Saturday, December 29, 2007

Naza Last Trip for 2007…

Sejak akhir2 ni cuaca memang tak menentu. Mendung, hujan dan kadangkala banjir melanda di sesetengah kawasan SG. Sesetengah tempat memang cuaca cerah walaupun kadang2 mendung macam nak hujan, tapi entah doa apa yang dipakai cuaca ‘maintain’.

Pagi Khamis 27 December, seawal jam 11pagi SG (kecuali SuperH) dan E dah keluar rumah pergi membeli belah katanya. Tak pasti apa yang mereka beli. Kemudian seperti yang dijanjikan SG kena berkumpul di 7E Ampang untuk menanti SuperH yang sepatutnya tiba jam 1tgh hari. Nak kemana?? Last trip SG with Naza akan menuju ke LCCT. SuperH sebenarnya last minute baru dapat ikut. Nasib baik, kalau tak..Hermm tak tahulah. Tu lah rezeki namanya kan. SuperZ,B, A dan E bersabar menanti di dalam Naza. E mengantuk rupanya. Yelah baru balik beraya sakan dari Muar, Johor. Lama betul tunggu SuperH sampai, al-kisah jam teruk dekat Bukit Jalil. Yang lain risau jugak sebab ikut perjanjian pukul 2 kena tiba di hotel nak jemput SuperI dan keluarga, and sekarang dah pukul 1:45pm! Nasib sempat pecut, wah SuperZ meroyan bawak Naza kepunyaan family E. Tapi SuperZ pandai, tak dela nak dudukkan card keselamatan dari kena hijack tu. Ngee..

Sesampai di Hotel, dah nampak SuperI dan family termasuk teman2 TB yang lain. Ada la dalam 3 ke 4 kereta kot. Ni yang baru hantar from hotel ok. Belum masuk yang lain2 tunggu di LCCT. Kitorang belum turun SuperI dah nampak kitorang. Tergelak dia nampak ada orang tu pakai spek hitam. Huhu.. SG pun turun and bersalam2 dengan family SuperI dan geng2 TB. Wah, banyak nya bag!!!! Err..Kata Auntie Tipah, barang2 auntie ngn uncle cuma 2 bag. Yang selebihnya (rasa dekat12 bag!) tu..??? Isk, tak padan ngan kecik. Tapi fahamla, stock barang selama di sini kan. Herm..jenuh ni nak bayar denda weh.. :P

Seterusnya kami pun bertolak ke LCCT. Sepanjang perjalanan SG duk karaoke dan melayan lagu2 jiwang yang pernah ada di blog nih. Adala dekat 15 lagu. Untuk makluman, cuaca baik dan cerah yer.. Sempat jugaklah SuperI ditemuramah (video tunggu kawan SG balik ek). Tapi soalan yang rasanya korang nak tau ialah perkara pertama SuperI akan buat kalau sampai rumah, haa..dia kata dia akan ke dapur dulu and berehkan apa2 yang ada di dapur. Herm..maybe nak memasak atau basuh pinggan kot.


SuperZ ni bawak maintain je, kejap pakai spek sekejap bukak spek..Bukak,tutup, bukak, tutup dah sampai LCCT.. Huhu..kitorang sampai dulu la. Si Jooz, Roy Makay and ermm..keta sapa lagi ek..lupelak mana tah tak sampai2.. And sesampai je kitorang kat LCCT dah ada geng TB yang dah sampai. Eita, Kak She and Kak Su. Tak lama kemudian muncul Effa, Zul, Ct hajar, issskkk ramai la!! Tak tersebut. Haa..ada 2 beradik tu sampai2 dari Phuket pun datang. Kiranya memang jadi cam reunion atau pusat perhimpunan ahli2 Parti Bereh. Korang yang pernah pergi LCCT sure dapat imagine, yela tempat tu tak sebesar KLIA, so kalau dah sekampung geng TB ada berlonggok kat situ memang dah jadi LPPB (Lapangan Perhimpunan Parti Bereh).



Banyak nye beg!!!



Isk, mana tiket nak fly nih..Ayok..



Sempat lagi SG pose ngan beg2 tuh..




Smile... Heee Suka dapat hadiah..



Antara gadis2 TB yang hadir...Wah 2 org berspek!




Antara paparazzi yang membuat liputan..




SuperA tengah control...E cuba menenangkanle konon..



Sesi autograph..

Herm..segala macam paparazzi, semua ada. SuperH dia tak nampak sangat, ye la, pandangan mata dia gelap hari ni. Kuikui. Herm..Sementara tunggu urusan2 penerbangan diberehkan, masing2 mengambil kesempatan bergambar mesra dan kenangan dengan SuperI. Ada sesi autograph, sesi penyampaian hadiah, sesi temuramah, sesi merapatkan silaturrahim (yang perempuan berpeluk2) dan macam2 sesi lagi. Memang non-stop la sesi-sesi ni, sampailah dia masuk ke balai perlepasan.


Herm..sedih memanglah sedih kalau difikir2kan. Tapi SG dah okay. Sedih bukan apa, sebab dah biasa rempit sana sini ikut SuperI especially show2 dia selama ni kan. Anyway, SG gembira sebab akhirnya SuperI dapat sambung pengajian dan juga telah selamat sampai di Tawau, Sabah bersama keluarga tercinta. Rasanya yang lain pun begitu juga especially geng2 TB. Semua ada perasaan yang sama. Dan SG nak ucapkan Selamat Kembali ke Sekolah buat SuperI. Mu belajo rerajin ek. Kalau tengah malam penat study tu lapar and rasa nak makan, takpe..Sebab otak dah penat kan.. Kalau sebab macam ni takpe..Makan je.. Huhu..So All The Best! Cayok2!


Haa..Sabtu ni sesiapa free jom ikut SG pergi tengok sehati berdansa kat PICC Putrajaya, sebelum tu semua dijemput ke Bukit Dukong bersama SG pangkah2 kotak dan pos borang ABP sama2. Mungkin ada yang tak cukup borang so nanti kita boleh padan2kan.

Uhhh..Bayar denda...Hurmm..



From fans...



Memang maintain jer dia nih..



Haa...air mata or tahi mata tuh..?



Herm..dah nak ke balai perlepasan..



Im leaving...


~HABIZ~



Our Supergirl...


