Sunday, March 23, 2008

Konsert Pertama AF6...


Ha…macam mana first konsert AF6? Terkejut?? Permulaan yang sungguh membosankan. Sesi perkenalan pelajar yang agak kelam kabut..Paling ketara semasa giliran Lufya.. AC pulak semacam kehilangan identiti. Dah biasa tengok dia di AC di sini..Tapi pertengahan konsert AC nampak mula cuba menguasai pentas. Yelah ..5 tahun tu Aznil jaga..Apapun percubaan yang berani lah kan..Kita tunggu 2nd konsert..


Tak nak komen semua pelajar. Cuma beberapa pelajar yang mencuri perhatian. Mama Rina membuka tirai konsert AF6 dengan baik bagi SG. Mood Mama Rina dari ekspresi wajah memang agak lari dari mood lagu. Mungkin sebab terbawa feel sedih atau sayu selepas panggilan anak dan cucunya. But suara Mama Rina memang ada class tersendiri. Mama Rina tarik relax je..Huh kagum..


Nadia pelajar seterusnya yang berjaya mencuri tumpuan. Memang tak serupa langsung dengan Hetty Kos Endang. Dahsyat suara dia. Mungkin ada part dia terlebih ’meneran’ atau menekan but at least dia boleh menyanyi. Confident level pun bagus. Tak sabar nak tunggu next song Nadia. Kalau nyanyi lagu2 Alicia Keys pun best nih. Tak pun Macy Gray ke..Kan..


Cakap pasal Alicia Keys, camana Stacy
bawa lagu dia? SG rasa cool. Bukan senang nak bawak lagu nih. Try dah karoke. Susah..Sakit tekak..Cuma Stacy terlalu dibayangi Cik Kunci. Identiti sendiri tu penting. Takpe, cepat2 cari eh Stacy..


Ha..next is Akak Saida..Sebabnye..Sebab dia kakak Tok Ti kot..Memang tak boleh nak lari, ye la dah memang dia kakak CT kan..Biasa je..Tak de yang luar biasa.
Tapi kenapa eh time dia nyanyi stage cam luar biasa tetiba.. Suka komen kak Ogy, kenapa eh..Bila menyanyi kena buat gaya pusing kepala kiri dan kanan `ala2 gaya Ella’..Time nih kesian pun ada kat kak Saida. Tapi ni kan reality show..So Kak Saida kenalah belajar terima kritikan kak Ogy tu eh..


Lelaki pulak..Takde pulak yang best konsert pertama nih. Yang okey sikit pun Toi dengan Stanly. Biasa je..Nubhan suara dia sedap jugak..Tapi tahla..Still dalam kategori biasa2..


Yana jadi pelajar pertama terkeluar. Terkejut? Ha..Kalau dari 3 orang tadi la kan yang peratus terendah tu.. Siapa yang sepatutnya tinggalkan akademi? Korang rasa..??


Psst..perasan tak kat konsert tadi ada siapa..? Siapa eh..? Huuuhuu
Cop..Jenguk kat web rasmi AF6, kedudukan terkini ..Herm..


STANLY 26%

SAIDA 17%

NADIA 11%

STACY 11%

NUBHAN 8%


**Jom dengar Nadia nyanyi lagu 'Rindu'


Kumis tipis hiasan
Wajah tampan rupawan
Semua yang ada padamu
Membuat hatiku tak menentu

Tunggu-tunggu kutunggu
Nanti-nanti kunanti
Hari-hari kulalui
Tiada berita hal darimu

Akhirnya kutahu semua itu
Kau kini telah berdua
Hancur hatiku jadinya
Hancur hatiku jadinya

Malampun sepi tanpa bintang
Bagai hatiku yang bimbang
Memikirkan kau seorang
Kucoba tuk melupakan
Wajah tanpan nan rupawan
Yang hilang dari pelukan

Namun mengapa dimata ini
Wajahmu selalu terbayang

Friday, March 21, 2008

Cinta Tiga Segi...

Salam Maulidul Rasul semua..And happy belated birthday to mama SuperH yg ke-51 (20 Mac). Semoga sihat selalu dan diberkati Allah S.W.T.

