Friday, November 23, 2007

Our latest project...



Salam semua! Tak nak cerita banyak, just nak share Supergirls latest project.

24 Nov 07- Supergirls akan berada di Ampang Sport Planet @10am untuk FUtsal FriendLy Match di antara TB and TD!

25 Nov 07- Supergirls turut terbang ke IPOH untuk support GSA, thanks DJ AMAR for inviting us' see you there!

And sekarang... Jom ikut Supergirls sokong ABP2007. Tak susah...Beli paper Berita Harian (RM1.50), dah baca jgn buang..Kitar Semula tapi sebelum tu, gunting keratan borang pencalonan ABP. Hermm..untuk

Borang 1 pangkah NO. 9
Borang 2 pangkah NO. 19

Jangan silap pangkah!! Heee Huuu.. All the Best!

Tuesday, November 20, 2007

Pulau Pandan Jauh ke tengah..Apa ada di Pulau Indah..?


2:30 ptg..Waktu ni sedang duk melayan konsert bintang2 af di astro ria, tiba2 dapat utusan khas yg mengundang utk sama2 terbang ke Pulau Indah..Wah..Lama rasanya tak ke pulau..

4:00 ptg ..Actually takdela tepat pukul 4 tiba di checkpoint pertama..hehe..Biasalah hari minggu, lautan kenderaan membanjiri jalan..Mewah sebenarnya org kita..Bila toleh ke kiri dan kanan, kebanyakannya hanya seorang dlm sebuah kereta..Maka dgn itu, HABIZ mengambil keputusan untuk terbang bersama2 rakan yg lain dgn satu kereta yg bernama NazaRIA..Memang riang ria suasana di dalamnya..

5:30 ptg Adalah waktu yg dijanjikan utk Supergirls bertemu dgn geng2 TB yg lain dr setiap pelusuk daerah Selangor (ecece). Wahh! Faham dgn situasi yg mungkin mereka hadapi sehingga menyebabkan kelewatan, Supergirls sempat beraksi di HTAR..Thanks to NE' yg turut bersama2 meneriahkan suasana. Sempat juga kami menunggu HELIKOPTER mendarat..Tunggu punya tunggu takde satu helikopter pun yang turun.

6:15 ptg..Sebuah Kembara hitam yg dipenuhi oleh 2 jejaka dan sorang gadis pun sampai..Amboi2..Semuanya berbaju superman..Wah nampaknya mmg besar aura SUPERMAN!' yela lagenda super hero dunia'. 10 minit kemudian muncullah insan yg dinanti2 geng TB dr Klang cik wanie comel dgn CITRA birunye.cik Wanie mengetuai rombongan petang itu untuk ke pulau indah.. vroooommmm..

Perjalanan dr HTAR ke pulau indah mengambil masa lebih kurang 40 minit.. Memang kami tiba awal. Dari jauh dah nmpak tapak karnival. Sungguh tidak disangka2 tempatnya begitu meriah dgn adanya 'fun fair' dan kedudukan yg strategik betul2 bersebelahan pulau..Mmg indah..Patutla namanya Pulau Indah.. Pusat rekreasi ini diberi nama 'laguna indah'. Pelbagai kemudahan disediakan. Bayaran masuk hanya RM2 untuk dewasa, dan percuma buat kanak2 di bawah 12 thn.

Setibanya di tempat kejadian, masing2 memberehkan apa2 yg patut diberehkan.

Sebelum persembahan bermula, kami sempat mengunjungi gerai2 yg ada di tapak karnival. Isk..tak sah kalau x main di 'funfair'. Terasa kembali ke alam ria kanak2 dahulu. Memang ramai yg dtg, mungkin juga kerana awal cuti sekolah. Apa salahnya sekali -sekala beriadah bersama keluarga dan rakan2. Paling seronok, sewaktu sesi bergambar bersama super hero dunia kami telah terserempak dgn Ella Gang's. Mereka mmg 'sempoi' n 'sporting'. Ini merupakan kali ke 2 bertemu mereka. Macam biasa, tak sah kalau tak ber'posing'. Seperti berjanji mereka juga duduk berdekatan apabila show bermula, dan turut sama menyanyi lagu 'Kesal' tanda sokongan buat Heliza.

Heliza? Pada mereka yg tak mengenali siapa Heliza sila layari laman web rasminya di http://www.heliza.com/ dan pada yg kenal teruskan sokongan. So..apa kata ikut Supergirls terbang ke Ipoh Ahad ini untuk GSA? And sebelum tu, kita ke kedai beli akhbar Berita Harian. Membaca amalan mulia, jadikanlah satu amalan.


Sysss... review show Heliza



Nak tengok keindahan Pulau Indah
http://www.pulauindah.com.my

Lagi..Hermm..Jangan lupa beli akhbar Berita Harian.


**Gambar-gambar sekitar Trip ke Pulau Indah tunggu nanti lah ek.**

Wednesday, November 14, 2007

Supergirls & Alamorphosis

Bila Supergirls bergambar....



Bersama Team Bereh dan Team DaVom.. Sengal..









Ni AFIQ FC ke???




Wah Semangat waja!! Cayok2.. Kasi BEREH!!!




Supergirls sibuk with Linda




Supergirls HABIZ bersama Zainal Alam Kadir






Sengal tahap melampau..


Sabtu lepas bersamaan 10 November 07, Supergirls berjaya menerbangkan diri ke Berjaya Times Square untuk turut serta bertanding mewakili Team Bereh(TB) bermain bowling bersama Alamorphosis.
Seawal 9 pagi, menempuh kesesakan lalulintas berikutan demonstrasi besar2an di Jalan Istana selamat juga kami sampai di BTS sekitar 10:15 pagi. SuperA nampaknye terpaksa terbang seorang diri sebab terlambat bangun..Hehe..

