Wednesday, June 3, 2009

Bila Heliza benar2 menjadi Cikgu...



Salam semua..hai hai hai hai…First of all thanks untuk semua geng yg dah pun menonton SC (bukan SG ye). Alhamdulillah tak sampai 2 minggu tayangan kutipan dah pun box-office ye (as at today dah 2million over). Ha…tengok le lagi..Macam kate org tu..Mari le KOME’ ..heee..


Minggu lepas (30 & 31 May lalu) SG berkesempatan terbang ke JB untuk sama2 memeriahkan karnival Jom Heboh anjuran TV3. Ikut kan ini first time SG ke Jom Heboh..Dan first time jugak menjejakkan kaki (betul2 jejak ye..) ke Danga Bay. Memang best! Semuanya yang ’kali pertama’ ni sememangnya best la..Hee..


Apa yang paling best..Surprise! Heliza a.k.a Ija pun ada jugak di Jom Heboh tu...’Heliza Tu.!’ (gaya Ok la Tu..-Saida) Kenapa Ija ada di sana? Ha...itu yang kita tak tau..Tapi kepada yang tengok Melodi Ahad lalu mesti tau kenapa Ija ada di sana..SG nak simpan cerita tu..biarla Ija sndiri yg cerita ye di blog dia nanti ke apa..Hee..Apapun orang JB memang best! Thanks buat semua yg datang petang Sabtu & Ahad haritu..Ramai yg confess dah tgk S.C smpai 2,3 kali..Cayalah! Buat Clora & family..Thanks jugak..Cedapnyee rendang..He...Ayah Clora yg gagah perkasa memperagakan t-shirt Team Bereh, mmg macho. Hee..tQ uncle..


Kemudian..Isnin lalu..1 June 09..Wah! dah June dah! Cepatnyee masa berlalu! Jgn lupe ye bnyk event2 penting June nih..(6 June-Bereh Paint ball,8-10 June-ada org kene jual sayur,15 June-ada org jd cikgu, 19 June-ada orang ehem..,dan seterusnyeee..)


Oh ye 1 June haritu..Satu transformasi telah berlaku..Nope..bukan transformasi sbnrnya..Tapi sesuatu yg sungguh luar biasa! Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata2..Kata SuperH..’I’m Speechless!’ Apa kebendenye yg berlaku?? Ha..ni nak cerita ni..


Malam tu, Heliza a.k.a Ija mendapat undangan khas di Universiti Malaya (UM), KL. Memang undangan ni private dan juga pertama kali Ija dapat follow..Tu sebab tak dapat nak bawak ramai2..And..’MasyaALLAH’ ramainyaaaaa pelajar2 yang terlibat dalam program ini yg bakal Ija temui untuk persembahannya nanti. Seperti biasa, kami tiba satu jam awal sebelum acara sebenar bermula. 8 Malam dah smpai..Program start 9mlm di Dewan Tunku Chancelor (DTC). Tau la kan..Dewan Chancelor macam mana punya besar! Boleh muatkan lebih 2ribu orang! Sepanjang menunggu, Ija sempat berlatih di dalam kereta..Tetapi..apabila melihat begitu ramai pelajar2 yg datang tak putus2 masuk menuju ke dewan, membuatkan kami betul2 terpegun. Ramai giler!!! Bayangkan diorg datang dalam kumpulan yg sangat besar..Macam askar2 zaman Rome dulu nak pergi berperang..Fuh..cheq plak kecut noo..Dan kami difahamkan oleh penganjur, pelajar2 yang terlibat dalam program ini lebih 1800 orang dan mereka adalah pelajar2 tingkatan 4&5 yang terpilih dari sekolah2 seluruh semenanjung Malaysia! Rasanya korang mesti ada pengalaman ni kan..Kira macam program motivasi masa cuti sekolah..Bestnye..rindu plak zaman sekolah..