Last but not least, dengarkan lagu Supergirl ni by Reamonn(boyfriend SuperH) huhu…

you can tell by the way, she walks that she's my girl
you can tell by the way, she talks that she rules the world.
you can see in her eyes that no one is her chain.
she's my girl, my supergirl.
and then she'd say, it's Ok, I got lost on the way
but I'm a supergirl, and supergirls don't cry.
and then she'd say, it's alright, I got home late last night,
but I'm a supergirl, and supergirls just fly

yes, she's a supergirl, a supergirl,
she's sewing seeds, she's burning trees
she's sewing seeds, she's burning trees,
yes, she's a supergirl, a supergirl,
my supergirl, my supergirl..

and then she'd say that nothing can go wrong.
when you're in love, what can go wrong?
and then she'd laugh the night time into day
pushing her fears further long..
and then she'd say, it's Ok, I got lost on the way
but I'm a supergirl, and supergirls don't cry.
and then she'd say, it's alright, I got home, late last night
but I'm a supergirl, and supergirls just fly.


and then she'd shout down the line tell me she's got no more time
'cause she's a supergirl, and supergirls don't cry
and then she'd scream in my face, tell me that leave, leave this place
'cause she's a supergirl, and supergirls just fly
yes, she's a supergirl, a supergirl,
she's sewing seeds, she's burning trees
She's sewing seeds, she's burning trees,
yes, she's a supergirl, a supergirl, my supergirl, MY SUPERGIRL..


*Takziah untuk SuperA atas pemergian Emon. Sabar banyak2 okay. Be strong! Supergirl don't cry.. ;) Nanti kita cari kucing yang baru..

Monday, December 24, 2007

Bila Aku Sudah Tiada...

Herm..Hari ni dah 24 December, lagi sehari nak menyambut Christmas. Dan masa juga semakin hampir untuk IKON yang SG kasihi pulang ke Tawau, Sabah untuk menyambung pengajiannya. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Nur Heliza Helmi a.k.a Ija.

SG tak nak cerita banyak lagi waktu ini. Masa masih panjang, kerana bagi SG walaupun Ija ke Tawau dan menyambung pengajiannya, Ija masih ada dan insyaallah SG, TB dan peminat-peminat di luar akan terus setia memberi sokongan. Sebagai peminat dan juga teman SG yakin dan percaya perjalanan Ija masih jauh dan panjang, tidak adil rasanya untuk kita membuat andaian untuk masa hadapan Ija. Walaupun di ketika dan waktu ini namanya kian mekar dan mula menjadi sebutan, namun keputusan Ija menyambung pelajaran merupakan keputusan yang tepat. Rezeki ada di mana-mana, namun ILMU di dada adalah bekalan sehingga ke akhir hayat. Dan tak semua mempunyai peluang yang serupa, Ija sungguh bertuah kerana boleh membuat pilihan. Usah takut dan gentar, setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sentiasa penuh dengan pelbagai dugaan, cabaran dan halangan. Rencah-rencah kehidupan inilah yang akan melengkapkan ramuan hidup kita. Apa yang penting, Ija perlu lebih fokus dan tetapkan objektif atau matlamat yang Ija inginkan. Seterusnya cubalah sedaya yang mampu untuk mencapainya. Insyallah berkat doa keluarga, dan semua, segalanya akan berjalan lancar. “Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice; it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.”


Sedikit info tentang Heliza..

Di lahirkan pada 3 February 1986 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Anak ke dua daripada 4 beradik ini merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan bahagia Helmi Hj Hasbi dan juga Latifah Muhammad. Heliza atau lebih mesra dengan gelaran Ija, menyifatkan negeri tempat tinggal beliau ialah 3T: Tawau,Taiping dan Terengganu.

Ija mendapat pendidikan dari;

  • i) SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu(Darjah 1 hingga 4)
  • ii) Sekolah Rendah Konven Taiping, Perak(Darjah 5 hingga 6)
  • iii) Sekolah Menengah Methodist Taiping, Perak(Tingkatan 1)
  • iv) Sekolah Menengah Konven St Ursula, Tawau,Sabah (Ting 2 hingga 5)
  • v) Matrikulasi Labuan Sabah (Tahun 2003 hingga 2004)
  • vi) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Pendidikan Sains (Biologi dan Kimia) Menangguhkan pengajian pada tahun kedua untuk menyertai AF5 dan akan kembali semula pada January 2008)



Senyum lebar...




Pose manja...Adelak yang menyelit belakang tu..




Isk..curi topi Santa!



HABIZ kat lanai show...



Posing with family di Aidiladha...


Dari apa yang kami kenali Ija merupakan seorang yang peramah walaupun kadangkala kelihatan pendiam, mudah mesra, seorang yang mengambil berat, dan juga bijak dalam menangani masalah. Keluarga sentiasa menjadi keutamaan Ija dalam apa jua keputusan yang dilakukannya.

Walaupun baru berada di bidang seni suara tidak sampai 7 bulan, nama Ija berjaya meniti di bibir peminat. Selain menyanyi Ija juga merupakan duta untuk channel baru ASTRO OASIS bersama Mawi.

Lain-lain info..

Pencapaian: Tempat ke-4 AF5 2007
: Tercalon untuk Pencalonan Awal ABP 2007 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular
Lagu: Cinta Di Lautan Lalang (CDLL) & Doa Dalam Lagu (DLL) duet bersama Mawi
Warna Kegemaran:Hitam, pink, merah, unggu dan putih (banyak nye!)
Buah Kegemaran: Manggis, jambu dan mangga jeruk
Makanan kegemaran: Roti,makanan ringan, yang pedas dan..herm..yang halal
Hobi: selain menyanyi dan membaca suka kumpul kasut, handbag dan sweater or jacket
Jenama kegemaran: Tak kisah tapi suka design simple dari Adidas, NIKE, LEVIS dan GUESS.
3 Kartun yang disukai: Snoopy, Sin Chan dan Dragon Ball
Superhero dalam hidup Heliza: Abah, mama dan adik-beradik
Official website: http://www.heliza.com
Official Fan site: http://www.helizabereh.com/web


Buat Heliza Helmi, selamat jalan..Semoga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi. Doa kami sentiasa bersama.

Sebelum tu..dengarkan lagu ni dari kumpulan Hujan. ‘Bila Aku SUdah Tiada’



Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…


Sunday, December 23, 2007

Dinner Channel @15 & Surprise Party Mila


Sabtu 22 dec
, seawal jam 10 pagi superH dah bersiap sedia nak ke office. Huh..hujung tahun ni kan..macam2 kerja perlu diberehkan..SuperZ memang awal2 dah di tempat kerja..payment2..hehe..SuperA hari ni start buka kedai pukul 3ptg..so masih lena diulit intan..and SuperB pula sibuk buat last revision untuk last paper petang nanti..Wah, pagi Sabtu yang sibuk nampaknya...


