Saturday, October 18, 2008

SG suka SC



Psssttttt.. Korang!! TAmbah sikit..Haa tengok poster atas tuh..Cepat2 sesiapa nak join boleh hubungi terus nombor2 di atas. Maklumat tentang meja2 sila layari web HelizaBereh ok!




Syurga Cinta Akan Datang Di Pawagam!


SG rasa suka nak cakap2 sikit pasal filem.. SG bukan org filem, tapi SG suka tengok filem. Apa2 cerita SG layan..Cuma tiba2 SG rasa nak cakap pasal filem. Selalunya apa yg SG cakap dan tulis mmg lahir dari rasa hati..So kalau ada yg tak puas hati or sangsi SG tak ambil hati..Hee.. Ha…SYURGA CINTA. Buat mereka yang tak pernah dengar, mungkin tertanya2 filem apa ni? Siapa pelakon filem ni? Siapa director?

Ha…Meh cite sikit..Filem Syurga Cinta(SC) adalah filem terbaru arahan pengarah muda terkenal Ahmad Idham terbitan Metrowealth International Group (MIG) dan bos besar David Teoh. Kenapa Syurga Cinta?? “Sebab jarang pengarah memaparkan percintaan gadis bertudung. Mereka juga ingin dikasihi dan mengasihi namun masih dibatasi adat sopan dan garis panduan ditetapkan agama.

Rasa cinta lahir dalam hati setiap insan tetapi bagaimana cara untuk memacukan percintaannya menurut tata susila Islam yang melarang dua insan bukan muhrim bebas bergaul.” –petikan dari Harian Metro 17 July-

Ha..bagi SG pula, sejujur2nya sebab paling utama sudah tentulah kerana ini merupakan filem pertama lakonan IKON pujaan SG iaitu Heliza Helmi. Sebab2 lain, filem ini merupakan filem pertama Awal Ashaari menjadi Hero, haa..sebab sebelum2 ni Awal hanya menjadi hero ke2 dan SC merupakan filem berunsur keagamaan pertama terbitan MIG dan juga arahan Ahmad Idham.. Dan dari analisis, komen2 dan juga apa yang SG tengok sendiri, filem ini ada tarikan tersendiri terutamanya pada golongan remaja. (Pandangan peribadi Super H plak- leh menarik perhatian muslimah bertudung di luar sana)


Mungkin SC memaparkan kisah cinta yang agak cliché tapi perjalanan cerita ini sememangnya berbeza,lebih santai dan bersahaja.. Walau tak seberat filem Ayat2 Cinta..Yang paling penting ada mesej yang dapat disampaikan kepada penonton. Lebih menarik, penonton akan rasa terhibur dengan keletah2 lucu, manja dan nakal adik Haziq yg comel yg melakonkan watak Ikmal iaitu adik kepada Irham (lakonan Awal). Selain itu, luar daripada kebiasaan, watak Cikgu Syuhadah (lakonan Heliza Helmi) juga boleh merubah persepsi atau pandangan skeptical sesetengah pihak yg selalu menganggap watak perempuan baik atau kuat pegangan agama selalunya dari kampung. Sebaliknya Cikgu Syuhadah merupakan gadis kaya dan berada yg berpegang teguh dgn landasan agama.

Ok, SG stop sini dulu..Nanti kita sambung..Suka nk kasi tgk gambar2 dalam SC. Buat geng2 TB filem ni wajib anda tonton ok! Buat di luar sana, haa…sokonglah filem2 buatan Malaysia okeh!


Tengok tuuu..Cikgu tu cun laaa!



Cikgu Syuhadah




Happy!



Atuk...


Awal & Heliza