Berbalik kepada persembahan acara malam tu..(acara sblm tu, maaf kami x dapat tgk sbb sibuk menerima penerangan dan berkenalan bersama penganjur dan seketariat2 yg terlibat). Apapun acara kemuncak ialah persembahan dari 3 artis..Selain Ija, Nazri (Raihan) dan Noni juga terlibat..Ija membuat persembahan ke dua selepas abg Nazri..


Nak tau..sepanjang mengenali Ija..dan mengikuti hampir setiap persembahan2 beliau..Buat kali pertama...malam tu..Jujur sejujur2 nya merupakan persembahan paling ’Hebat’ yang pernah SH saksikan. Hebat’ di sini merangkumi pelbagai aspek..Ok kita cerita sikit ye sedikit suasana malam tu..


Bayangkan Dewan Chancelor yang besar 2 tingkat(lebih besar dari stadium futsall Bukit Jalil tuk konsert2 AF7 tu) memang penuh dan padat dgn penonton. Adapun hanya beberapa kerusi kosong (dlm 5-7 di bahagian hadapan sbb kerusi tu ‘reserve’ jika ada vip2 yg datang kemudian) Lampu dewan di padam..Gelap...Muzik lagu Penasaran versi remix Ija di pasang..Dewan gemuruh! Utk makluman, pelajar2 ni mmg tak tau dgn kedatangan Ija..Kira Suprise laa..Dan tiba2 ...Ija pun menyanyi..Hanya lampu satu spotlight mengiringi Ija. Dan..jeritan2 makin kuat...Sangat kuat sbnrnya..sehingga x boleh nak dgr dgn jelas nyanyian Ija mula2 tu..Ija pun cakap dia x dpt dgr muzik dgn jelas pd permulaan persembahan..Ija datang dari arah pintu masuk dewan (depan..) dan melalui bagai karpet merah..meredah lautan manusia..sehingga ke pentas utama..MasyaAllah..I’m totally speechless!..Mereka menjerit! Melaung2 nama Ija dan ada juga yg sama2 berlari mengikut Ija ke arah pentas..Yang duduk di bahagian atas pula hampir semua berdiri! Ada yg memanjat kerusi dan turut sama menjerit! Walaupun agak gelap tetapi cahaya lampu dari pentas sedikit sbnyk membantu.. memang keadaan sukar di kawal..mujur seketariat2 yg bertugas cepat bertindak..Jadi laluan Ija walaupun sukar..Tapi selamat..(SH- serious rasa mcm kat konsert Madonna or Britney)


Audience..Sangat HEBAT!!! Dan mungkin faktor ini lah yg membuatkan si penyanyi menjadi lebih Hebat dan luar biasa.


Sepanjang Ija menyanyi..memang tak putus2 sorakan, jeritan dan tepukan gemuruh mengiringi persembahan Ija..


Namun apa yg SH benar2 kagum ialah melihat Ija sendiri..Ija menyanyikan 3 lagu ye malam tu..Penasaran, WSTJ (warna sendu tarian jiwa) lagu baru beliau yg masih dlm proses mastering) dan lagu terakhir..lagu Standing in the eyes of the World..


Ija berjaya memukau hadirin, terutamanya golongan2 intelek (spt cikgu2 dan vip2 yg hadir) juga pelajar2 sndiri dgn ucapan berunsur nasihatnya yg bg SH sngt sndiri sangat bersahaja..Namun, kesannya sungguh mendalam..Gaya ucapan Ija pada malam itu mmg benar2 berbeza dr biasa..Ucapan yg begitu jelas dgn intonasi benar2 spt sorang pendidik yg berkarisma..Bukan nak memuji..Tapi ini lah hakikatnya..SH sndiri kagum smpai x boleh nak buat apa2..Ija berkongsi pengalaman diri sndiri dan juga realiti kehidupan teman2 yg berjaya untuk menyuntik semangat pelajar2 ini..Yg membanggakan tepukan dan sorakan gemuruh juga tidak putus2 walaupun ketika itu..Ija bukan menyanyi..tetapi sedang memberi sedikit panduan dan nasihat..


