Thursday, August 6, 2009

Yeah! Heliza ke FFM!



Salam all! Lama tak update blog.. OKeh.. KOrang tau FFM?? Ha..FFM ialah singkatan Festival Filem Malaysia ye.. FFM merupakan acara paling kemuncak bagi industri filem tempatan. Festival tahun ini merupakan yang ke 22 dan yang best nye..tahun ni first time FFM diadakan ni Sabah..Di mana??? Di UMS tu.. Hee..


Dan bila cakap pasal UMS..mesti ada herm..Cik Heliza kita…Dan yang paling best, Heliza a.k.a Ija tercalon dalam 2 kategori untuk FFM kali ni!!


Wah…Alhamdulillah..Walaupun baru setahun jagung di bidang perfileman, bakat Ija tetap dilihat oleh pihak2 yg berkenaan. Soal menang atau tidak, bagi SG itu memang rezeki masing2…Tapi apa yg penting, tercalon dalam 2 kategori iaitu Pelakon Wanita Terbaik & Pelakon Harapan Wanita sudah cukup membanggakan! Bukan senang ye, nak tercalon dan dipilih oleh ‘juri’ untuk sama2 bertanding dengan pelakon2 hebat tanah air yang sudah sedia ada… Tahniah ye Ija! Dan untuk semua yang turut tercalon untuk FFM kali ini.


So, jgn lupa ye saksikan FFM ke 22 di Astro Ria Sabtu ni, 08.08.09. Insyaallah sebahagian dari kami akan ke sana..Nanti kami update la untuk next entry. To all TB yg nak lawan bowling & paintball minggu ni.. Good Luck! Walaupun harapan mngkin agak sukar…Tapi…Belasah je.. Hee..



Oh ye, ni, gambar Hafiz..curi dari FB Ling..SuperH & SuperA minat bangat sama Hafiz..Pastu..pakai lak Baju Superman..Ha…Sesuai …We like.. He.. Motif: Suka2..Jgn marah ye..




Untuk senarai penuh pencalonan FFM 22 sila layari

http://www.sinemamalaysia.com.my/ffm.php?mod=nominees