Tiba2 rasa nak cerita pasal lagu Cinta Tiga Segi. Baru-baru ni, lepak dengan member2 lama di Bangi. Macam2 cerita lama keluar. Gosip tu biasala kan. Tengah duk lepak2 tu tiba2 sorang member ni handphone dia berdering.. Ringtone gila mendayu..Member ni plak kebetulan pergi toilet. So lama la lagu tu dimainkan.. Pendekkan cerita, tanya la lagu apa kau pakai tuk ringtone ni? Sedih gile lagu.. Oh, ni nyanyian Arwah Hazwan banduan yang bunuh tunang dia tuh..’jawab member.

Dah dengar cerita dia, dengar juga pelabagai version cerita dari pelbagai sumber. Isk..antara nak percaya atau tak..Tapi cerita ni jadi bualan hangat. Sampai kat @15 pun kecoh. Bila dah buat kajiselidik dengan beberapa info, memang lagu asal ni di buat oleh Ayie pada tahun 1999. Namun lagu ni tak lah sepopular mana sebab takde labels or record. Tapi sekarang dah jadi popular pulak, semuanya lepas lagu ni jadi permintaan terakhir oleh seorang banduan sebelum dihukum gantung di penjara Kajang.

Allahyarham Mohd Hazwan Wafiy Bin Abu Hassan membuat permintaan terakhir menyanyikan lagu ini sebelum dikenakan hukuman gantung kerana membunuh tunangnya seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Sumber turut memberitahu arwah terlalu menyayangi tunangnya dan tak dapat mengawal perasaan marah apabila mendapat tahu tunangnya kembali kepada kekasih lama lalu membunuh mereka.

Kekesalan timbul dan arwah menyerah diri ke pihak berkuasa. Sebelum dihukum gantung, beliau membuat permintaan untuk merakamkan lagu ini. Al-Fatihah untuk arwah, tunangnya dan kekasih tunangnya...Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran cerita ini korang boleh search sendiri...Apapun lagu ni memang syahdu dan kalau dengar sorang2..seram jugak..

Cinta Tiga Segi- Perangkap Cinta

Bertahun sudahku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu


Tapi sayang..kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu


Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku Cuma watak
Dalam percintaan


Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat..Terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju


Moral of the story, kalau kita cinta atau sayangkan seseorang tu biarlah berpada2..Nanti buruk padahnya..Okeylah..Jangan lupa layan konsert AF6 yang pertama esok! Ada kejutang...Huhuuu

Monday, March 17, 2008

Akademi Fantasia 6 ...

Herm…pejam celik, pejam celik…Akademi Fantasia 6 kini telah pun membuka tirainya..Bagi SG panas atau bahang AF5 masih terasa. Tetapi waktu sememangnya beredar begitu pantas. Nak tak nak kita perlu juga mengikuti perkembangan semasa kan..Nanti di kata ‘katak bawah tempurung pulak’. Yang membuat SG teruja kali ini bukan lah sebab pelajar2 nya sangat. Tetapi sebab pengetuanya saudara Ramli MS, dan pengacaranya Sarimah Ibrahim atau kak Mah gali selaku pengacara diary AF6. Tak payah lah nak explain banyak2 pasal diorg berdua ni kan.. Masing2 ada kredibiliti yang tersendiri. Dan SG memang ‘respek’ dengan diorg berdua. Lepas ni, wajib register RMSFC dan Kak Mah Kipas Club. Banner dah tempah semalam..Heehuu..

Oh ya, sebelum tu nak wish congrats dekat Nabil sebab dapat jugak gondol trofi Raja Lawak tu kan. Kenapa Nabil yang menang? Ha…Lu pikir la sendiriii…Muahaha.. SG just doakan yang terbaik buat Nabil. Pergi la masuk jarum kat Mila tu..Single and available lagi.. Tapi dah dapat jage la elok2 ek..Jangan kecewakan Mila lagi tau..Hee..NABILA ruleZ..



Nabil dengan Trofi kemenangan..(Credit to ASTRO)


Semua dah tau kan?? Daripada 25 calon pelajar AF6 ni, hanya 14 sahaja yang akhirnya dipilih untuk meneruskan cabaran dalam AF6. Senarai 14 pelajar yang diumumkan termasuklah kakak kepada Dato CT, pemain anklung bertaraf dunia dan juga nenek kepada 2 cucu. Tak nak komen lagi, sebab masih terlalu awal..Jom check it out senarai yang berjaya.