3pm..SuperH & Z dah tak senang duduk..Kerja pun dah hampir bereh..Malam ni Supergirls dapat jemputan ke 'Surprise Party Mila' di Hotel Concorde KL sempena ulangtahun nya yang ke-20, 23rd December ini. Ermm..tapi hadiah tak beli lagi!! Huhu..So selesai je tugasan, SuperH &Z pun bergegas ke Berjaya Times Square nak cari hadiah Mila. Wah! Sales lagi. Shopping lah kami berdua di BTS. Paling best dapat tambah 'supergirls collection'. :)



8pm..Shopping dah bereh, hadiah MIla pun dah dapat. SuperZ hantar SuperH balik ke kereta di office SuperH (sbb tadi pergi BTS follow SuperZ's car). And malam ni nak pergi ke Concorde pun nak naik satu kereta je, so SuperH akan parking di rumah SuperZ kemudian ambil SuperA sekali. Malang memang tak berbau, tak pernah seumur hidup SuperH tayar kereta pancit. Yang best, dah jalan sampai ke Jalan Loke Yew baru perasan bila cover rim tercabut dan bunyi kuat. SuperH terus bagi signal and park tepi jalan, SuperZ dah kat depan memecut sebab nak kena ambil SuperA pula. Tapi memang SuperH dah panic terus call SuperZ, nasib baik sempat u-turn. SuperH & Z tak sempat charge batery balik shopping tadi, so memang tak larat nak tukar tayar (actually tak reti), memang ada kawan SuperH dah nak datang membantu, tapi oleh kerana dah lambat terpaksa tangguhkan so, dengan Super Berani' SuperH just park kereta tepi jalan tu.

After semua settle malam ni baru berehkan kereta tu. Kami pun memecut nak fetch SuperA. Dah fetch SuperA di kedai, kami terus ke rumahnya sekejap sebab SuperA nak tukar baju and nak bawa video cam yang tertinggal di rumah. Sesampai di rumah SuperA dah jam 9:05pm. perghh.. orang gaji SuperA takde rumah ikut mama dia jalan ke Seremban. Tiada siapa di rumah dan SuperA tak bawa kunci!!! Uwaaa! Tak dapat masuk rumah sendiri! SuperA cuba guna jalan lain iaitu panjat pagar belakang rumah untuk ambil spare key untuk masuk. Malang memang x dapat dihidu pun, SuperA terjatuh and cedera ringan. Aduh..Demi keselamatan bersama, SuperA just ambil apa2 baju yang ada di ampaian dan salin di BP stesyen berdekatan. SuperH dan Z pun kena tukar baju di tempat yang sama. Wah, memang masa kami dah ‘nyawa2 ikan’ kerana jam dah dekat 9:30 dan kami perlu berada di Concorde sebelum 10:30 malam. Masing2 berdoa jalan tak jam..Alhamdulillah kami selamat sampai cepat dari yang sepatutnya..

10:15pm…Sesampai di concorde, abah dah menanti kedatangan kami. Abah ni macam tau2 je tau kami ke sana. Untuk makluman, Annual dinner chat Channel@15 juga berlangsung di tempat yang sama. SuperB mewakili kami ke acara tersebut bersama geng2 TB yang lain dan juga ibu bapa Heliza. Rezeki kami, abah membawa kami masuk untuk menjenguk sebentar majlis tersebut. Ketika itu Mila sedang menyampaikan lagu Persis Mutiara. Sempat lah kami melihat sebentar persembahan Mila, kemudian keluar semula terus ke tempat persediaan ‘Surprise Party Mila’. yang akan berlangsung sejurus selepas Dinner Channel @15.

Review Dinner Channel @15 by SuperB

22 December 2007 makan malam Channel @15 di hotel concorde..

makan…makan..makan….

Akhirnya.. tarikh yang julung kali ku nantikan tiba jua, setelah penat berjuang menjawab soklan exam yakni last paper ku tamat jam 5:30pm sempat la ku me-rempit ke hotel Concorde tp sygnya, hanya diriku SuperB yang hadir ke majlis makan malam nie, nie pun thanks to effa buffday present nie heee, kedengaran the rest supergirls duk sibuk menjalani dugaan and cabaran sabar yer kowng heee…


Jam ditangan tepat jam 7pm, ayok dah lambat nie janji gan ling nak sampai hotel jam 7pm tp berkat doa n langkah pnjng ku slamat tiba di mnorail bukit nenas jam 735pm, tungu punya tunggu nurt calling, miscommunication rupenyer,nasib baek la donurt fetch ku di sinun. Dah sampai hotel kene amil goodie beg for kenduwi malam 23dec ewah..


after transfer
semua barang2 kat bilik sebelah ballroom, sempat gak salam2 with member DAVOM and Mila’s family. Duk sibuk dibuai kemesraan with adek Mila, terlintas dikepala ku, mana Abg Reez nie? Habislah kalau dia lambat datang, pintu masuk dah nak tutup nie.. call punya call upenyer on the way.. Aiseybedah.. So utk langkah keselamatan ku duduk di luar legar supaya senang dilihat oleh Abg Reez. Sampai dua kali ku tepon dier ha.. baru lah sampai adeh.. tepat jam 810pm Abg Reez tiba bersama parents Ija n “kwn abg reez” ehem2..Kak Ida tiba di red carpet, dah daftar, kami pun membuka langkah ke ballroom.. cari punya cari aisey dok meja belakang rupenyer.. our table bernombor 33. bukan nak ckp pe dah la duk 2nd last dari blkng view langsung x nmpak stage.. but heee berkat penyaman udara yang licking, ku mintak tukar meja heee dpt la gak nengok stagenyer.

Dah semua dok menyelesakan diri di meja, kini bermulalah jamuan yang dijanjikan…. Tepat jam 830pm if I am not mistaken lah start majlis dengan memperkenalkan MC pada hari itu Mr Reza ewah..( ekceli x ponah aku dengar pgcara mjmput dirinya sendiri) hehehe. Anyway selepas meng'intoduce diri reza sebgai pegacara pada malam dinner, mjlis diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz sembang Malam(edi). Wah nie ustaz rock rambut style rebonding gitue, selesai doa pembukaan n doa mamam, tibalah masanya kita mengisi kekodongan perut yang tlh tersedia lapo. Haa menu pada malam itu ialah, nasi putih n nasik minyak, sotong masak hape tah, ha ader ikan, ader ayam, ader daging, ader broccoli h memacam lah sampai mama heliza tambah nasik putih campur nasi minyak. Sambil menjamu selera reza mengumumkan persembahan pertama oleh cik HELIZA. Wa, dengan pantas x sempat sentuh makanan ku terus bergegas ke depan stage amik gmbo. Lantak ar pe olang blakng kate heeee

Before that,antara barisan artis yang menbuat persembahan pada mlam itu ialah: HELIZA, aizat, zahid, faizal, mila and mawi.