Tentang nyanyian..memang pd permulaan suara Ija x kedengaran sbb selain jeritan luar biasa penonton..mmg muzik juga terlalu kuat..Tetapi sambutan ‘luar biasa’ penonton..kekurangan ini mmg x lansgung di sedari..Di lagu kedua, Ija bijak bermain emosi bersama penonton..Ija mengajak penonton sama2 menghayati lirik lagu WSTJ yg maksudnya sgt dalam dan berguna..Dan semestinya...Lagu terakhir..membuatkan seluruh dewan turut sama menyanyi..Sekali lagi Ija bijak berinteraksi dgn semua penonton..Penggunaan pentas yg sgt baik.. dan bukan setakat di pentas..mereka yg berada di bawah juga di layan dgn begitu adil..setiap sudut dapat merasai kehadiran Ija... Lagu ini benar2 menyuntik perasaan dan semangat semua yg hadir..termasuk SH sndiri..hek..


Hebatnya malam itu...Selain menyanyi..bg SH Ija berjaya memberi semangat dan perangsang kepada mereka yg memerlukan. Mungkin ini langkah awal untuk Ija sendiri pelajari atau gunakan dan menjadi lebih baik bagi benar2 memahami...Mulianya tugas sebagai seorang pendidik..Untuk Ija..again..Congratulation! BSURSICUB4. Really Proud of you!


*Memang ada sedikit rakaman video waktu diorg bukak lampu dewan, x sempat nk transfer lg..S.A.B.A.R k..*

Sunday, May 17, 2009

Syurga Cinta memang menjadi



Sebelum tayangan..Big Boss David Teo memang best!


12 May lalu, SG berpeluang mengikuti Preview filem Syurga Cinta yang diadakan di TGV Mines, Seri Kembangan Selangor. Seawal 9:30 pagi Heliza telah tiba di tempat kejadian. Abang Nas dan team Terjah Melodi juga tiba awal dan sementara menunggu ketibaan yang lain2, kami bersama2 Abang Nas dan team Terjah menggunakan sedikit masa yang ada untuk mengisi kekosongan perut di pagi hari. Perkenalan singkat selamat beberapa minit itu, benar2 mengubah tanggapan kami kepada Abang Nas. Abang Nas bukan lah abang ketak seperti yg digembar-gemburkan.ganas, garang, suka menekan dan macam2 lagi. Ternyata Abang Nas seorang yg sangat soft spoken, berbudi bahasa dan juga banyak memberi nasihat2 dan tip2 yang baik untuk mereka yg bergelumang dengan dunia seni ini samada secara langsung atau pun tidak. Thanks Abang Nas. Hee.. (oh ye ada video SG- SuperZ terjah abang Nas, tggu nnt kami upload ok)


Seterusnya tepat jam 10:30 tayangan Syurga Cinta pun bermula..Filem selama 90 minit ini tidak terasa panjangnya bg SG. Sejujurnya jika diamati jalan cerita Syurga Cinta tidaklah seberat filem2 cinta lain yang pernah kita lihat. Tetapi SG benar2 kagum dan tersentuh dengan mesej yg di bawa di dalam filem ini. Cuba anda hayati dan fahami setiap bait2 kata yang keluar dari Cikgu Syuhada (Heliza). Terlalu banyak maksud yg tersirat yang boleh kita kupas dan fahami dengan lebih dalam lagi. Tahniah kepada penulis skrip. Seperti kata Ahmad Idham, adakah kita seorang Islam yang di faktor, atau seorang Islam yang benar2 memahami apa itu Islam dan mengamalkan ajarannya..




with Abang Nas Terjah!




