Wednesday, November 14, 2007

Supergirls & Alamorphosis

Bila Supergirls bergambar....



Bersama Team Bereh dan Team DaVom.. Sengal..









Ni AFIQ FC ke???




Wah Semangat waja!! Cayok2.. Kasi BEREH!!!




Supergirls sibuk with Linda




Supergirls HABIZ bersama Zainal Alam Kadir






Sengal tahap melampau..


Sabtu lepas bersamaan 10 November 07, Supergirls berjaya menerbangkan diri ke Berjaya Times Square untuk turut serta bertanding mewakili Team Bereh(TB) bermain bowling bersama Alamorphosis.
Seawal 9 pagi, menempuh kesesakan lalulintas berikutan demonstrasi besar2an di Jalan Istana selamat juga kami sampai di BTS sekitar 10:15 pagi. SuperA nampaknye terpaksa terbang seorang diri sebab terlambat bangun..Hehe..

Setibanya di BTS, dah ternampak wajah2 yang Supergirls kenali. Wah! Team DAVOM(TD) memang pantas! Eleza, Nadia, Raju, Wan dan lain2 semuanya sudah tiba, siap berbaju Melayu dan bersamping lagi! Cayalah. Kak Charm (our dearest & famous supporter) pun ada dan ketika itu sibuk ke sana kemari mungkin mencari sesuatu yang hilang. Paling best Kak Charm pakai baju Superman, so you are Superwoman for that day! Dah pagi2 tu biasalah, perut pun berbunyi lapar. Sementara kedatangan geng2 TB yang lain Supergirls berpecah untuk bersarapan. SuperH,B dan A bersama Yati menunggu dan Team DAVOM lepak di MCD berdekatan. Manakala SuperZ bersama Kak She dan geng TB yang lain.

Perut dah kenyang, semangat pun semakin membara. Kalau ikut jadual, acara sepatutnya bermula pada jam 12pm setelah selesai sessi pendaftaran. Namun tertunda sehingga 1pm dengan balingan perasmian dari saudara Zainal Alam Kadir. Sebelum acara dimulakan Supergirls, geng2 TB dan TD sempat menyengal' bergambar bersama-sama. Bukan senang nak berkumpul begini, jadi apa salahnya kenangan tu diabadikan.

TB telah menghantar wakil sebanyak 5 team dan ditempatkan di lane 1-5. Kedudukan yang agak jauh dan terpencil mungkin salah satu faktor penganjur tidak sedar ka'havocan' kami. Kalau tidak mesti boleh menang Juara Havoc. Takpelah takde rezeki. Apapun Supergirls bangga dengan kehadiran geng2 TB yang baru seperti adik Amirul, Ummi dan Amir yang pertama kali sebenarnya menyertai kegiatan seperti ini. Biarlah apa orang nak kata, yang penting sorakan yang diketuai adik Amirul itu bertujuan menaikkan semangat pemain2 dan juga untuk memikat pihak juri mana tau kalau2 dapat menang kategori Havoc. Dan yang pasti Supergirls tak boleh lawan kesengalan Effa, Tyka, Syima, Wawa, Atiey, Eita and the gang.

Kemenangan mungkin tidak berpihak kepada geng TB tetapi itu bukanlah alasan untuk kita kesal dan berputus-asa. Kerana bagi Supergirls, tujuan menyertai kegiatan ini lebih kepada untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Alamorphosis. Menang atau kalah adat dalam pertandingan dan Supergirls sentiasa bersedia dengan apa jua keputusan. Ecece.. Apapun, syabas diucapkan kepada semua geng2 TB iaitu pemain2, penyokong2 dan juga tidak lupa buat saudara Zainal Alam Kadir dan Alamorphosis.

Haa..tak tau nak cakap apa dah, jumpa nanti di Pulau Indah Ahad ini ok? Ada apa? Ada apa dengan EBIZA. Hehe..Kali ni Supergirls nak cuba belayar pula, sebab dah penat terbang. And buat SuperA, usaha tangga kejayaan jadi sekarang ni adalah masa anda menaiki anak2 tangga itu. Jangan hilang fokus, bak kata SuperI fikirkan boleh!

Sedikit INFO Bowling Alamorphosis
-Dianjurkan oleh Team Zainal Alam Kadir
-Disertai oleh 48 pasukan dari pelbagai FC pelajar2 AF
-Pasukan Terbaik :Shawal FC - 2317

-Pemain Terbaik Lelaki :Afizal (Alamorphosis) - 602
Perempuan : Leen (Shawal FC) - 533

-Pakaian Terbaik : Anding Fantastic Club
-Juara Havoc : AzlanDaniel (Zahid FC)
-Artis Paling Kecoh :Farhan
-Artis Paling Poyo : Edlin
-Ranking Team Bereh

: Bereh 2 - Ranking ke-15
: Bereh 5 - Ranking ke-27
: Bereh 1 - Ranking ke-43
: Bereh 3 - Ranking ke-44
: Bereh 4 - Ranking ke-46
-Ranking Pertama sudah tentulah Alamorphosis FC!