Persembhan pembuka majlis dipersembahkan oleh HELIZA dengan lagu yang dibawanya kau pergi jua. Kalau diikutkan sebagai artis pertama for sure
nervous membelengu diri artis nie, tp so far ku lihat heliza dapat mengawal ke nervousan dier walaupun ader terkucil sikit, dress up ala2 wanita berkoprat berserta tie yang bertakhtakan berlian berjaya merangkut hati penonton untuk melihat sejauh mana kemampuan vokal heliza. Lagu kau pergi jua x banyak beza dari versi2 yang saya dengar sebelum ini cuba bagi pendapat ikhlas, dari segi adlib konsert af yg pertama still yang terbaik. Anyway, terdengar soksek2 meja belakang, mngatakan penghayatan heliza membawakan lagu ini amat bagus. So what else can I say..baguzz


Seblum memulakan lagu kedua, Ija memberi sepatah dua, menerangkan bahawa ini adalah show beliau yang terakhir sebelum berlepas ke Tawau untuk menyambung pelajaran… sob..sob..sob…

Second song- kesal, saat yang ku tunggu2 yerla hanya lagu nie je lah yang dapt membuktikan vokal heliza. Permulaan yang bagus tp agak kelam kabut bila sampai part muzik laju nak masuk tang “tuk sejenak diri lupakan problema”. Kalam kabut disini bermaksud kalam kabut dari segi showmanship heliza, kerana agak lambat tangan heliza megikut bit gitar yang digoreng. Walaubagaimana pun, ader gak mulut yang ku lihat menganga.. ha… dari kurang org ke depan stage kini dah ramai yang kerumun depan stage utk snap gamba heliza. Interaksi heliza bersama penonton boleh dibnggakan. Shaky semasa heliza menuruni tangga tidak membawa kesan negative, heliza terus menghavockan tempat penonton dengan berlari sambil menyanyi, eh x la sangat berlari tp berlari anak2. So far ku lihat tahap kesemputan heliza masih lagi ditahap tak critical. Which means kesemputan beliau tidak kedengaran sangat weaa…

Selesainya show heliza sesi berbual bicara reza bersama heliza dan sembang malam. Reza siap pomote sembang malam lagi kat heliza.

Sibuk snap heliza nyer picture perut pon dah keroncong then bergerak lah ke meja untuk mamam. cuz lum kuar lagi artis utuk nyanyi. Sambil berjlan ke meja, reza mejemput nenek and mamat pakai tarbus untuk wat sketsa pendek. Tah ape yang di lakonkan haku pun x dengo n x pham tah ape yang kelako wapucitau….


Habis sketsa,reza dah mjemput aizat untuk mbuat persembahan, dek lapo nyer pasai x dapat nak g snap pic aizat but nyayian aizat hanya ley ku lihat melalui screen jerla. Lagu pertama yang didendangkan aizat ialah pepisahan yang di popularkan oleh anuar zain. Tetiba teringat semasa konsert af dimana aizat lebih menghayati n berjaya membawa lagu perpisahan ini sampai berjaya membuat kutsia kahar nanges .. huaaaaa.,,,. Tp hambarnya semasa mkn malam itu, penghayatan nyer seperti ader yang x kena… erm entah la.. ke haku yang mghyati mkanan? Anyway, second song is smooth by rob Thomas. Bagi pendapat ku aizat cuba untuk imitate from original singer. Cara pembawakan lagu aizat ader yang kene dengan bit and sometimes ader kureng sikt la aizat.. over all it’s a ok perfomance I enjoy it bebeh..

Sambil menyumbat mkanan ke mulut n melayan karenah auntie tipah, reza menjemput abg stone selaku ketua chaters di@15 untuk memberitahu sedikit sebnyak sejarah @15, adeh,,,, terdetik kat kepala ooo ni lah stone, yang suke menghuru harakan carpet@15.

Sedikit info mengenai @15. @15 ditubuhkan semasa World Cup 2002, menjadi medium utuk penonton chat sesama sendiri etc… kendian tiba la plak 2 pasangan pengantin yang bertemu jodoh melalui @15. semoga kekal hingga dunia n akhirat ku ucapkan.


Seterusnya reza menjemput noni af5 untuk membuat persembahn,hajat dihati nak snap pic tapi apekan daya, memory full la pulok. So persembhan pertama noni membawakan lagu kiroro mirae. Dress up yang sempoi ala2 pakai bengkung putih kat perut menampak kan noni sedikit depak. lagu nie x ley nak comment cuz ape yang anda dengar semasa di af adalah versi yang sama cume bila second song oleh noni bertajuk asmaradana….ha yng nie pujian diberikan kepda noni kerana tarian noni sedikit mantap. Akan tetapi suare noni mmg lari picing kedengaran nada sempot noni n ketidaksampaian note noni untuk menggapai nada yang tinggi. Yerla dah nanyi sambil menari mane x sompuit..

Anda nak lagi?? Ewah ayat reza, terimalah Zahid…. Ha? Zahid eh x pelah ku duduk je. Cuz ley usha kat TV plsma sebelah kteowng je. Zahid selaku juare af ke-2 mendendngkan lahu bertajuk Baru. Permulaan lagu yang agak baik, samapai ku pikirkan c zahid nie miming ke? Tp lepas agak lama ‘oooo x miming upenye mamat nie” hehehe baru sedar zahid x miming cuz ader mnyak part zahid terkucil. Bukan 1, bukan 2, tp manyak la, especially part suare halus yng cam diujung2 tnduk alaaa.. cam Justin timberlake tu…. Penampilan zahid agak biasa dipandang mata kasar ku ini. Tp xtau lah mata owng laen kn.. second song zahid membawakan lagu nyar sendiri. Lagu slow. Maaf x tau tajuk. Tp kredit diberikn untuk second song zahid.

Selesai sudah nyian zahid ingt nak g restroom upenye ader simple celebration for zahid and mila for their bufdei… epi bufdei kowng dari supergirlshabiz n team bereh

Faizal mengakhiri mjlis tersebut dengar membuat persembhan dengan lagu cintaku milikmu( tol kot!) mcam biasa bagi sesiapa yang dah pi selayang cara nyayian nyer sedibik cam kat selyng so.. no comment. Second song xtatau tajuk la dear..