Setibanya di BTS, dah ternampak wajah2 yang Supergirls kenali. Wah! Team DAVOM(TD) memang pantas! Eleza, Nadia, Raju, Wan dan lain2 semuanya sudah tiba, siap berbaju Melayu dan bersamping lagi! Cayalah. Kak Charm (our dearest & famous supporter) pun ada dan ketika itu sibuk ke sana kemari mungkin mencari sesuatu yang hilang. Paling best Kak Charm pakai baju Superman, so you are Superwoman for that day! Dah pagi2 tu biasalah, perut pun berbunyi lapar. Sementara kedatangan geng2 TB yang lain Supergirls berpecah untuk bersarapan. SuperH,B dan A bersama Yati menunggu dan Team DAVOM lepak di MCD berdekatan. Manakala SuperZ bersama Kak She dan geng TB yang lain.

Perut dah kenyang, semangat pun semakin membara. Kalau ikut jadual, acara sepatutnya bermula pada jam 12pm setelah selesai sessi pendaftaran. Namun tertunda sehingga 1pm dengan balingan perasmian dari saudara Zainal Alam Kadir. Sebelum acara dimulakan Supergirls, geng2 TB dan TD sempat menyengal' bergambar bersama-sama. Bukan senang nak berkumpul begini, jadi apa salahnya kenangan tu diabadikan.

TB telah menghantar wakil sebanyak 5 team dan ditempatkan di lane 1-5. Kedudukan yang agak jauh dan terpencil mungkin salah satu faktor penganjur tidak sedar ka'havocan' kami. Kalau tidak mesti boleh menang Juara Havoc. Takpelah takde rezeki. Apapun Supergirls bangga dengan kehadiran geng2 TB yang baru seperti adik Amirul, Ummi dan Amir yang pertama kali sebenarnya menyertai kegiatan seperti ini. Biarlah apa orang nak kata, yang penting sorakan yang diketuai adik Amirul itu bertujuan menaikkan semangat pemain2 dan juga untuk memikat pihak juri mana tau kalau2 dapat menang kategori Havoc. Dan yang pasti Supergirls tak boleh lawan kesengalan Effa, Tyka, Syima, Wawa, Atiey, Eita and the gang.

Kemenangan mungkin tidak berpihak kepada geng TB tetapi itu bukanlah alasan untuk kita kesal dan berputus-asa. Kerana bagi Supergirls, tujuan menyertai kegiatan ini lebih kepada untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Alamorphosis. Menang atau kalah adat dalam pertandingan dan Supergirls sentiasa bersedia dengan apa jua keputusan. Ecece.. Apapun, syabas diucapkan kepada semua geng2 TB iaitu pemain2, penyokong2 dan juga tidak lupa buat saudara Zainal Alam Kadir dan Alamorphosis.

Haa..tak tau nak cakap apa dah, jumpa nanti di Pulau Indah Ahad ini ok? Ada apa? Ada apa dengan EBIZA. Hehe..Kali ni Supergirls nak cuba belayar pula, sebab dah penat terbang. And buat SuperA, usaha tangga kejayaan jadi sekarang ni adalah masa anda menaiki anak2 tangga itu. Jangan hilang fokus, bak kata SuperI fikirkan boleh!

Sedikit INFO Bowling Alamorphosis
-Dianjurkan oleh Team Zainal Alam Kadir
-Disertai oleh 48 pasukan dari pelbagai FC pelajar2 AF
-Pasukan Terbaik :Shawal FC - 2317

-Pemain Terbaik Lelaki :Afizal (Alamorphosis) - 602
Perempuan : Leen (Shawal FC) - 533

-Pakaian Terbaik : Anding Fantastic Club
-Juara Havoc : AzlanDaniel (Zahid FC)
-Artis Paling Kecoh :Farhan
-Artis Paling Poyo : Edlin
-Ranking Team Bereh

: Bereh 2 - Ranking ke-15
: Bereh 5 - Ranking ke-27
: Bereh 1 - Ranking ke-43
: Bereh 3 - Ranking ke-44
: Bereh 4 - Ranking ke-46
-Ranking Pertama sudah tentulah Alamorphosis FC!

Friday, November 9, 2007

Jom membowling!


Salam! Err.. Pertama sekali HABIZ nak ucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua warga Malaysia yang beragama Hindu. Heh..cuti Deepavali hari ni..Tapi lebih banyak open house untuk Hari Raya. Ye la, raya tak habis lagi.


Untuk semua sahabat atau lebih mesra 'geng2' sekalian, blog ini tiada kaitan dengan mana-mana individu tertentu dan ia merupakan blog atau catatan bebas, suka-suka, dan apa saja yang berkaitan dengan kegiatan Supergirls HABIZ. Kami juga mengalu-alukan apa jua cadangan topik yang mungkin terlintas difikiran 'geng2' untuk dibincang bersama.


Atas kesibukan undangan terbang ke sana sini, blog ini masih dalam pembikinan. Apapun buat semua 'geng2' sekalian jom kita main Bowling Sabtu ini di Berjaya Times Square! Jumpa di sana!


Friday, November 2, 2007

Supergirls In Da House!



Temui Supergirls HABIZ Sabtu ini, 3 November pada jam 7:30malam hingga 11:30malam di Program Lanai Aidilfitri 2007, Lanai Seni Kuala Lumpur.