Sunday, December 23, 2007

Dinner Channel @15 & Surprise Party Mila


Sabtu 22 dec
, seawal jam 10 pagi superH dah bersiap sedia nak ke office. Huh..hujung tahun ni kan..macam2 kerja perlu diberehkan..SuperZ memang awal2 dah di tempat kerja..payment2..hehe..SuperA hari ni start buka kedai pukul 3ptg..so masih lena diulit intan..and SuperB pula sibuk buat last revision untuk last paper petang nanti..Wah, pagi Sabtu yang sibuk nampaknya...


3pm..SuperH & Z dah tak senang duduk..Kerja pun dah hampir bereh..Malam ni Supergirls dapat jemputan ke 'Surprise Party Mila' di Hotel Concorde KL sempena ulangtahun nya yang ke-20, 23rd December ini. Ermm..tapi hadiah tak beli lagi!! Huhu..So selesai je tugasan, SuperH &Z pun bergegas ke Berjaya Times Square nak cari hadiah Mila. Wah! Sales lagi. Shopping lah kami berdua di BTS. Paling best dapat tambah 'supergirls collection'. :)



8pm..Shopping dah bereh, hadiah MIla pun dah dapat. SuperZ hantar SuperH balik ke kereta di office SuperH (sbb tadi pergi BTS follow SuperZ's car). And malam ni nak pergi ke Concorde pun nak naik satu kereta je, so SuperH akan parking di rumah SuperZ kemudian ambil SuperA sekali. Malang memang tak berbau, tak pernah seumur hidup SuperH tayar kereta pancit. Yang best, dah jalan sampai ke Jalan Loke Yew baru perasan bila cover rim tercabut dan bunyi kuat. SuperH terus bagi signal and park tepi jalan, SuperZ dah kat depan memecut sebab nak kena ambil SuperA pula. Tapi memang SuperH dah panic terus call SuperZ, nasib baik sempat u-turn. SuperH & Z tak sempat charge batery balik shopping tadi, so memang tak larat nak tukar tayar (actually tak reti), memang ada kawan SuperH dah nak datang membantu, tapi oleh kerana dah lambat terpaksa tangguhkan so, dengan Super Berani' SuperH just park kereta tepi jalan tu.

After semua settle malam ni baru berehkan kereta tu. Kami pun memecut nak fetch SuperA. Dah fetch SuperA di kedai, kami terus ke rumahnya sekejap sebab SuperA nak tukar baju and nak bawa video cam yang tertinggal di rumah. Sesampai di rumah SuperA dah jam 9:05pm. perghh.. orang gaji SuperA takde rumah ikut mama dia jalan ke Seremban. Tiada siapa di rumah dan SuperA tak bawa kunci!!! Uwaaa! Tak dapat masuk rumah sendiri! SuperA cuba guna jalan lain iaitu panjat pagar belakang rumah untuk ambil spare key untuk masuk. Malang memang x dapat dihidu pun, SuperA terjatuh and cedera ringan. Aduh..Demi keselamatan bersama, SuperA just ambil apa2 baju yang ada di ampaian dan salin di BP stesyen berdekatan. SuperH dan Z pun kena tukar baju di tempat yang sama. Wah, memang masa kami dah ‘nyawa2 ikan’ kerana jam dah dekat 9:30 dan kami perlu berada di Concorde sebelum 10:30 malam. Masing2 berdoa jalan tak jam..Alhamdulillah kami selamat sampai cepat dari yang sepatutnya..

10:15pm…Sesampai di concorde, abah dah menanti kedatangan kami. Abah ni macam tau2 je tau kami ke sana. Untuk makluman, Annual dinner chat Channel@15 juga berlangsung di tempat yang sama. SuperB mewakili kami ke acara tersebut bersama geng2 TB yang lain dan juga ibu bapa Heliza. Rezeki kami, abah membawa kami masuk untuk menjenguk sebentar majlis tersebut. Ketika itu Mila sedang menyampaikan lagu Persis Mutiara. Sempat lah kami melihat sebentar persembahan Mila, kemudian keluar semula terus ke tempat persediaan ‘Surprise Party Mila’. yang akan berlangsung sejurus selepas Dinner Channel @15.

Review Dinner Channel @15 by SuperB

22 December 2007 makan malam Channel @15 di hotel concorde..

makan…makan..makan….