Tiba giliran bufdei girl mendengdangkan lagu. Lagu pertama ialah pilihlah aku by kris dayanti. Penampilan serba putih menampakkan betapa kicik nyer Mila nie.. eish halus jer budak nie. Mcm biasa suare mila n pembawakan lagu yang lebih kurang original singers. Ad lips la cikit mila ui,, baru variety nada hang. Syyyhhhhpppp!!!! Second song lagu mila yang terbaru karya ajai and loloq. Kedengaran agak biasa, erm mungkin halwa telinga ku lebih pasa suare heliza kot. Third song wahh… mila nyanyi 3 lagu tau. Third song persis mutiara. Mcm biasa lah tiasa kelainan mahupun perbedaan (pendapat diriku yea)

Siapa dari johor?? Teriak reza.. hati haku dah ckp dah… ha mawi la ni2... dendangan pertama Mawi, cinta zulaika. Kuar je mawi dah ramie menanti gn lensa kemera masing.. sampaikn pihak astro terpaska tinggalkan mknan yang sedang dijamah semata dok menjga kejnatanan mawi heheeh,.,, buley dikayakan most of viewrs yg hadir dtng dari peminat mawi sendiri..

Kemudian mawi berduet dgn sembng malam dengan mendengdngkan lagu 1 jiwa, 1 cinta, not bad than gak sore smbg malam nie …ley masuk af6 hee…


Persembahan mawi sebagai penutup majlis sebelum tue, reza mmgil barisan artis yang tlh mmbuat psmbhan kesemuanya utk ke pntas mgmbil gmbo, nyi bramai2 and sesi bertemu peminat, sign n bergambo.…..

Majlis tamat pada jam 10 lebey..

Shopping kat BTS for 'supergirls collection' ni antaranya eh..




Heliza dengan gaya tersendiri..cantik belt..


Noni with Mirae'


Mila with Persis Mutiara


Mawi..Angan & Sedar..


Eh..Ija macam gaya berzanji plak..



Mila & Heliza semasa sesi autograph Dinner Channel@15



Birthday Cake MILA

Review Surprise Party Mila..

11:45pm..Selesai sahaja Dinner @15, dewan yang sama digunakan semula untuk ‘Surprise Party Mila’, and ada tambahan balloon dan hiasan2 yang lain khas untuk event ini. Lampu dewan di padam dan DAVOM dah bersedia di atas stage dengan sepanduk atau banner ‘Happy birthday Mila’ juga 2 cake besar (gambar Mila- sedaaapppp). Kami SG dah duduk di meja khas di hadapan stage. Antara artis2 lain yang turut serta ialah Heliza, Rezza dan Noni.

Tepat jam 12 malam Mila dibawa masuk ke dewan yang gelap tu dan di kejutkan dengan ‘kejutan istemewa’ dari warga DAVOM dan juga tetamu lain. Memang Mila terkejut sampai tercampak handbag Mila. Surprise menjadi dan Mila nampak sungguh terharu sehingga menitiskan air mata sebentar.. Ibu bapa dan keluarga Mila juga ada dan sentiasa memberi sokongan. Seterusnya Mila di bawa ke pentas dan membuat ucapan serta acara memotong cake sebentar bersama fans dan keluarga. Acara makan2 dan bergambar berlangsung seiring dengan persembahan istimewa dari pasangan ‘My Heart’ versi Wan dan Beckham. Memang kelakar bila mereka ‘miming’ untuk lagu yang pernah dinyanyikan oleh Mila dan Ebi di konsert AF5. Wah Wan, make up mu kalah Mila! Ending lagu, rambut pelesu Wan di tarik oleh Mila.. J SG berterima kasih pada DAVOM kerana sudi menjemput SG hadir di party ni. Mila memang sporting dan mesra, sempat tu suapkan cake birthday pada semua yang hadir! Walaupun acara pada mulanya agak terganggu dan terburu2 tetapi semua nampaknya happy dan dapat beramah mesra juga bergambar beramai2. Adik Mila seterusnya membuat persembahan penutup dengan menyanyikan lagu Persis Mutiara. Tomey!

SG di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun yang ke 20 buat Mila, semoga terus berjaya di arena seni suara ini, untuk Ija, jangan sedih okay, mu' gi sambung study kitorang tetap setia di sini..Seterusnya Merry Christmas buat semua rakyat Malaysia! Ho Ho Ho!


Surprise!!!!


Mila & family



Nah Liza..amik kau..hehehe- MIla



SG with Uncle Helmi & Auntie Tipah



SG with Mila



HABIZ



Merry Christmas!


Monday, December 17, 2007

Kuantan part 2

Salam...sebelum review hari ke dua di GSA Kuantan, saja nak cerita sikit beberapa peristiwa sebelum tu. Memang pada mulanya kami dah dapat tempat untuk menginap di Kuantan ni. Tetapi disebabkan cuaca buruk dan pelbagai halangan kami dah cancel book tempat tu. Tak sangka akhirnya berjaya juga sampai ke sini...Herm..bila dah selesai GSA Kuantan hari pertama Sabtu petang tu, perkara pertama yg wajib dilakukan ialah mencari tempat tinggal. Tanya balik tempat sama yg di book sebelum ni.. Dah penuh! Kemudian sementara SuperZ pergi 'ladies first' SuperH dan A jalan2 sebentar di sekitar Kuantan Parade. Herm..Risau gak ni, nak tinggal mana. Jalan-jalan ternampak la kaunter pertanyaan. Dipendekkan cerita, pakcik yang jaga di situ memang peramah dan baik hati, siap provide maps untuk kami. Hotel terdekat yang kami serbu ialah Shah Zann Inn..Dah penuh. Nasib tak baik, 4 hotel seterusnya pun penuh. Wah, nampaknya isu banjir yang melanda Kuantan tak menjejaskan industri perlancongan di negeri ni. Atau mungkin ramai ke hotel untuk mengelak banjir? Tak pasti... Herm...Tak banyak hotel yang kami tahu di sini. Priority memang nak cari yang paling berdekatan dengan Kuantan Parade. Huh...Kepenatan..Lalu kami lepak sekejap di lobi hotel Seri Malaysia (hotel ke 5 atau ke 6). Tengok balik maps yang diberi oleh pakcik tadi. Ada juga hotel yang tak penuh sebenarnya tapi jauh dan mahal! Ada yang murah, tapi menakutkan. Macam rumah tumpangan Ah Seng. (Isk kesian Ah Seng) Akhirnya...Vistana hotel jadi tempat menginap kami malam tu...Jam 8:15 malam baru dapat check in! Huh..sama rupanya dengan tempat pelajar2 AF...