Hairina Binti Abd Halim (RINA) – 44 tahun, Selangor


Siti Norsaida Binti Tarudin (SAIDA)-32 tahun, Pahang


Stracie Angle Anam (STACY)- 18 tahun, Sabah


Nadia Haswani Binti Hasnan (NADIA)-18 tahun, Kuala Lumpur


Stanley Maringal David Impi (STANLY)-25 tahun, Sarawak


Ahmad Nubhan Bin Ahamad (NUBHAN)-22 tahun, N.Sembilan


Muhammad Faisal Bin Abdullah (FAISAL)-29 tahun, Kuala Lumpur


Lutfyah Binti Sheikh Omar (LUFYA)- 23 tahun, Johor


Khairul Nizam Bin Baharom (TOI)- 31 tahun, Johor


Marliyana Binti Omar Walid (YANA)- 24 tahun, Perak


Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi (RIZ)- 22 tahun, Perak


Mohamad Aliff Bin Mohd Razali (ALIF)- 22 tahun, Pulau Pinang


Ika Nabila Binti Abdul Rahim (IKA)-19 tahun, Pulau Pinang


Muhammad Shauqi Naaim Bin Salmi (NAIM)- 20 tahun, Perak


Ha…1 dari Selangor, Pahang, Sabah, Sarawak & N.Sembilan. 2 pelajar dari Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. 3 calon dari Perak! Oh terkejut teman.. 3 dari Perak! Kejo yob kejo..’ Dan orang Utara ngn Selatan pun sampai 2 wakil. Heh..tetapi dari Sabah tetap ada ba..Walaupun seorang.. Sama2 kita tunggu lah ye sampai ke final atau tidak Stacy from Sabah ni. Herm..tiada sudah pelajar ‘bertudung’ dan juga dari Pantai Timur.

Buat masa ni..tiada lagi yang betul2 dapat menarik perhatian SG. Tunggu dan lihat je dulu. Kita tengok konsert pertama nanti. Sebab tak dengar jelas lagi vocal mereka. Tapi yang menarik minat SG tentulah Abe Li dan Kak Mah Gali.. Huh…Kenapa la tak ada AFUNDI pengetua dan pengacara kan.

Okeylah, nanti kita story morry lagi eh..Rasanya kakak Dato CT; Saida, Nanny Rina dan Toi paling mendapat perhatian media. Ye lah mula2 lagi dah macam2 cerita keluar pasal mereka. Hee…Korang rasa Saida pergi final tak? Ha..Keputusan di tangan anda..Huhu…


**SuperA masih belum timbul..Cepat2lah kembali..Ramai yang cari ni..Dan SuperZ bakal berangkat ke KK, Khamis ini 20 Mac. Wa….Sampaikan salam kepada Ceceme & The Gang eh… Kalau boleh bawak balik Kazen Ceceme tu sini..**


Sunday, March 9, 2008

090308

Alhamdulillah..Sabtu lepas, 080308 sesi pilihanraya Malaysia yang ke 12 dah pun selesai. Berjaya juga SuperZ dan H melaksanakan kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk sama2 membuang undi. Pengalaman pertama yang cukup bermakna. :)


Bukan nak cakap pasal politik. Tak reti pun..Tapi sebagai rakyat yang prihatin kena juga serba sedikit peka tentang dunia ini. Pilihanraya dah selesai. Mungkin ramai juga yang terkejut atau sudah menjangka ada tokoh2 atau nama besar yang tersingkir. Sebenarnya keputusan pilihanraya kali ini membuktikan sebahagian besar rakyat Malaysia cuba menyuarakan sesuatu. Mungkin mahukan keseimbangan dalam pentadbiran akan datang dan dengan adanya wakil2 barisan alternatif ini dapat juga sama2 berkongsi pendapat dan idea dalam terus membangunkan negara. 4 negeri,iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan termasuk Wilayah persekutuan Kuala Lumpur bakal diterajui oleh Barisan Alternatif. Sementara itu BN berjaya membentuk semula kerajaan di Sabah, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.


Herm...Apapun kita tetap satu negara dan berpegang pada prinsip dan rukun yang sama. Sama2 kita nantikan jentera baru kepimpinan negara akan datang. Yang pasti, kita sepatutnya bersyukur dan berbangga kerana segalanya berjalan dengan lancar dan aman. Dan walaupun berlainan dan berbeza pendapat kita seharusnya terus bersatu hati dan menghormati antara satu sama lain. Semoga Malaysia terus maju dan aman makmur. Amin....