Heliza & Lisa



Filem ini juga mengupas persoalan cinta dan jodoh...Jodoh dari Syaitan, Jin dan Allah SWT. Paling penting, filem ini tidak sama sekali memerlukan hero (Irham-Awal)dan heroin (Cikgu Syuhada-Heliza) nya bersentuhan tangan, mengungkap kalimah2 cinta dan berdua2an atau bermesra..Namun, kekuatan cinta yang wujud antara mereka dapat kita rasai..Kekecewaan dan penindasan yg berlaku kepada Cikgu Syuhada mampu membuat kita mengalirkan air mata...Kenakalan dan kepetahan Ikmal (Hadziq) pula membuat kita sentiasa tersenyum dan ceria.


SG juga sempat bertanya pendapat2 mereka yang hadir setelah selesai tayangan.


Abang Nas- Heliza berjaya menjadi pelakon..bukan berlakon..Maknanya, Heliza berjaya membawa watak Cikgu Syuhada dengan baik bukan dirinya sendiri iaitu Heliza. Saya akui cerita ini membuat saya menjadi sebak...Itu yang mahal tu..

Lisa – Tahniah! Memang menyentuh perasaan. Hampir2 menitiskan air mata.

Kak JJ Bintang Kecil – Filem yang menarik, rasanya belum ada lagi cerita begini yang difilemkan. Heliza boleh pergi jauh. Memang mampu buat orang menangis.

Shira M.I.G- Best! Untuk mereka yang baru nak bercinta, sedang bercinta, atau belum bercinta. Tengok cerita ni!

Raja Farah – Good movie! Congratulations!





Dikemuruni wartawan-wartawan

Untuk komen2 lain anda boleh layari

http://www.hmetro.com.my/Thursday/Rap/20090514083850/Article

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0517&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_27.htm&arc=hive

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0517&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/13/mstar_hiburan/20090512213905&sec=mstar_hiburan

Komen paling menarik ialah komen dari Suzan Ahmad, Berita Minggu, Bi Pop, 17 May 2009- Mengenal terjemahan Cinta Sejati (belum ada online punye)


Bagi SG, mengenali diri Heliza sebagai Heliza Helmi, dan melihat lakonan beliau sebagai Cikgu Syuhada di dalam Syurga Cinta; sememangnya sesuatu yang berbeza. Heliza yg dikenali bukan lah yang mudah mengalirkan air mata atau berbicara romantik juga menggemari hal2 berkaitan cinta. Ternyata beliau telah membuktikan yang beliau mampu juga menggalas tanggungjawab yang diberikan untuk melakonkan watak Cikgu Syuhada. Tahniah! Memang banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki. Namun pengalaman pertama ini harus dijadikan sebagai panduan untuk masa hadapan. SG harap selepas ini Heliza dapat memegang watak yang berbeza pula, mungkin watak komedi atau yang lebih mencabar..watak physcho. Insyaallah..segalanya mungkin..Yang penting... S.A.B.A.R.


Terima Kasih buat semua yang terus menyokong Heliza dan Team Bereh. Jangan lupa saksikan Syurga Cinta di pawagam 21 May nanti!


**SuperH tgh merindui A.B.I.Z neh..** Hee..

Oh ye! Jangan lupa Road Tour SC KL next week! Dan 6 June nanti ada Bereeh Challenge! Jum!




Wednesday, May 6, 2009

SG nak tgk SC!


Salam! Yeay! Merdeka! Hee...Tahniah ye untuk semua yang dah berjaya selesai exam. SuperB belanje laa.. SuperH, sabar je la..Long way to go. Pape pun, cite takkan HabiZ di sini..Ingat..'apa yang penting!..? Kerjaaaaa samaa! ' Huhuuu..