Akhirnya.. tarikh yang julung kali ku nantikan tiba jua, setelah penat berjuang menjawab soklan exam yakni last paper ku tamat jam 5:30pm sempat la ku me-rempit ke hotel Concorde tp sygnya, hanya diriku SuperB yang hadir ke majlis makan malam nie, nie pun thanks to effa buffday present nie heee, kedengaran the rest supergirls duk sibuk menjalani dugaan and cabaran sabar yer kowng heee…


Jam ditangan tepat jam 7pm, ayok dah lambat nie janji gan ling nak sampai hotel jam 7pm tp berkat doa n langkah pnjng ku slamat tiba di mnorail bukit nenas jam 735pm, tungu punya tunggu nurt calling, miscommunication rupenyer,nasib baek la donurt fetch ku di sinun. Dah sampai hotel kene amil goodie beg for kenduwi malam 23dec ewah..


after transfer
semua barang2 kat bilik sebelah ballroom, sempat gak salam2 with member DAVOM and Mila’s family. Duk sibuk dibuai kemesraan with adek Mila, terlintas dikepala ku, mana Abg Reez nie? Habislah kalau dia lambat datang, pintu masuk dah nak tutup nie.. call punya call upenyer on the way.. Aiseybedah.. So utk langkah keselamatan ku duduk di luar legar supaya senang dilihat oleh Abg Reez. Sampai dua kali ku tepon dier ha.. baru lah sampai adeh.. tepat jam 810pm Abg Reez tiba bersama parents Ija n “kwn abg reez” ehem2..Kak Ida tiba di red carpet, dah daftar, kami pun membuka langkah ke ballroom.. cari punya cari aisey dok meja belakang rupenyer.. our table bernombor 33. bukan nak ckp pe dah la duk 2nd last dari blkng view langsung x nmpak stage.. but heee berkat penyaman udara yang licking, ku mintak tukar meja heee dpt la gak nengok stagenyer.

Dah semua dok menyelesakan diri di meja, kini bermulalah jamuan yang dijanjikan…. Tepat jam 830pm if I am not mistaken lah start majlis dengan memperkenalkan MC pada hari itu Mr Reza ewah..( ekceli x ponah aku dengar pgcara mjmput dirinya sendiri) hehehe. Anyway selepas meng'intoduce diri reza sebgai pegacara pada malam dinner, mjlis diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz sembang Malam(edi). Wah nie ustaz rock rambut style rebonding gitue, selesai doa pembukaan n doa mamam, tibalah masanya kita mengisi kekodongan perut yang tlh tersedia lapo. Haa menu pada malam itu ialah, nasi putih n nasik minyak, sotong masak hape tah, ha ader ikan, ader ayam, ader daging, ader broccoli h memacam lah sampai mama heliza tambah nasik putih campur nasi minyak. Sambil menjamu selera reza mengumumkan persembahan pertama oleh cik HELIZA. Wa, dengan pantas x sempat sentuh makanan ku terus bergegas ke depan stage amik gmbo. Lantak ar pe olang blakng kate heeee

Before that,antara barisan artis yang menbuat persembahan pada mlam itu ialah: HELIZA, aizat, zahid, faizal, mila and mawi.


Persembhan pembuka majlis dipersembahkan oleh HELIZA dengan lagu yang dibawanya kau pergi jua. Kalau diikutkan sebagai artis pertama for sure
nervous membelengu diri artis nie, tp so far ku lihat heliza dapat mengawal ke nervousan dier walaupun ader terkucil sikit, dress up ala2 wanita berkoprat berserta tie yang bertakhtakan berlian berjaya merangkut hati penonton untuk melihat sejauh mana kemampuan vokal heliza. Lagu kau pergi jua x banyak beza dari versi2 yang saya dengar sebelum ini cuba bagi pendapat ikhlas, dari segi adlib konsert af yg pertama still yang terbaik. Anyway, terdengar soksek2 meja belakang, mngatakan penghayatan heliza membawakan lagu ini amat bagus. So what else can I say..baguzz


Seblum memulakan lagu kedua, Ija memberi sepatah dua, menerangkan bahawa ini adalah show beliau yang terakhir sebelum berlepas ke Tawau untuk menyambung pelajaran… sob..sob..sob…

Second song- kesal, saat yang ku tunggu2 yerla hanya lagu nie je lah yang dapt membuktikan vokal heliza. Permulaan yang bagus tp agak kelam kabut bila sampai part muzik laju nak masuk tang “tuk sejenak diri lupakan problema”. Kalam kabut disini bermaksud kalam kabut dari segi showmanship heliza, kerana agak lambat tangan heliza megikut bit gitar yang digoreng. Walaubagaimana pun, ader gak mulut yang ku lihat menganga.. ha… dari kurang org ke depan stage kini dah ramai yang kerumun depan stage utk snap gamba heliza. Interaksi heliza bersama penonton boleh dibnggakan. Shaky semasa heliza menuruni tangga tidak membawa kesan negative, heliza terus menghavockan tempat penonton dengan berlari sambil menyanyi, eh x la sangat berlari tp berlari anak2. So far ku lihat tahap kesemputan heliza masih lagi ditahap tak critical. Which means kesemputan beliau tidak kedengaran sangat weaa…

Selesainya show heliza sesi berbual bicara reza bersama heliza dan sembang malam. Reza siap pomote sembang malam lagi kat heliza.