P/S: Pstttt.. Pilihanraya Umum dah selesai. Pilihanraya Anugerah Bintang Popular masih berjalan. Jalankan kewajipan anda sebelum 230308 ini! Nombor atau petak yang wajib dipangkah ialah petak NOMBOR 38! Pangkah jangan tak pangkah.



Tuesday, March 4, 2008

Hola!

Huhu..bagi laluan kat gambar tergendala beday bash SuperA hari tuh.. Credit to Dzareefz.Fotopages.Com ;)


Simbahan halilintar dari Ling di sebalik SuperH..



Uwaaaa! Cepender bacahhhh!!!


Huh...Dah 04 03 08! Lagi 4 hari lagi 08 03 08! Ada apa?? Hari Sabtu nanti sudah tentu hari yang dinanti2kan..Hari untuk rakyat Malaysia (yang layak dan berdaftar) untuk keluar mengundi! Kepada yang layak tu, tunai kan lah kewajipan dan hak anda. Yang layak tapi belum mendaftar apa lagi?? Tak reti2?? Yang pasti kali ini merupakan kali ke dua mengundi buat SuperZ, kali pertama buat SuperH, manakala SuperB dan A belum masanya lagi. Tapi SuperB dah boleh mendaftar yea..


Hermm...Sabtu lepas,
SG sempat sama2 turun padang dgn geng TB untuk bowling Channel @15. Kali ini, TB hantar 2 team je, Heliza Bereh 1 &2. Seperti biasa, ramai juga yang datang memberi sokongan walaupun tak bermain. Thanks eh.Standard tournament, memang kena main 3 games. Lane kami berjauhan pulak, tapi tak mematahkan semangat nak meroyan. Kecoh tetap kecoh, biasalah sengal Bereh tu memang ada je. Cuma on and off ikut mood. Tak sempat nak survey sangat apa yang berlaku sebab memang SuperH dan Z concentrate dengan game. SuperB sempat pulak berkaraoke dengan geng DAVOM. Apapun, walaupun tak berjaya menempatkan diri di mana2 tempat yang dipertandingkan, kami tak pulang dengan tangan kosong. Semua dapat pingat dan cenderahati. Rezeki takde, tapi mutu permainan kali ini memberangsangkan. Huhu..HB2 punye skor jangan cakap la.. Dasat! Cuma biasalah, yang lain ada yang lebih dahsyat, tu yang tak menang tuh.


Tengah duk baling2 bola tuh, masa
game ke 2 tak silap, terkejut juga dibuatnya.. Betul ke apa yang kitorang nampak ni?? Perghh..Itik berjaya cari jalan pulang ke Malaysia lah! Memang big surprise! Tak tahu langsung! Semakin kurus itik. Ye la duk Africa tu agaknya..Anyway, welcome back' Boleh la kita berkopi putih nanti.


Selesai acara bowling malam tu, kami lepak makan2 di Kelana Jaya. Masing2 lapar..Ramai yang pekene TOM YAM. Biasalah, kalau dah makan2, lepak2 mestilah berborak2..Walaupun penat sempat jugak lah bergosip. Apapun
thanks to Kak Noorul from Brunei yang belanja kitorang malam tu. Walaupun jauh, tetapi dekat di hati.. Cheewah. Semoga dimurahkan rezeki lagi..


Okeylah, nak cepat ni..Jangan lupa eh..
08 03 08 ni!! Jom mengundi! Lepas mengundi kita gi shopping and makan donut kat Pavillion eh..Hehe..ada orang jauh nak datang katanya.. Jumpa di sana!!!


Ni ada sikit gambar2 di sekitar bowling hari tu..Herm..kali ni pelik sikit..Semua gambar macam ni.. Takde muka pun..Tak tahu lah cameraman hari tu kenapa kan..Layan kan je lah ek..
Anak sapaa la neh..?



Cup Cakes!



Ni souvenir from Astro @15



Bowler 1



Bowler 2



Bowler 3



Bowler 4



Bowler 5


Berehh!!


COP!!! Saja nak share.. Untuk semak status mengundi ..Cara-caranya..

Guna HP..Charge RM0.50 eh..

For MAXIS, CELCOM & DIGI user

Taip SPRNo Kad pengenalan Hantar SMS ke 39111 atau 39988 !
Contoh: SPR 810619140302 hantar ke 39111


Cara online.. sila klik http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp