebab paling utama sudah tentulah kerana ini merupakan filem pertama lakonan IKON pujaan SG iaitu Heliza Helmi. Sebab2 lain, filem ini merupakan filem pertama Awal Ashaari menjadi Hero, haa..sebab sebelum2 ni Awal hanya menjadi hero ke2 dan SC merupakan filem berunsur keagamaan pertama terbitan MIG dan juga arahan Ahmad Idham.. Dan dari analisis, komen2 dan juga apa yang SG tengok sendiri, filem ini ada tarikan tersendiri terutamanya pada golongan remaja. (Pandangan peribadi Super H plak- leh menarik perhatian muslimah bertudung di luar sana)


Mungkin SC memaparkan kisah cinta yang agak cliché tapi perjalanan cerita ini sememangnya berbeza,lebih santai dan bersahaja.. Walau tak seberat filem Ayat2 Cinta..Yang paling penting ada mesej yang dapat disampaikan kepada penonton. Lebih menarik, penonton akan rasa terhibur dengan keletah2 lucu, manja dan nakal adik Haziq yg comel yg melakonkan watak Ikmal iaitu adik kepada Irham (lakonan Awal). Selain itu, luar daripada kebiasaan, watak Cikgu Syuhadah (lakonan Heliza Helmi) juga boleh merubah persepsi atau pandangan skeptical sesetengah pihak yg selalu menganggap watak perempuan baik atau kuat pegangan agama selalunya dari kampung. Sebaliknya Cikgu Syuhadah merupakan gadis kaya dan berada yg berpegang teguh dgn landasan agama.

Ok, SG stop sini dulu..Nanti kita sambung..Suka nk kasi tgk gambar2 dalam SC. Buat geng2 TB filem ni wajib anda tonton ok! Buat di luar sana, haa…sokonglah filem2 buatan Malaysia okeh!


Tengok tuuu..Cikgu tu cun laaa!



Cikgu Syuhadah




Happy!



Atuk...


Awal & Heliza

Sunday, March 23, 2008

Konsert Pertama AF6...


Ha…macam mana first konsert AF6? Terkejut?? Permulaan yang sungguh membosankan. Sesi perkenalan pelajar yang agak kelam kabut..Paling ketara semasa giliran Lufya.. AC pulak semacam kehilangan identiti. Dah biasa tengok dia di AC di sini..Tapi pertengahan konsert AC nampak mula cuba menguasai pentas. Yelah ..5 tahun tu Aznil jaga..Apapun percubaan yang berani lah kan..Kita tunggu 2nd konsert..


Tak nak komen semua pelajar. Cuma beberapa pelajar yang mencuri perhatian. Mama Rina membuka tirai konsert AF6 dengan baik bagi SG. Mood Mama Rina dari ekspresi wajah memang agak lari dari mood lagu. Mungkin sebab terbawa feel sedih atau sayu selepas panggilan anak dan cucunya. But suara Mama Rina memang ada class tersendiri. Mama Rina tarik relax je..Huh kagum..


Nadia pelajar seterusnya yang berjaya mencuri tumpuan. Memang tak serupa langsung dengan Hetty Kos Endang. Dahsyat suara dia. Mungkin ada part dia terlebih ’meneran’ atau menekan but at least dia boleh menyanyi. Confident level pun bagus. Tak sabar nak tunggu next song Nadia. Kalau nyanyi lagu2 Alicia Keys pun best nih. Tak pun Macy Gray ke..Kan..


Cakap pasal Alicia Keys, camana Stacy
bawa lagu dia? SG rasa cool. Bukan senang nak bawak lagu nih. Try dah karoke. Susah..Sakit tekak..Cuma Stacy terlalu dibayangi Cik Kunci. Identiti sendiri tu penting. Takpe, cepat2 cari eh Stacy..


Ha..next is Akak Saida..Sebabnye..Sebab dia kakak Tok Ti kot..Memang tak boleh nak lari, ye la dah memang dia kakak CT kan..Biasa je..Tak de yang luar biasa.
Tapi kenapa eh time dia nyanyi stage cam luar biasa tetiba.. Suka komen kak Ogy, kenapa eh..Bila menyanyi kena buat gaya pusing kepala kiri dan kanan `ala2 gaya Ella’..Time nih kesian pun ada kat kak Saida. Tapi ni kan reality show..So Kak Saida kenalah belajar terima kritikan kak Ogy tu eh..


Lelaki pulak..Takde pulak yang best konsert pertama nih. Yang okey sikit pun Toi dengan Stanly. Biasa je..Nubhan suara dia sedap jugak..Tapi tahla..Still dalam kategori biasa2..


Yana jadi pelajar pertama terkeluar. Terkejut? Ha..Kalau dari 3 orang tadi la kan yang peratus terendah tu.. Siapa yang sepatutnya tinggalkan akademi? Korang rasa..??


Psst..perasan tak kat konsert tadi ada siapa..? Siapa eh..? Huuuhuu
Cop..Jenguk kat web rasmi AF6, kedudukan terkini ..Herm..


STANLY 26%

SAIDA 17%

NADIA 11%

STACY 11%

NUBHAN 8%


**Jom dengar Nadia nyanyi lagu 'Rindu'


Kumis tipis hiasan
Wajah tampan rupawan
Semua yang ada padamu
Membuat hatiku tak menentu

Tunggu-tunggu kutunggu
Nanti-nanti kunanti
Hari-hari kulalui
Tiada berita hal darimu

Akhirnya kutahu semua itu
Kau kini telah berdua
Hancur hatiku jadinya
Hancur hatiku jadinya

Malampun sepi tanpa bintang
Bagai hatiku yang bimbang
Memikirkan kau seorang
Kucoba tuk melupakan
Wajah tanpan nan rupawan
Yang hilang dari pelukan

Namun mengapa dimata ini
Wajahmu selalu terbayang

Monday, March 17, 2008

Akademi Fantasia 6 ...

Herm…pejam celik, pejam celik…Akademi Fantasia 6 kini telah pun membuka tirainya..Bagi SG panas atau bahang AF5 masih terasa. Tetapi waktu sememangnya beredar begitu pantas. Nak tak nak kita perlu juga mengikuti perkembangan semasa kan..Nanti di kata ‘katak bawah tempurung pulak’. Yang membuat SG teruja kali ini bukan lah sebab pelajar2 nya sangat. Tetapi sebab pengetuanya saudara Ramli MS, dan pengacaranya Sarimah Ibrahim atau kak Mah gali selaku pengacara diary AF6. Tak payah lah nak explain banyak2 pasal diorg berdua ni kan.. Masing2 ada kredibiliti yang tersendiri. Dan SG memang ‘respek’ dengan diorg berdua. Lepas ni, wajib register RMSFC dan Kak Mah Kipas Club. Banner dah tempah semalam..Heehuu..

Oh ya, sebelum tu nak wish congrats dekat Nabil sebab dapat jugak gondol trofi Raja Lawak tu kan. Kenapa Nabil yang menang? Ha…Lu pikir la sendiriii…Muahaha.. SG just doakan yang terbaik buat Nabil. Pergi la masuk jarum kat Mila tu..Single and available lagi.. Tapi dah dapat jage la elok2 ek..Jangan kecewakan Mila lagi tau..Hee..NABILA ruleZ..



Nabil dengan Trofi kemenangan..(Credit to ASTRO)


Semua dah tau kan?? Daripada 25 calon pelajar AF6 ni, hanya 14 sahaja yang akhirnya dipilih untuk meneruskan cabaran dalam AF6. Senarai 14 pelajar yang diumumkan termasuklah kakak kepada Dato CT, pemain anklung bertaraf dunia dan juga nenek kepada 2 cucu. Tak nak komen lagi, sebab masih terlalu awal..Jom check it out senarai yang berjaya.


Hairina Binti Abd Halim (RINA) – 44 tahun, Selangor


Siti Norsaida Binti Tarudin (SAIDA)-32 tahun, Pahang


Stracie Angle Anam (STACY)- 18 tahun, Sabah


Nadia Haswani Binti Hasnan (NADIA)-18 tahun, Kuala Lumpur


Stanley Maringal David Impi (STANLY)-25 tahun, Sarawak


Ahmad Nubhan Bin Ahamad (NUBHAN)-22 tahun, N.Sembilan


Muhammad Faisal Bin Abdullah (FAISAL)-29 tahun, Kuala Lumpur


Lutfyah Binti Sheikh Omar (LUFYA)- 23 tahun, Johor


Khairul Nizam Bin Baharom (TOI)- 31 tahun, Johor


Marliyana Binti Omar Walid (YANA)- 24 tahun, Perak


Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi (RIZ)- 22 tahun, Perak


Mohamad Aliff Bin Mohd Razali (ALIF)- 22 tahun, Pulau Pinang


Ika Nabila Binti Abdul Rahim (IKA)-19 tahun, Pulau Pinang


Muhammad Shauqi Naaim Bin Salmi (NAIM)- 20 tahun, Perak


Ha…1 dari Selangor, Pahang, Sabah, Sarawak & N.Sembilan. 2 pelajar dari Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. 3 calon dari Perak! Oh terkejut teman.. 3 dari Perak! Kejo yob kejo..’ Dan orang Utara ngn Selatan pun sampai 2 wakil. Heh..tetapi dari Sabah tetap ada ba..Walaupun seorang.. Sama2 kita tunggu lah ye sampai ke final atau tidak Stacy from Sabah ni. Herm..tiada sudah pelajar ‘bertudung’ dan juga dari Pantai Timur.

Buat masa ni..tiada lagi yang betul2 dapat menarik perhatian SG. Tunggu dan lihat je dulu. Kita tengok konsert pertama nanti. Sebab tak dengar jelas lagi vocal mereka. Tapi yang menarik minat SG tentulah Abe Li dan Kak Mah Gali.. Huh…Kenapa la tak ada AFUNDI pengetua dan pengacara kan.

Okeylah, nanti kita story morry lagi eh..Rasanya kakak Dato CT; Saida, Nanny Rina dan Toi paling mendapat perhatian media. Ye lah mula2 lagi dah macam2 cerita keluar pasal mereka. Hee…Korang rasa Saida pergi final tak? Ha..Keputusan di tangan anda..Huhu…


**SuperA masih belum timbul..Cepat2lah kembali..Ramai yang cari ni..Dan SuperZ bakal berangkat ke KK, Khamis ini 20 Mac. Wa….Sampaikan salam kepada Ceceme & The Gang eh… Kalau boleh bawak balik Kazen Ceceme tu sini..**