Salam...sebelum review hari ke dua di GSA Kuantan, saja nak cerita sikit beberapa peristiwa sebelum tu. Memang pada mulanya kami dah dapat tempat untuk menginap di Kuantan ni. Tetapi disebabkan cuaca buruk dan pelbagai halangan kami dah cancel book tempat tu. Tak sangka akhirnya berjaya juga sampai ke sini...Herm..bila dah selesai GSA Kuantan hari pertama Sabtu petang tu, perkara pertama yg wajib dilakukan ialah mencari tempat tinggal. Tanya balik tempat sama yg di book sebelum ni.. Dah penuh! Kemudian sementara SuperZ pergi 'ladies first' SuperH dan A jalan2 sebentar di sekitar Kuantan Parade. Herm..Risau gak ni, nak tinggal mana. Jalan-jalan ternampak la kaunter pertanyaan. Dipendekkan cerita, pakcik yang jaga di situ memang peramah dan baik hati, siap provide maps untuk kami. Hotel terdekat yang kami serbu ialah Shah Zann Inn..Dah penuh. Nasib tak baik, 4 hotel seterusnya pun penuh. Wah, nampaknya isu banjir yang melanda Kuantan tak menjejaskan industri perlancongan di negeri ni. Atau mungkin ramai ke hotel untuk mengelak banjir? Tak pasti... Herm...Tak banyak hotel yang kami tahu di sini. Priority memang nak cari yang paling berdekatan dengan Kuantan Parade. Huh...Kepenatan..Lalu kami lepak sekejap di lobi hotel Seri
Lupe pulak, sebelum tu SG sempat bershopping di The Store Kuantan. Bukan shopping apa pun, shopping barang2 rumah... Makanan ringan untuk kudapan di malam hari.
Ok, jom review! Bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke Kuantan Parade, untuk makluman shopping complex ini betul2 terletak di tengah2 bandar Kuantan bersebelahan Kompleks Teruntum. Besar! Untuk hari Ahad itu sahaja ada 2 show berbeza berlangsung, 1-GSA and 2- Battle of the Band Kuantan. Dua show, maka ada 2 stage berbeza. GSA bermula pada jam 2:45ptg sejurus selepas selesai ujibakat Raja Lawak 2008. Seperti biasa pengacara yang terlibat ialah saudara Zainal Alam Kadir, Farish dan juga Fitri.
Persembahan pertama- Gadis & Bunga oleh Heliza dan Candy
- Wah, lama tak dengar lagu ni! Pertama kali sebenarnya melihat gandingan Heliza dan Candy. Seperti yang semua tahu kedua mereka pernah membawa lagu ini secara solo, oleh itu memang tiada masalah untuk mereka menyanyi berduet pula. Gandingan yang menarik, dan paduan vokal kedua2nya boleh dikatakan serasi. Mungkin memiliki 'key' yang sedikit berbeza, tetapi oleh kerana lagu ini rancak jadi keseluruhannya kedengaran sempurna. Candy bergaya dengan ranggi dengan skirt hitam nampak chicky' dan Heliza kami gelar 'rangyu' =ranggi + ayu dengan sekali lagi baju petak2 atau kotak2 cuma kali ini dipadankan bersama jaket merah.
Skor: 3.5/5
Persembahan ke 2- Hapus oleh Afiq
-Lagu ni pada yang tak tahu dipopularkan oleh band dari
Skor:3.9/5
Persembahan Ke 3- Tak ada Logika oleh Noni
- Huh, Noni memang menari dahsyat! Terhibur dengan tarian Noni dan persembahan yang sungguh bertenaga. Nyanyian Noni pun nampaknya dah ada peningkatan. Tapi lagu2 begini memang memerlukan stamina yang lebih, so di akhir lagu boleh dengar suara Noni dah mengah.
Skor:3.3/5
Persembahan ke 4- Kasihnya Laila oleh Ebi
-Wah!SG betul2 terkejut. Ebi memang mantap dengan persembahannya kali ini. SG pernah tengok show Ebi sebelum ini, dan ini yang terbaik! Walaupun muka EBi nampak sangat macam baru bangun dari tidur(sembab) tetapi show mantap!
Skor:3.8/5
Persembahan Ke 5- Seiring dan Sejalan oleh Fitri dan Nora
-Herm..Lagu ni sebenarnya antara lagu duet favorite kami kalau di sesi karoke. Agak kecewa sebab permulaan lagu lagi dah salah di mana Nora terlupa lirik dan menyanyi lebih awal. Mujur Fitri bijak mengawal semula keadaan. Namun kesilapan berlaku lagi di tengah2 lagu apabila sekali lagi mereka tersilap lirik. Apapun, enjoy jugaklah dengan persembahan dan tarian mereka.
