Salam semua..hai hai hai hai…First of all thanks untuk semua geng yg dah pun menonton SC (bukan SG ye). Alhamdulillah tak sampai 2 minggu tayangan kutipan dah pun box-office ye (as at today dah 2million over). Ha…tengok le lagi..Macam kate org tu..Mari le KOME’ ..heee..
Minggu lepas (30 & 31 May lalu) SG berkesempatan terbang ke JB untuk sama2 memeriahkan karnival Jom Heboh anjuran TV3. Ikut kan ini first time SG ke Jom Heboh..Dan first time jugak menjejakkan kaki (betul2 jejak ye..) ke Danga Bay. Memang best! Semuanya yang ’kali pertama’ ni sememangnya best la..Hee..
Apa yang paling best..Surprise! Heliza a.k.a Ija pun ada jugak di Jom Heboh tu...’Heliza Tu.!’ (gaya Ok la Tu..-Saida) Kenapa Ija ada di sana? Ha...itu yang kita tak tau..Tapi kepada yang tengok Melodi Ahad lalu mesti tau kenapa Ija ada di sana..SG nak simpan cerita tu..biarla Ija sndiri yg cerita ye di blog dia nanti ke apa..Hee..Apapun orang JB memang best! Thanks buat semua yg datang petang Sabtu & Ahad haritu..Ramai yg confess dah tgk S.C smpai 2,3 kali..Cayalah! Buat Clora & family..Thanks jugak..Cedapnyee rendang..He...Ayah Clora yg gagah perkasa memperagakan t-shirt Team Bereh, mmg macho. Hee..tQ uncle..
Kemudian..Isnin lalu..1 June 09..Wah! dah June dah! Cepatnyee masa berlalu! Jgn lupe ye bnyk event2 penting June nih..(6 June-Bereh Paint ball,8-10 June-ada org kene jual sayur,15 June-ada org jd cikgu, 19 June-ada orang ehem..,dan seterusnyeee..)
Oh ye 1 June haritu..Satu transformasi telah berlaku..Nope..bukan transformasi sbnrnya..Tapi sesuatu yg sungguh luar biasa! Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata2..Kata SuperH..’I’m Speechless!’ Apa kebendenye yg berlaku?? Ha..ni nak cerita ni..
Malam tu, Heliza a.k.a Ija mendapat undangan khas di Universiti Malaya (UM), KL. Memang undangan ni private dan juga pertama kali Ija dapat follow..Tu sebab tak dapat nak bawak ramai2..And..’MasyaALLAH’ ramainyaaaaa pelajar2 yang terlibat dalam program ini yg bakal Ija temui untuk persembahannya nanti. Seperti biasa, kami tiba satu jam awal sebelum acara sebenar bermula. 8 Malam dah smpai..Program start 9mlm di Dewan Tunku Chancelor (DTC). Tau la kan..Dewan Chancelor macam mana punya besar! Boleh muatkan lebih 2ribu orang! Sepanjang menunggu, Ija sempat berlatih di dalam kereta..Tetapi..apabila melihat begitu ramai pelajar2 yg datang tak putus2 masuk menuju ke dewan, membuatkan kami betul2 terpegun. Ramai giler!!! Bayangkan diorg datang dalam kumpulan yg sangat besar..Macam askar2 zaman Rome dulu nak pergi berperang..Fuh..cheq plak kecut noo..Dan kami difahamkan oleh penganjur, pelajar2 yang terlibat dalam program ini lebih 1800 orang dan mereka adalah pelajar2 tingkatan 4&5 yang terpilih dari sekolah2 seluruh semenanjung Malaysia! Rasanya korang mesti ada pengalaman ni kan..Kira macam program motivasi masa cuti sekolah..Bestnye..rindu plak zaman sekolah..
Berbalik kepada persembahan acara malam tu..(acara sblm tu, maaf kami x dapat tgk sbb sibuk menerima penerangan dan berkenalan bersama penganjur dan seketariat2 yg terlibat). Apapun acara kemuncak ialah persembahan dari 3 artis..Selain Ija, Nazri (Raihan) dan Noni juga terlibat..Ija membuat persembahan ke dua selepas abg Nazri..
Nak tau..sepanjang mengenali Ija..dan mengikuti hampir setiap persembahan2 beliau..Buat kali pertama...malam tu..Jujur sejujur2 nya merupakan persembahan paling ’Hebat’ yang pernah SH saksikan. Hebat’ di sini merangkumi pelbagai aspek..Ok kita cerita sikit ye sedikit suasana malam tu..
