Sunday, May 17, 2009

Syurga Cinta memang menjadi



Sebelum tayangan..Big Boss David Teo memang best!


12 May lalu, SG berpeluang mengikuti Preview filem Syurga Cinta yang diadakan di TGV Mines, Seri Kembangan Selangor. Seawal 9:30 pagi Heliza telah tiba di tempat kejadian. Abang Nas dan team Terjah Melodi juga tiba awal dan sementara menunggu ketibaan yang lain2, kami bersama2 Abang Nas dan team Terjah menggunakan sedikit masa yang ada untuk mengisi kekosongan perut di pagi hari. Perkenalan singkat selamat beberapa minit itu, benar2 mengubah tanggapan kami kepada Abang Nas. Abang Nas bukan lah abang ketak seperti yg digembar-gemburkan.ganas, garang, suka menekan dan macam2 lagi. Ternyata Abang Nas seorang yg sangat soft spoken, berbudi bahasa dan juga banyak memberi nasihat2 dan tip2 yang baik untuk mereka yg bergelumang dengan dunia seni ini samada secara langsung atau pun tidak. Thanks Abang Nas. Hee.. (oh ye ada video SG- SuperZ terjah abang Nas, tggu nnt kami upload ok)


Seterusnya tepat jam 10:30 tayangan Syurga Cinta pun bermula..Filem selama 90 minit ini tidak terasa panjangnya bg SG. Sejujurnya jika diamati jalan cerita Syurga Cinta tidaklah seberat filem2 cinta lain yang pernah kita lihat. Tetapi SG benar2 kagum dan tersentuh dengan mesej yg di bawa di dalam filem ini. Cuba anda hayati dan fahami setiap bait2 kata yang keluar dari Cikgu Syuhada (Heliza). Terlalu banyak maksud yg tersirat yang boleh kita kupas dan fahami dengan lebih dalam lagi. Tahniah kepada penulis skrip. Seperti kata Ahmad Idham, adakah kita seorang Islam yang di faktor, atau seorang Islam yang benar2 memahami apa itu Islam dan mengamalkan ajarannya..




with Abang Nas Terjah!




Heliza & Lisa



Filem ini juga mengupas persoalan cinta dan jodoh...Jodoh dari Syaitan, Jin dan Allah SWT. Paling penting, filem ini tidak sama sekali memerlukan hero (Irham-Awal)dan heroin (Cikgu Syuhada-Heliza) nya bersentuhan tangan, mengungkap kalimah2 cinta dan berdua2an atau bermesra..Namun, kekuatan cinta yang wujud antara mereka dapat kita rasai..Kekecewaan dan penindasan yg berlaku kepada Cikgu Syuhada mampu membuat kita mengalirkan air mata...Kenakalan dan kepetahan Ikmal (Hadziq) pula membuat kita sentiasa tersenyum dan ceria.


SG juga sempat bertanya pendapat2 mereka yang hadir setelah selesai tayangan.


Abang Nas- Heliza berjaya menjadi pelakon..bukan berlakon..Maknanya, Heliza berjaya membawa watak Cikgu Syuhada dengan baik bukan dirinya sendiri iaitu Heliza. Saya akui cerita ini membuat saya menjadi sebak...Itu yang mahal tu..

Lisa – Tahniah! Memang menyentuh perasaan. Hampir2 menitiskan air mata.

Kak JJ Bintang Kecil – Filem yang menarik, rasanya belum ada lagi cerita begini yang difilemkan. Heliza boleh pergi jauh. Memang mampu buat orang menangis.

Shira M.I.G- Best! Untuk mereka yang baru nak bercinta, sedang bercinta, atau belum bercinta. Tengok cerita ni!

Raja Farah – Good movie! Congratulations!





Dikemuruni wartawan-wartawan

Untuk komen2 lain anda boleh layari

http://www.hmetro.com.my/Thursday/Rap/20090514083850/Article

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_27.htm&arc=hive

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/13/mstar_hiburan/20090512213905&sec=mstar_hiburan

Komen paling menarik ialah komen dari Suzan Ahmad, Berita Minggu, Bi Pop, 17 May 2009- Mengenal terjemahan Cinta Sejati (belum ada online punye)


Bagi SG, mengenali diri Heliza sebagai Heliza Helmi, dan melihat lakonan beliau sebagai Cikgu Syuhada di dalam Syurga Cinta; sememangnya sesuatu yang berbeza. Heliza yg dikenali bukan lah yang mudah mengalirkan air mata atau berbicara romantik juga menggemari hal2 berkaitan cinta. Ternyata beliau telah membuktikan yang beliau mampu juga menggalas tanggungjawab yang diberikan untuk melakonkan watak Cikgu Syuhada. Tahniah! Memang banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki. Namun pengalaman pertama ini harus dijadikan sebagai panduan untuk masa hadapan. SG harap selepas ini Heliza dapat memegang watak yang berbeza pula, mungkin watak komedi atau yang lebih mencabar..watak physcho. Insyaallah..segalanya mungkin..Yang penting... S.A.B.A.R.


Terima Kasih buat semua yang terus menyokong Heliza dan Team Bereh. Jangan lupa saksikan Syurga Cinta di pawagam 21 May nanti!


**SuperH tgh merindui A.B.I.Z neh..** Hee..

Oh ye! Jangan lupa Road Tour SC KL next week! Dan 6 June nanti ada Bereeh Challenge! Jum!