Rasa cam nak men tembak2 lak..Paint Ball ke..Aih..Tapi sebelum tu..Apa kata kita gi jalan2..Dah berminggu-minggu kita busy je dgn hal masing2, kerja, kerja dan kerja..makan..makan..dan makan..Jum bercuti! Yeay..Cuti2 Malaysia. Kira cam Road Tour gak la tu kan. Cakap pasal Road Tour, apa kata kita ramai2 konvoi ikut Road Tour Syurga CInta minggu depan..Dan minggu2 akan datang. Haa..Dah lama kan tak berjumpa sesama Team Bereh. Jum2.. Papehal, roger2 ok..Bereh! Jumpa anda di sana!!!


Ehem..Bila Heliza dan Awal menyanyi... :)




Saturday, May 2, 2009

T-Shirt Team Bereh!


Salam! Ehem..Nak promo sikit..Syurga Cinta tak lama lagi akan ditayangkan..And Ija pun akan terlibat dengan banyak event and road tour. So, untuk Team Bereh, jum ramai2 dapatkan baju Team Bereh samaada versi Syurga CInta or yang biasa. Nanti, boleh la kita sama2 pakai masa ikut road tour Ija, and juga masa event2 yang dianjurkan oleh mana2 FC. Takpun, pakai kat kat mana2 pun boleh..Sebab, kain dia memang berkualiti..Sedap pakai..Harga pun berpatutan. Hek..


Apa2, korang boleh terus contact Kak Zeq ok! Cepat2! Order sebelum 10 May 09.




Yang ni without wording kat belakang.





Ni Versi Syurga Cinta ada wording kat belakang


Sunday, April 19, 2009

Salam semua!


Salam! Apa khabar korang semua? Sorry kebelakangan ni kesibukan melanda dan ada beberapa masalah yg tak dapat SG elakkan. So, blog terpaksa di tutup sementara. Sementara je hokey! Insyaallah selagi hayat di kandung badan, SG akan tetap mem blog. Dan rasanya semua pun tahu, inti pati kandungan cerita2 kami mmg berkaitan dengan kegiatan semasa kami. Jadi harap2 tiada lah isu ye. Kalau ada yg tak berpuas hati sudilah kiranya berjumpa kami terus. Jangan pandang belakang, eh silap..Jangan cakap belakang! Haa..Bereh je!



Sekali lagi SG nak jelaskan disini, kami ni bukan persatuan atau badan2 berkanun ye. Kami adalah sekumpulan sahabat, kawan, teman dan boleh dikatakan teman rapat seperti adik beradik pun ye. Kami ditakdirkan berjumpa dan bersama semuanya kerana Heliza Helmi. Mungkin ada lagi yg masih salah faham, SG ni apa? SG ni hanyalah gelaran atau panggilan semata2. Supergirls. Gelaran tu pun kami dapat secara tak sengaja apabila diberi oleh abang Zainal Alam Kadir semasa mengikuti Gempak Selebriti Astro 2 tahun lalu. Dan kebetulan kami juga amat menggilai jenama DC (Disney Cartoon) dan super hero Superman & Supergirl. Kemana2 selalunya kami selesa mengenakan jenama DC nie.. Simple dan menarik. Jadi, secara tak disengajakan gelaran itu melekat sehingga kini.



Namun, kami juga sebahagian daripada TB iaitu Team Bereh daripada Heliza Bereh. Jadi segala aktiviti rasmi bersama TB sudah tentu kami akan cuba turut serta bersama2. Tapi kebanyakan catatan diblog ini adalah kegiatan tak rasmi kami bersama. Macam korang jugak..Ada aktiviti sendiri atau masing2.. So tulis dan update diblog sendiri..Bezanya blog kami di adalah blog bersama2.. kerana kami selalu bersama..Aktiviti kami kebanyakannya bersama. Munkin faktor tempat tinggal juga menjadikan kami mudah menghabiskan masa bersama. Walaupun tak selalunya complete’ tapi kami memang tahu dengan aktiviti masing2. Jadi, harap2 tak timbul soal kenapa SG? Sebab, SG bukan sesiapa pun..Kami hanya manusia biasa yg mempunyai minat dan citarasa yg sama. Itu aje ye.