Skor: 2.7/5
Persembahan Ke 6- Korban cinta oleh Aswad
-Lagu slow dari Aswad. Mutu vokal ada peningkatan termasuk penghayatan lagu. Tetapi Aswad masih nampak kekok di pentas. Tangan tu selalu sangat kat kocek seluar. Mungkin tak tahu nak buat apa. Nasihat SG pada Aswad,
Skor:2.9/5
Persembahan Ke 7- Cinta tak Keruan oleh Shawal
-Gelek weh! Shawal nampak comel dengan
Skor:3.4/5
Cinta tak keruan Shawal...Heee..tak keruan dibuatnya
Persembahan Ke 8- Where is the LOVE oleh Zahid, Nora dan Edlin
-Best! Lama tak dengar lagu ni. Zahid memang terror rapping so memang menjadi lah. Edlin and Nora pun berjaya 78% jadi Fergie'.. Hee..
Skor:3.8/5
Persembahan Ke 9- Berdua lebih baik oleh Zila dan Edlin
-Lagi lagu rancak, namun ada salah lirik lah tapi dapat cover. Ermm...Tak tahulah..Lebih suka version adlib Heliza di GSA
Skor:3.6/5
~~20 minit Game bersama ASTRO~~
Persembahan Ke 10-Aku kau dan Dia oleh Noni
-Haa..Lupa pulak..Noni baru datang tau untuk GSA hari kedua ni. Suka tengok
Skor:3.2/5
Persembahan Ke 11- Mahakarya Cinta oleh Afiq
-Lagu ni dipopularkan oleh Faizal Tahir. Sekali lagi Afiq berjaya membawa lagu dengan penuh penghayatan. Iskk dahsyat jugak suara dia ni...Untuk Afiq, teruskan usaha okay, pada SG Afiq boleh pergi jauh. Cayok2!
Skor:3.9/5
Persembahan Ke 12- Seribu Tahun oleh Edlin
-SG terkejut bila Fitri umukan Edlin akan menyampaikan lagu seribu tahun! Lagu ni
Skor:4.2/5
Persembahan Ke 13- Kaulah Segalanya oleh Shawal
-Another jiwang song...Herm...Sama seperti persembahan ketika konsert AF dulu...Tak banyak beza, cuma dengar live ni rasanya lebih sedap.
Skor:3.3/5
Persembahan ke 14- Sampai Menutup Mata oleh Heliza
-Yeay! Akhirnya dapat juga dengar Ija bawa lagu ni live! Siapa tak tahu, lagu ni dipopularkan oleh Archa Septriasa. Oh ya, sebelum Ija menyanyikan lagu ini, Zainal dan Fitri sempat memberi Ija peluang untuk membuat ucapan khas. Ini mungkin merupakan penglibatan terakhir Ija untuk tahun ini tour bersama ASTRO sebab akan pulang awal tahun depan untuk menyambung pengajian. Sedih...Oleh itu, lagu ini memang dibawa dengan penuh penghayatan! And for the first time Ija tak banyak adlib! Berjaya membawa lagu ini dengan baik dan walaupun lagu ni slow Ija bijak menggunakan ruang pentas. (kitorg ada rekod tapi nak tengok kena tggu next year, because our uploader berada di luar negara) Isk, korang boleh refer post SG sebelum ni kalau tak tau lirik lagu ni...Memang sedih...Anyway, good try, sekali sekala Ija memang perlu mencuba sesuatu yang baru. Sebab lain orang lain rasa dan pendapatnya, so mungkin dengan membawa genre' yang berbeza2 dapat juga menarik perhatian pendengar baru. Yang penting identiti perlu dikekalkan.
Skor:4/5
Persembahan Ke 15- Yang Kusayang oleh Afiq dan Akma
-Dangdut! Hermm..kali ini Afiq tak kena..Vokal Afiq lah actually tak kena dengan lagu dangdut ni. Bukan genre mu la...Akma okay ada lenggok dangdut tu. Macam biasa lagu2 joget atau rancak mesti ada penari latar yang diketuai oleh Fitri. Dan memang terhibur dengan tarian mereka.
Skor: 3.7/5
Persembahan Ke 16- Hulurkan tangan(tak sure la tajuk lagu) oleh Aswad
-Sorry Aswad. Hari ni tak dapat sengal macam selalu. Macam ni, biasanya bila Aswad nyanyi lagu ni dia akan buat
Skor: 3.2/5
Persembahan Ke 17- Can't Fight a Moonlight oleh Edlin
-Hermm..baru perasan, banyakkan lagu Edlin nyanyi? Anyway persembahan Edlin untuk lagu ni tak sehebat lagu Seribu Tahun. Apapun enjoy dengar lagu ni.