Lupe pulak, sebelum tu SG sempat bershopping di The Store Kuantan. Bukan shopping apa pun, shopping barang2 rumah... Makanan ringan untuk kudapan di malam hari. Ada produk baru untuk dicuba! Super Power Chocolate apa tah...Sedap!!


Perghh..mesti power minum Super Power ni..


Shopping! Yeay!



Waa! finally! dapat tempat
tidoo..


Our workstation..Huh nak jugak banner tuh.. :P

Hari kedua di Kuantan. Seawal 9 pagi SuperH & Z dah tercongok dekat Vistana lounge untuk menikmati breakfast. Daripada nak makan sikit jadi banyak pulak mungkin sebab cuaca sejuk dan hujan renyai2 menambahkan lagi selera makan. Macam biasa ada cereals, french toast, pen kek, nasi lemak, mee kari roti canai dan macam2 lagi...Alhamdulillah...kenyang! Dah selesai sempat 'tapau' untuk SuperA yang masih berada di dunianya sendiri. Seterusnya tepat jam 12pm kami check out, dan bersedia untuk memulakan tugasan. Tugasan?? Boleh dikatakan begitulah, sebab bahan2 tu nanti akan digunakan untuk rujukan,kenangan atau arkib pada masa hadapan.

Ok, jom review! Bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke Kuantan Parade, untuk makluman shopping complex ini betul2 terletak di tengah2 bandar Kuantan bersebelahan Kompleks Teruntum. Besar! Untuk hari Ahad itu sahaja ada 2 show berbeza berlangsung, 1-GSA and 2- Battle of the Band Kuantan. Dua show, maka ada 2 stage berbeza. GSA bermula pada jam 2:45ptg sejurus selepas selesai ujibakat Raja Lawak 2008. Seperti biasa pengacara yang terlibat ialah saudara Zainal Alam Kadir, Farish dan juga Fitri.

Persembahan pertama- Gadis & Bunga oleh Heliza dan Candy
- Wah, lama tak dengar lagu ni! Pertama kali sebenarnya melihat gandingan Heliza dan Candy. Seperti yang semua tahu kedua mereka pernah membawa lagu ini secara solo, oleh itu memang tiada masalah untuk mereka menyanyi berduet pula. Gandingan yang menarik, dan paduan vokal kedua2nya boleh dikatakan serasi. Mungkin memiliki 'key' yang sedikit berbeza, tetapi oleh kerana lagu ini rancak jadi keseluruhannya kedengaran sempurna. Candy bergaya dengan ranggi dengan skirt hitam nampak chicky' dan Heliza kami gelar 'rangyu' =ranggi + ayu dengan sekali lagi baju petak2 atau kotak2 cuma kali ini dipadankan bersama jaket merah.
Skor: 3.5/5

Persembahan ke 2- Hapus oleh Afiq
-Lagu ni pada yang tak tahu dipopularkan oleh band dari Indonesia iaitu NIDJI, konsep band ni macam COLDPLAY atau MUSE. Mungkin dah biasa buat show secara live dan menyertai hampir setiap program 'tour' ASTRO seperti Marhaban dan GSA, banyak membantu Afiq. Vokal yang hebat! Memang sampai mesej lagu tu. Penghayatan Afiq memang SG puji! Cara BEB!
Skor:3.9/5

Persembahan Ke 3- Tak ada Logika oleh Noni
- Huh, Noni memang menari dahsyat! Terhibur dengan tarian Noni dan persembahan yang sungguh bertenaga. Nyanyian Noni pun nampaknya dah ada peningkatan. Tapi lagu2 begini memang memerlukan stamina yang lebih, so di akhir lagu boleh dengar suara Noni dah mengah.
Skor:3.3/5

Persembahan ke 4- Kasihnya Laila oleh Ebi
-Wah!SG betul2 terkejut. Ebi memang mantap dengan persembahannya kali ini. SG pernah tengok show Ebi sebelum ini, dan ini yang terbaik! Walaupun muka EBi nampak sangat macam baru bangun dari tidur(sembab) tetapi show mantap!
Skor:3.8/5

Persembahan Ke 5- Seiring dan Sejalan oleh Fitri dan Nora
-Herm..Lagu ni sebenarnya antara lagu duet favorite kami kalau di sesi karoke. Agak kecewa sebab permulaan lagu lagi dah salah di mana Nora terlupa lirik dan menyanyi lebih awal. Mujur Fitri bijak mengawal semula keadaan. Namun kesilapan berlaku lagi di tengah2 lagu apabila sekali lagi mereka tersilap lirik. Apapun, enjoy jugaklah dengan persembahan dan tarian mereka.
Skor: 2.7/5

Persembahan Ke 6- Korban cinta oleh Aswad
-Lagu slow dari Aswad. Mutu vokal ada peningkatan termasuk penghayatan lagu. Tetapi Aswad masih nampak kekok di pentas. Tangan tu selalu sangat kat kocek seluar. Mungkin tak tahu nak buat apa. Nasihat SG pada Aswad, cuba belajar berkomunikasi dengan penonton, tak semestinya bercakap tetapi body language tu...Mungkin boleh belajar dengan Afiq atau Shawal.
Skor:2.9/5

Persembahan Ke 7- Cinta tak Keruan oleh Shawal
-Gelek weh! Shawal nampak comel dengan gaya rambut ala2 pelakon Jepun. Isk, memang tak payah cakap lah, Shawal kalau bergelek...(kak She suka la tuuu hee) Erm..tak tumpukan sangat pada vokal Shawal sebab sibuk tengok dia dan penari2 latar (pelajar2 AF yang terlibat) duk bergelek di atas pentas. Jangan risau, Heliza tak gelek... : ) Yang pasti selain pakcik2 dan makcik2 yang hadir, kanak2 turut terhibur dengan persembahan Shawal.
Skor:3.4/5


Siapa tak kenal Fitri, Alam dan Farish...Thanks guys!



Dua gadis..Mana Munge???



Noni memang suka menari! Herm..orang tu pun..Erks..



DYZA (Candy+Heliza) memang best hari tu!



Isk..suka tau pusing2 mic tuh..Jatuh kang..



Ebi dan Laila... :)



Aswad dengan gaya tersendiri. Tangan tu.. nanti cek katok!