Sibuk snap heliza nyer picture perut pon dah keroncong then bergerak lah ke meja untuk mamam. cuz lum kuar lagi artis utuk nyanyi. Sambil berjlan ke meja, reza mejemput nenek and mamat pakai tarbus untuk wat sketsa pendek. Tah ape yang di lakonkan haku pun x dengo n x pham tah ape yang kelako wapucitau….


Habis sketsa,reza dah mjemput aizat untuk mbuat persembahan, dek lapo nyer pasai x dapat nak g snap pic aizat but nyayian aizat hanya ley ku lihat melalui screen jerla. Lagu pertama yang didendangkan aizat ialah pepisahan yang di popularkan oleh anuar zain. Tetiba teringat semasa konsert af dimana aizat lebih menghayati n berjaya membawa lagu perpisahan ini sampai berjaya membuat kutsia kahar nanges .. huaaaaa.,,,. Tp hambarnya semasa mkn malam itu, penghayatan nyer seperti ader yang x kena… erm entah la.. ke haku yang mghyati mkanan? Anyway, second song is smooth by rob Thomas. Bagi pendapat ku aizat cuba untuk imitate from original singer. Cara pembawakan lagu aizat ader yang kene dengan bit and sometimes ader kureng sikt la aizat.. over all it’s a ok perfomance I enjoy it bebeh..

Sambil menyumbat mkanan ke mulut n melayan karenah auntie tipah, reza menjemput abg stone selaku ketua chaters di@15 untuk memberitahu sedikit sebnyak sejarah @15, adeh,,,, terdetik kat kepala ooo ni lah stone, yang suke menghuru harakan carpet@15.

Sedikit info mengenai @15. @15 ditubuhkan semasa World Cup 2002, menjadi medium utuk penonton chat sesama sendiri etc… kendian tiba la plak 2 pasangan pengantin yang bertemu jodoh melalui @15. semoga kekal hingga dunia n akhirat ku ucapkan.


Seterusnya reza menjemput noni af5 untuk membuat persembahn,hajat dihati nak snap pic tapi apekan daya, memory full la pulok. So persembhan pertama noni membawakan lagu kiroro mirae. Dress up yang sempoi ala2 pakai bengkung putih kat perut menampak kan noni sedikit depak. lagu nie x ley nak comment cuz ape yang anda dengar semasa di af adalah versi yang sama cume bila second song oleh noni bertajuk asmaradana….ha yng nie pujian diberikan kepda noni kerana tarian noni sedikit mantap. Akan tetapi suare noni mmg lari picing kedengaran nada sempot noni n ketidaksampaian note noni untuk menggapai nada yang tinggi. Yerla dah nanyi sambil menari mane x sompuit..

Anda nak lagi?? Ewah ayat reza, terimalah Zahid…. Ha? Zahid eh x pelah ku duduk je. Cuz ley usha kat TV plsma sebelah kteowng je. Zahid selaku juare af ke-2 mendendngkan lahu bertajuk Baru. Permulaan lagu yang agak baik, samapai ku pikirkan c zahid nie miming ke? Tp lepas agak lama ‘oooo x miming upenye mamat nie” hehehe baru sedar zahid x miming cuz ader mnyak part zahid terkucil. Bukan 1, bukan 2, tp manyak la, especially part suare halus yng cam diujung2 tnduk alaaa.. cam Justin timberlake tu…. Penampilan zahid agak biasa dipandang mata kasar ku ini. Tp xtau lah mata owng laen kn.. second song zahid membawakan lagu nyar sendiri. Lagu slow. Maaf x tau tajuk. Tp kredit diberikn untuk second song zahid.

Selesai sudah nyian zahid ingt nak g restroom upenye ader simple celebration for zahid and mila for their bufdei… epi bufdei kowng dari supergirlshabiz n team bereh

Faizal mengakhiri mjlis tersebut dengar membuat persembhan dengan lagu cintaku milikmu( tol kot!) mcam biasa bagi sesiapa yang dah pi selayang cara nyayian nyer sedibik cam kat selyng so.. no comment. Second song xtatau tajuk la dear..