Skor:3.6/5
Pasangan WAJA berdansa! Hehe
-Sedap! Bukan nak puji, tapi betul jugak orang kata
Skor:4/5
~~Game sehati berdansa~~ haaa..yang ni nak ulas sikit..Hehe..Game ni rule dia macam ni, penonton kena menari bersama bintang AF di atas satu kertas besar sehingga menjadi sebesar kertas A4. Kaki kedua2nya tak boleh keluar dari kertas tu. Jangan tak tahu cik Wawa kita berdansa bersama Ija. Hehe. Bintang AF yang turut menari bersama penonton, Shawal, Zahid, Noni, dan Candy. kelakar partner Zahid tu aaawwww.. And pasangan WAJA (Wawa +Ija) memang boleh tahan, sebab ke final (ecece) bersama Candy dan pasangan(budak kecik) Oh tetapi bila kertas dah jadi sebesar kertas A4, Ija telah diangkat oleh cik Wawa kita ni, dan keadaan agak cemas juga bila Ija nampak agak seksi ketika itu, dan Fitri sepantas kilat
Persembahan Ke 19- Baru oleh Zahid
-Lagu baru dari Zahid. Mula2 dengar rasa macam 'miming'live la..Sorry Zahid. Anyway dah kalau dengar macam sebijik kaset tu maknanya sedap la..Cuma Zahid kurang berinteraksi dengan penonton..
Skor:3.9/5
Persembahan Ke 20- Kesal oleh Heliza
-Version asal. SG memang dah banyak kali tengok Ija bawa live lagu ni. So dalam semua kesal' pilihan pertama SG tetap di-Konsert ke 8 AF5. Dan Kesal kali ini vocally memang jauh lebih baik dari Kesal di GSA
Skor3.9/5
Persembahan Ke 21- My Heart oleh EbiLIn (Ebi & Edlin)
-Wah, bermacam2 gandingan SG dah tengok untuk lagu My Heart ni. Ini pertama kali Ebi bersama Edlin pula..Bagi SG biasa. LABI lebih sedap. Anyway kedua2nya menyanyi dengan baik, and ada part lupa lirik sedikit. Dan yang SG perasan, Ebi memang suka bagi penonton menyanyi untuk lagu My heart ni bila dia berduet dengan orang lain selain Mila. (heeeee)
Skor:3.2/5
Persembahan Ke 22- Yang teristimewa oleh Candy dan Nora
- Lagu nyanyian asal Adibah Nor ini dinyanyikan pada GSA juga ditujukan untuk mangsa2 banjir. Gandingan suara mereka boleh tahan. Namun penghayatan Candy kurang berbanding Nora. Takpelah Candy sibuk turun bersalaman bersama peminat2, Nora memang betul2 menghayati lagu di atas pentas.
Skor:3.8/5
Persembahan Ke 23- Gadis Melayu oleh (Afiq,Zahid, Shawal, Fitri, Zainal, Aswad, Farish dan Ebi )
-Permulaan
Skor:4.3/4
Persembahan Ke 24- Goyang Inul oleh Akma dan Edlin
-Gamat dibuatnya pentas GSA bila lagu ni. Yang menyanyi 2 orang tetapi yang menari rasanya semua kecuali Heliza dan Zila. Pelbagai aksi dan
Skor:4/5
Persembahan Ke 25 & 26- Mengejar mimpi & Kenangan Terindah oleh semua artis dan bintang AF
-Best! Memang best nyanyian beramai2 ni. Semua yang terlibat menyanyi bersama2. Sedih sekejap bila lagu kenangan terindah dinyanyikan. Penonton2 pun turut diajak bersama menyanyi. Ni memang antara lagu kegemaran SG. Herm..feeling sekejap. :) Anyway apa pun yang berlaku disekeliling kita sekarang memang akan menjadi suatu kenangan di masa hadapan.
Skor: Isk...tak yah skor la.. tapi dengar betul2 eh persembahan Ija kalau dilihat memang tak banyak beza. Mungkin lepas ni kalau ada
Goyang Inul versi Akma & Edlin. Farish dan Noni lawan gelek!
Wah tingginya angkat tangan...
Haa...cari partner cepat!
Cedey eh...
Berakhir je lagu Kenangan terindah maka berakhirlah juga tour GSA untuk tahun ini. Tahun depan memang ada lagi GSA. Ini merupakan acara tahunan ASTRO. Tapi lainlah pula bintang2 AF yang bakal turut sama menjayakannya. Tak payah lah SG cakap rasanya semua tahu, tujuan utama SG pergi pun memang mewakili TB untuk support Ija sempena show2 terakhir dia sebelum menyambung pengajian. Gembira, walaupun pelbagai halangan dari mula cerita GSA Kuantan, akhirnya semuanya BEREH! Untuk geng2 TB yang tak dapat join jangan risau, tunggu kami akan share video tu seperti biasa di Youtube apabila rakan kami pulang dari
|