Cinta tak keruan Shawal...Heee..tak keruan dibuatnya


Persembahan Ke 8- Where is the LOVE oleh Zahid, Nora dan Edlin
-Best! Lama tak dengar lagu ni. Zahid memang terror rapping so memang menjadi lah. Edlin and Nora pun berjaya 78% jadi Fergie'.. Hee..
Skor:3.8/5

Persembahan Ke 9- Berdua lebih baik oleh Zila dan Edlin
-Lagi lagu rancak, namun ada salah lirik lah tapi dapat cover. Ermm...Tak tahulah..Lebih suka version adlib Heliza di GSA Ipoh. :) Apapun vokal Zila memang mantap and terhibur dengan penari latar.
Skor:3.6/5

~~20 minit Game bersama ASTRO~~

Persembahan Ke 10-Aku kau dan Dia oleh Noni
-Haa..Lupa pulak..Noni baru datang tau untuk GSA hari kedua ni. Suka tengok gaya ranggi Noni. Comel. Apapun untuk lagu ni SG puji lagi persembahan Noni yang bertenaga. Vocally tak nak komen banyak tak adil rasanya sebab ini baru kali kedua SG tengok Noni nyanyi live. Yang pasti SG terhibur dengan gaya Noni tarian Noni dan penari latar yang diketuai oleh Fitri. Tau tak Fitri careograph spontan on the stage! Creative kan??
Skor:3.2/5

Persembahan Ke 11- Mahakarya Cinta oleh Afiq
-Lagu ni dipopularkan oleh Faizal Tahir. Sekali lagi Afiq berjaya membawa lagu dengan penuh penghayatan. Iskk dahsyat jugak suara dia ni...Untuk Afiq, teruskan usaha okay, pada SG Afiq boleh pergi jauh. Cayok2!
Skor:3.9/5

Persembahan Ke 12- Seribu Tahun oleh Edlin
-SG terkejut bila Fitri umukan Edlin akan menyampaikan lagu seribu tahun! Lagu ni kan lagu oleh Imran Ajmain. Pendapat jujur dari hati, Edlin berjaya membawa lagu ni dengan baik sekali! Memang versi yang cukup berbeza yelah perempuan yang bawa, dan vokal Edlin memang kedengaran sangat jelas dan lontaran suara yang sempurna. Penghayatan juga hebat sehingga membuatkan penonton semua memberi tepukan yang gemuruh. Isk meremang jugak la bulu roma ni haa...
Skor:4.2/5

Persembahan Ke 13- Kaulah Segalanya oleh Shawal
-Another jiwang song...Herm...Sama seperti persembahan ketika konsert AF dulu...Tak banyak beza, cuma dengar live ni rasanya lebih sedap.
Skor:3.3/5

Persembahan ke 14- Sampai Menutup Mata oleh Heliza
-Yeay! Akhirnya dapat juga dengar Ija bawa lagu ni live! Siapa tak tahu, lagu ni dipopularkan oleh Archa Septriasa. Oh ya, sebelum Ija menyanyikan lagu ini, Zainal dan Fitri sempat memberi Ija peluang untuk membuat ucapan khas. Ini mungkin merupakan penglibatan terakhir Ija untuk tahun ini tour bersama ASTRO sebab akan pulang awal tahun depan untuk menyambung pengajian. Sedih...Oleh itu, lagu ini memang dibawa dengan penuh penghayatan! And for the first time Ija tak banyak adlib! Berjaya membawa lagu ini dengan baik dan walaupun lagu ni slow Ija bijak menggunakan ruang pentas. (kitorg ada rekod tapi nak tengok kena tggu next year, because our uploader berada di luar negara) Isk, korang boleh refer post SG sebelum ni kalau tak tau lirik lagu ni...Memang sedih...Anyway, good try, sekali sekala Ija memang perlu mencuba sesuatu yang baru. Sebab lain orang lain rasa dan pendapatnya, so mungkin dengan membawa genre' yang berbeza2 dapat juga menarik perhatian pendengar baru. Yang penting identiti perlu dikekalkan.
Skor:4/5

Persembahan Ke 15- Yang Kusayang oleh Afiq dan Akma
-Dangdut! Hermm..kali ini Afiq tak kena..Vokal Afiq lah actually tak kena dengan lagu dangdut ni. Bukan genre mu la...Akma okay ada lenggok dangdut tu. Macam biasa lagu2 joget atau rancak mesti ada penari latar yang diketuai oleh Fitri. Dan memang terhibur dengan tarian mereka.
Skor: 3.7/5

Persembahan Ke 16- Hulurkan tangan(tak sure la tajuk lagu) oleh Aswad
-Sorry Aswad. Hari ni tak dapat sengal macam selalu. Macam ni, biasanya bila Aswad nyanyi lagu ni dia akan buat gaya line clear dia and SG dan TB pasti akan follow bersama2. Tapi hari tu SG cuma bertiga bersama Wawa dan adiknya. Masing2 sibuk merekod, mengambil gambar dan memerhati. Banner pun adik Wawa yang tolong pegang. Aswad ajak juga penonton yang lain buat, tapi nampaknya takde sambutan. Herm..
Skor: 3.2/5

Persembahan Ke 17- Can't Fight a Moonlight oleh Edlin
-Hermm..baru perasan, banyakkan lagu Edlin nyanyi? Anyway persembahan Edlin untuk lagu ni tak sehebat lagu Seribu Tahun. Apapun enjoy dengar lagu ni.
Skor:3.6/5


Where is the love..?? Dahsyat.



Hola Zila!



Game bersama ASTRO. Macam main UNO


Betapa bengangnya dirikuuu...Heh, pandai Noni tukar lirik.



Best! Seribu tahun versi Edlin




Penuh penghayatan...



Sampai menutup mata...



Pasangan dangdut 'Yang Kusayang'...