Tiba giliran bufdei girl mendengdangkan lagu. Lagu pertama ialah pilihlah aku by kris dayanti. Penampilan serba putih menampakkan betapa kicik nyer Mila nie.. eish halus jer budak nie. Mcm biasa suare mila n pembawakan lagu yang lebih kurang original singers. Ad lips la cikit mila ui,, baru variety nada hang. Syyyhhhhpppp!!!! Second song lagu mila yang terbaru karya ajai and loloq. Kedengaran agak biasa, erm mungkin halwa telinga ku lebih pasa suare heliza kot. Third song wahh… mila nyanyi 3 lagu tau. Third song persis mutiara. Mcm biasa lah tiasa kelainan mahupun perbedaan (pendapat diriku yea)

Siapa dari johor?? Teriak reza.. hati haku dah ckp dah… ha mawi la ni2... dendangan pertama Mawi, cinta zulaika. Kuar je mawi dah ramie menanti gn lensa kemera masing.. sampaikn pihak astro terpaska tinggalkan mknan yang sedang dijamah semata dok menjga kejnatanan mawi heheeh,.,, buley dikayakan most of viewrs yg hadir dtng dari peminat mawi sendiri..

Kemudian mawi berduet dgn sembng malam dengan mendengdngkan lagu 1 jiwa, 1 cinta, not bad than gak sore smbg malam nie …ley masuk af6 hee…


Persembahan mawi sebagai penutup majlis sebelum tue, reza mmgil barisan artis yang tlh mmbuat psmbhan kesemuanya utk ke pntas mgmbil gmbo, nyi bramai2 and sesi bertemu peminat, sign n bergambo.…..

Majlis tamat pada jam 10 lebey..

Shopping kat BTS for 'supergirls collection' ni antaranya eh..




Heliza dengan gaya tersendiri..cantik belt..


Noni with Mirae'


Mila with Persis Mutiara


Mawi..Angan & Sedar..


Eh..Ija macam gaya berzanji plak..



Mila & Heliza semasa sesi autograph Dinner Channel@15



Birthday Cake MILA

Review Surprise Party Mila..

11:45pm..Selesai sahaja Dinner @15, dewan yang sama digunakan semula untuk ‘Surprise Party Mila’, and ada tambahan balloon dan hiasan2 yang lain khas untuk event ini. Lampu dewan di padam dan DAVOM dah bersedia di atas stage dengan sepanduk atau banner ‘Happy birthday Mila’ juga 2 cake besar (gambar Mila- sedaaapppp). Kami SG dah duduk di meja khas di hadapan stage. Antara artis2 lain yang turut serta ialah Heliza, Rezza dan Noni.

Tepat jam 12 malam Mila dibawa masuk ke dewan yang gelap tu dan di kejutkan dengan ‘kejutan istemewa’ dari warga DAVOM dan juga tetamu lain. Memang Mila terkejut sampai tercampak handbag Mila. Surprise menjadi dan Mila nampak sungguh terharu sehingga menitiskan air mata sebentar.. Ibu bapa dan keluarga Mila juga ada dan sentiasa memberi sokongan. Seterusnya Mila di bawa ke pentas dan membuat ucapan serta acara memotong cake sebentar bersama fans dan keluarga. Acara makan2 dan bergambar berlangsung seiring dengan persembahan istimewa dari pasangan ‘My Heart’ versi Wan dan Beckham. Memang kelakar bila mereka ‘miming’ untuk lagu yang pernah dinyanyikan oleh Mila dan Ebi di konsert AF5. Wah Wan, make up mu kalah Mila! Ending lagu, rambut pelesu Wan di tarik oleh Mila.. J SG berterima kasih pada DAVOM kerana sudi menjemput SG hadir di party ni. Mila memang sporting dan mesra, sempat tu suapkan cake birthday pada semua yang hadir! Walaupun acara pada mulanya agak terganggu dan terburu2 tetapi semua nampaknya happy dan dapat beramah mesra juga bergambar beramai2. Adik Mila seterusnya membuat persembahan penutup dengan menyanyikan lagu Persis Mutiara. Tomey!

SG di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun yang ke 20 buat Mila, semoga terus berjaya di arena seni suara ini, untuk Ija, jangan sedih okay, mu' gi sambung study kitorang tetap setia di sini..Seterusnya Merry Christmas buat semua rakyat Malaysia! Ho Ho Ho!


Surprise!!!!


Mila & family



Nah Liza..amik kau..hehehe- MIla



SG with Uncle Helmi & Auntie Tipah



SG with Mila



HABIZ



Merry Christmas!