Bayangkan Dewan Chancelor yang besar 2 tingkat(lebih besar dari stadium futsall Bukit Jalil tuk konsert2 AF7 tu) memang penuh dan padat dgn penonton. Adapun hanya beberapa kerusi kosong (dlm 5-7 di bahagian hadapan sbb kerusi tu ‘reserve’ jika ada vip2 yg datang kemudian) Lampu dewan di padam..Gelap...Muzik lagu Penasaran versi remix Ija di pasang..Dewan gemuruh! Utk makluman, pelajar2 ni mmg tak tau dgn kedatangan Ija..Kira Suprise laa..Dan tiba2 ...Ija pun menyanyi..Hanya lampu satu spotlight mengiringi Ija. Dan..jeritan2 makin kuat...Sangat kuat sbnrnya..sehingga x boleh nak dgr dgn jelas nyanyian Ija mula2 tu..Ija pun cakap dia x dpt dgr muzik dgn jelas pd permulaan persembahan..Ija datang dari arah pintu masuk dewan (depan..) dan melalui bagai karpet merah..meredah lautan manusia..sehingga ke pentas utama..MasyaAllah..I’m totally speechless!..Mereka menjerit! Melaung2 nama Ija dan ada juga yg sama2 berlari mengikut Ija ke arah pentas..Yang duduk di bahagian atas pula hampir semua berdiri! Ada yg memanjat kerusi dan turut sama menjerit! Walaupun agak gelap tetapi cahaya lampu dari pentas sedikit sbnyk membantu.. memang keadaan sukar di kawal..mujur seketariat2 yg bertugas cepat bertindak..Jadi laluan Ija walaupun sukar..Tapi selamat..(SH- serious rasa mcm kat konsert Madonna or Britney)
Audience..Sangat HEBAT!!! Dan mungkin faktor ini lah yg membuatkan si penyanyi menjadi lebih Hebat dan luar biasa.
Sepanjang Ija menyanyi..memang tak putus2 sorakan, jeritan dan tepukan gemuruh mengiringi persembahan Ija..
Namun apa yg SH benar2 kagum ialah melihat Ija sendiri..Ija menyanyikan 3 lagu ye malam tu..Penasaran, WSTJ (warna sendu tarian jiwa) lagu baru beliau yg masih dlm proses mastering) dan lagu terakhir..lagu Standing in the eyes of the World..
Ija berjaya memukau hadirin, terutamanya golongan2 intelek (spt cikgu2 dan vip2 yg hadir) juga pelajar2 sndiri dgn ucapan berunsur nasihatnya yg bg SH sngt sndiri sangat bersahaja..Namun, kesannya sungguh mendalam..Gaya ucapan Ija pada malam itu mmg benar2 berbeza dr biasa..Ucapan yg begitu jelas dgn intonasi benar2 spt sorang pendidik yg berkarisma..Bukan nak memuji..Tapi ini lah hakikatnya..SH sndiri kagum smpai x boleh nak buat apa2..Ija berkongsi pengalaman diri sndiri dan juga realiti kehidupan teman2 yg berjaya untuk menyuntik semangat pelajar2 ini..Yg membanggakan tepukan dan sorakan gemuruh juga tidak putus2 walaupun ketika itu..Ija bukan menyanyi..tetapi sedang memberi sedikit panduan dan nasihat..
Tentang nyanyian..memang pd permulaan suara Ija x kedengaran sbb selain jeritan luar biasa penonton..mmg muzik juga terlalu kuat..Tetapi sambutan ‘luar biasa’ penonton..kekurangan ini mmg x lansgung di sedari..Di lagu kedua, Ija bijak bermain emosi bersama penonton..Ija mengajak penonton sama2 menghayati lirik lagu WSTJ yg maksudnya sgt dalam dan berguna..Dan semestinya...Lagu terakhir..membuatkan seluruh dewan turut sama menyanyi..Sekali lagi Ija bijak berinteraksi dgn semua penonton..Penggunaan pentas yg sgt baik.. dan bukan setakat di pentas..mereka yg berada di bawah juga di layan dgn begitu adil..setiap sudut dapat merasai kehadiran Ija... Lagu ini benar2 menyuntik perasaan dan semangat semua yg hadir..termasuk SH sndiri..hek..
Hebatnya malam itu...Selain menyanyi..bg SH Ija berjaya memberi semangat dan perangsang kepada mereka yg memerlukan. Mungkin ini langkah awal untuk Ija sendiri pelajari atau gunakan dan menjadi lebih baik bagi benar2 memahami...Mulianya tugas sebagai seorang pendidik..Untuk Ija..again..Congratulation! BSURSICUB4. Really Proud of you!
*Memang ada sedikit rakaman video waktu diorg bukak lampu dewan, x sempat nk transfer lg..S.A.B.A.R k..*
|