Dan kenapa kami asyik cerita pasal Heliza je..Sebab mmg kami paling suka pada dia je.. Hek..Sorry kalau ada yg kurang senang. Tapi itu adalah kenyataan dan kami pun x boleh hipokrit…Perasaan tu memang tak boleh dipaksa2..Dan memang itulah pun perasaan kami. Jadi, apa salahnya jika kami terus setia dan mengikuti perkembangan Heliza kan? Dan di harap peminat2 Heliza di luar sana tak kira yg baru atau yg lama, jangan lah lagi ada perkara yg di simpan di dalam hati. Apa salahnya kita sama2 terus menyokong sesiapa sahaja yg kita minati. So hidup pun lebih happy.



And untuk semua, 21 May nanti..Syurga Cinta akan berada di pawagam.. Jom kita tgk ramai2! Bereh!!




Monday, March 30, 2009

Tahniah Malaysia!


Salam all! Alhamdulillah kita masih berada di bumi Malaysia yang aman dan makmur..SG tak nak la bercakap tentang politik. Tapi sebagai rakyat Malaysia yg prihatin, persidangan akhir UMNO baru2 ni memang menyentuh perasaan. Apabila bekas pemimpin dan negarawan, kembali bersatu bersama pemimpin sedia ada dan juga bakal pemimpin..Rapatkan Saf' sememangnya satu pilihan yang bijak. Tak guna kita berlaga sesama kita sedangkan banyak lagi masalah dan perkara2 penting yg perlu kita tangani dan hadapi.


Pada SG, setiap perkara buruk atau yg tidak baik berlaku sebelum ini, pastinya akan membawa seribu hikmah di masa hadapan. Tak kiralah di mana pun kita, dengan kulit dan warna berbeza kita tetap hambaNYA yg tak lari dari melakukan kesilapan. Apa yg paling penting, kita perlu sedar, bangkit dan berani berubah untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Sama2 lah kita terus berdoa semoga Malaysia terus aman dan makmur..Jangan terus2 an menghukum..Cuba lah sesekali kita memberi peluang..dan ruang...Dan jgnlah pula peluang itu disia2kan.. Teori R.A.H.M.A.N untuk perdana menteri Malaysia akhirnya benar2 berlaku..(teori ini telah ditulis buat pertama kalinya oleh Abd Bashid Harun dan tersiar dalam akhbar tabloid, Mingguan Tanahair pada tahun 1987)

Ha..Earth Hour baru2 ni, memang menjadi. Tahniah Malaysia kerana turut serta membantu misi satu jam ini. SG ada jugak sebenarnya video sendiri untuk Earth Hour ni..Tapi tak dapat kelulusan BKP untuk dikongsi bersama anda.. Hehe..so layan la video di bawah ni..Ada banyak sebenarnya yg menarik. Kalau korang free, Google la sendiri.






Friday, March 13, 2009

Hanya satu jam..



Salam! SG tersangat la busy lately. Just nak share dgn korang semua 28 Mac 2009 ni Seluruh Dunia akan mengadakan 'Earth Hour'. Untuk Malaysia, waktu tempat kita adalah pada 8:30malam.

Apa kebende nye 'Earth Hour' tu?? Haa..Senang je, dalam satu jam, dunia akan mengalami kegelapan..Hek..Kegelapan selama satu jam ni adalah untuk bumi kesayangan kita. 'To STOP Global Warming'.

Apa yang kita perlu lakukan? Hanya tutup semua lampu yang ada tepat jam 8:30 malam pada hari Sabtu, 28 Mac selama satu jam. Sebenarnya acara ni dah lama di adakan di negara2 maju dunia macam Australia, Japan, Europe dan banyak la. Tapi buat pertama kali tahun ni acara ni di jadikan acara seluruh dunia.


Nak tahu lebih lanjut? Layari http://www.earthhour.org/ and untuk Malaysia korang just scroll down pilih country Malaysia

Tengok video nih