Pasangan WAJA berdansa! Hehe

Persembahan Ke 18- Bukan itu, bukan ini oleh Zainal Alam Kadir
-Sedap! Bukan nak puji, tapi betul jugak orang kata kan. Kadang2 pengalaman tu memang mengajar kita dan persembahan Zainal memang bersahaja. Vokal memang sedap di dengar. Lagu tema Astana Idaman ni dengar Zainal bawa live sama! Huh Lontaran suara, sangat jelas.
Skor:4/5

~~Game sehati berdansa~~ haaa..yang ni nak ulas sikit..Hehe..Game ni rule dia macam ni, penonton kena menari bersama bintang AF di atas satu kertas besar sehingga menjadi sebesar kertas A4. Kaki kedua2nya tak boleh keluar dari kertas tu. Jangan tak tahu cik Wawa kita berdansa bersama Ija. Hehe. Bintang AF yang turut menari bersama penonton, Shawal, Zahid, Noni, dan Candy. kelakar partner Zahid tu aaawwww.. And pasangan WAJA (Wawa +Ija) memang boleh tahan, sebab ke final (ecece) bersama Candy dan pasangan(budak kecik) Oh tetapi bila kertas dah jadi sebesar kertas A4, Ija telah diangkat oleh cik Wawa kita ni, dan keadaan agak cemas juga bila Ija nampak agak seksi ketika itu, dan Fitri sepantas kilat cuba melindungi situasi berkenaan. Haha..Yang pelik tak lama lepas tu pasangan WAJA terkeluar. Rupa2 nya kata Wawa mereka ditolak oleh Fitri..Mungkin niat Fitri nak menyelamatkan keadaan kot. Jadi Candy dan pasangan jadi juara. Anyway semua peserta dapat hadiah. Memang terhibur dengan game ni.

Persembahan Ke 19- Baru oleh Zahid
-Lagu baru dari Zahid. Mula2 dengar rasa macam 'miming'live la..Sorry Zahid. Anyway dah kalau dengar macam sebijik kaset tu maknanya sedap la..Cuma Zahid kurang berinteraksi dengan penonton..
Skor:3.9/5

Persembahan Ke 20- Kesal oleh Heliza
-Version asal. SG memang dah banyak kali tengok Ija bawa live lagu ni. So dalam semua kesal' pilihan pertama SG tetap di-Konsert ke 8 AF5. Dan Kesal kali ini vocally memang jauh lebih baik dari Kesal di GSA Ipoh. Tetapi energy dan showmanship memang menang di Tesco Ipoh dan di Pulau Indah. Gayashow Ija try la bawa lagu Ella yang lain pula. Terlalu banyak Kesal...Erm cuba lagu yang lain pula tengok macam mana kan.
Skor3.9/5

Persembahan Ke 21- My Heart oleh EbiLIn (Ebi & Edlin)
-Wah, bermacam2 gandingan SG dah tengok untuk lagu My Heart ni. Ini pertama kali Ebi bersama Edlin pula..Bagi SG biasa. LABI lebih sedap. Anyway kedua2nya menyanyi dengan baik, and ada part lupa lirik sedikit. Dan yang SG perasan, Ebi memang suka bagi penonton menyanyi untuk lagu My heart ni bila dia berduet dengan orang lain selain Mila. (heeeee)
Skor:3.2/5

Persembahan Ke 22- Yang teristimewa oleh Candy dan Nora
- Lagu nyanyian asal Adibah Nor ini dinyanyikan pada GSA juga ditujukan untuk mangsa2 banjir. Gandingan suara mereka boleh tahan. Namun penghayatan Candy kurang berbanding Nora. Takpelah Candy sibuk turun bersalaman bersama peminat2, Nora memang betul2 menghayati lagu di atas pentas.
Skor:3.8/5

Persembahan Ke 23- Gadis Melayu oleh (Afiq,Zahid, Shawal, Fitri, Zainal, Aswad, Farish dan Ebi )
-Permulaan gaya yang seksi, seterusnya persembahan yang sangat menghiburkan. Mana taknya ada 2 lelaki menjadi perempuan muncul di tangah2 persembahan, siapa lagi kalau bukan Johan dan Zizan. Mungkin sebab lagu ini di bawa beramai2 jadi paduan suara memang menjadi. Best pulak rasa jadi gadis Melayu. heh..
Skor:4.3/4

Persembahan Ke 24- Goyang Inul oleh Akma dan Edlin
-Gamat dibuatnya pentas GSA bila lagu ni. Yang menyanyi 2 orang tetapi yang menari rasanya semua kecuali Heliza dan Zila. Pelbagai aksi dan gaya. Gelek lagi laa...
Skor:4/5

Persembahan Ke 25 & 26- Mengejar mimpi & Kenangan Terindah oleh semua artis dan bintang AF
-Best! Memang best nyanyian beramai2 ni. Semua yang terlibat menyanyi bersama2. Sedih sekejap bila lagu kenangan terindah dinyanyikan. Penonton2 pun turut diajak bersama menyanyi. Ni memang antara lagu kegemaran SG. Herm..feeling sekejap. :) Anyway apa pun yang berlaku disekeliling kita sekarang memang akan menjadi suatu kenangan di masa hadapan.
Skor: Isk...tak yah skor la..
tapi dengar betul2 eh persembahan Ija kalau dilihat memang tak banyak beza. Mungkin lepas ni kalau ada

Zahid dengan lagu BARU nya.



Kesal oleh Heliza



Resahku!



Dua gadis melayu yang menawan! Erks...



Goyang Inul versi Akma & Edlin. Farish dan Noni lawan gelek!


Wah tingginya angkat tangan...



Haa...cari partner cepat!



Sama-sama...Mengejar mimpi...



Sempat pose' :)



Noni, Heliza, Zila, Alam & Farish...



Cedey eh...

Berakhir je lagu Kenangan terindah maka berakhirlah juga tour GSA untuk tahun ini. Tahun depan memang ada lagi GSA. Ini merupakan acara tahunan ASTRO. Tapi lainlah pula bintang2 AF yang bakal turut sama menjayakannya. Tak payah lah SG cakap rasanya semua tahu, tujuan utama SG pergi pun memang mewakili TB untuk support Ija sempena show2 terakhir dia sebelum menyambung pengajian. Gembira, walaupun pelbagai halangan dari mula cerita GSA Kuantan, akhirnya semuanya BEREH! Untuk geng2 TB yang tak dapat join jangan risau, tunggu kami akan share video tu seperti biasa di Youtube apabila rakan kami pulang dari Africa eh. Huh banyak tugasan mu balik nanti. Kami akhirnya pulang ke KL pada jam 8:15 malam dan jalan sememangya tenang. Banjir pun semakin surut, dan sama2 lah kita berdoa semoga semuanya pulih seperti biasa. Sebelum mengakhiri post ni SG nak ucapkan Happy Belated Birthday buat SuperB aka Baiah yang menyambut ulangtahun ke 21 baru2 ini pada 16 December 07. SuperB tak menyertai kami kerana sibuk exam. Good Luck eh... Untuk semua, Selamat menyambut Aidiladha 20 December ini. Maaf kami pinta jika ada salah dan silap...Bereh!!!