Monday, December 24, 2007

Bila Aku Sudah Tiada...

Herm..Hari ni dah 24 December, lagi sehari nak menyambut Christmas. Dan masa juga semakin hampir untuk IKON yang SG kasihi pulang ke Tawau, Sabah untuk menyambung pengajiannya. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Nur Heliza Helmi a.k.a Ija.

SG tak nak cerita banyak lagi waktu ini. Masa masih panjang, kerana bagi SG walaupun Ija ke Tawau dan menyambung pengajiannya, Ija masih ada dan insyaallah SG, TB dan peminat-peminat di luar akan terus setia memberi sokongan. Sebagai peminat dan juga teman SG yakin dan percaya perjalanan Ija masih jauh dan panjang, tidak adil rasanya untuk kita membuat andaian untuk masa hadapan Ija. Walaupun di ketika dan waktu ini namanya kian mekar dan mula menjadi sebutan, namun keputusan Ija menyambung pelajaran merupakan keputusan yang tepat. Rezeki ada di mana-mana, namun ILMU di dada adalah bekalan sehingga ke akhir hayat. Dan tak semua mempunyai peluang yang serupa, Ija sungguh bertuah kerana boleh membuat pilihan. Usah takut dan gentar, setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sentiasa penuh dengan pelbagai dugaan, cabaran dan halangan. Rencah-rencah kehidupan inilah yang akan melengkapkan ramuan hidup kita. Apa yang penting, Ija perlu lebih fokus dan tetapkan objektif atau matlamat yang Ija inginkan. Seterusnya cubalah sedaya yang mampu untuk mencapainya. Insyallah berkat doa keluarga, dan semua, segalanya akan berjalan lancar. “Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice; it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.”


Sedikit info tentang Heliza..

Di lahirkan pada 3 February 1986 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Anak ke dua daripada 4 beradik ini merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan bahagia Helmi Hj Hasbi dan juga Latifah Muhammad. Heliza atau lebih mesra dengan gelaran Ija, menyifatkan negeri tempat tinggal beliau ialah 3T: Tawau,Taiping dan Terengganu.

Ija mendapat pendidikan dari;

  • i) SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu(Darjah 1 hingga 4)
  • ii) Sekolah Rendah Konven Taiping, Perak(Darjah 5 hingga 6)
  • iii) Sekolah Menengah Methodist Taiping, Perak(Tingkatan 1)
  • iv) Sekolah Menengah Konven St Ursula, Tawau,Sabah (Ting 2 hingga 5)
  • v) Matrikulasi Labuan Sabah (Tahun 2003 hingga 2004)
  • vi) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Pendidikan Sains (Biologi dan Kimia) Menangguhkan pengajian pada tahun kedua untuk menyertai AF5 dan akan kembali semula pada January 2008)



Senyum lebar...




Pose manja...Adelak yang menyelit belakang tu..




Isk..curi topi Santa!



HABIZ kat lanai show...



Posing with family di Aidiladha...


Dari apa yang kami kenali Ija merupakan seorang yang peramah walaupun kadangkala kelihatan pendiam, mudah mesra, seorang yang mengambil berat, dan juga bijak dalam menangani masalah. Keluarga sentiasa menjadi keutamaan Ija dalam apa jua keputusan yang dilakukannya.

Walaupun baru berada di bidang seni suara tidak sampai 7 bulan, nama Ija berjaya meniti di bibir peminat. Selain menyanyi Ija juga merupakan duta untuk channel baru ASTRO OASIS bersama Mawi.

Lain-lain info..

Pencapaian: Tempat ke-4 AF5 2007
: Tercalon untuk Pencalonan Awal ABP 2007 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular
Lagu: Cinta Di Lautan Lalang (CDLL) & Doa Dalam Lagu (DLL) duet bersama Mawi
Warna Kegemaran:Hitam, pink, merah, unggu dan putih (banyak nye!)
Buah Kegemaran: Manggis, jambu dan mangga jeruk
Makanan kegemaran: Roti,makanan ringan, yang pedas dan..herm..yang halal
Hobi: selain menyanyi dan membaca suka kumpul kasut, handbag dan sweater or jacket
Jenama kegemaran: Tak kisah tapi suka design simple dari Adidas, NIKE, LEVIS dan GUESS.
3 Kartun yang disukai: Snoopy, Sin Chan dan Dragon Ball
Superhero dalam hidup Heliza: Abah, mama dan adik-beradik
Official website: http://www.heliza.com
Official Fan site: http://www.helizabereh.com/web


Buat Heliza Helmi, selamat jalan..Semoga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi. Doa kami sentiasa bersama.

Sebelum tu..dengarkan lagu ni dari kumpulan Hujan. ‘Bila Aku SUdah Tiada’



Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…