Sunday, March 9, 2008

090308

Alhamdulillah..Sabtu lepas, 080308 sesi pilihanraya Malaysia yang ke 12 dah pun selesai. Berjaya juga SuperZ dan H melaksanakan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk sama2 membuang undi. Pengalaman pertama yang cukup bermakna. :)


Bukan nak cakap pasal politik. Tak reti pun..Tapi sebagai rakyat yang prihatin kena juga serba sedikit peka tentang dunia ini. Pilihanraya dah selesai. Mungkin ramai juga yang terkejut atau sudah menjangka ada tokoh2 atau nama besar yang tersingkir. Sebenarnya keputusan pilihanraya kali ini membuktikan sebahagian besar rakyat Malaysia cuba menyuarakan sesuatu. Mungkin mahukan keseimbangan dalam pentadbiran akan datang dan dengan adanya wakil2 barisan alternatif ini dapat juga sama2 berkongsi pendapat dan idea dalam terus membangunkan negara. 4 negeri,iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan termasuk Wilayah persekutuan Kuala Lumpur bakal diterajui oleh Barisan Alternatif. Sementara itu BN berjaya membentuk semula kerajaan di Sabah, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.


Herm...Apapun kita tetap satu negara dan berpegang pada prinsip dan rukun yang sama. Sama2 kita nantikan jentera baru kepimpinan negara akan datang. Yang pasti, kita sepatutnya bersyukur dan berbangga kerana segalanya berjalan dengan lancar dan aman. Dan walaupun berlainan dan berbeza pendapat kita seharusnya terus bersatu hati dan menghormati antara satu sama lain. Semoga Malaysia terus maju dan aman makmur. Amin....


P/S: Pstttt.. Pilihanraya Umum dah selesai. Pilihanraya Anugerah Bintang Popular masih berjalan. Jalankan kewajipan anda sebelum 230308 ini! Nombor atau petak yang wajib dipangkah ialah petak NOMBOR 38! Pangkah jangan tak pangkah.